Friday, 1 March 2013

PAKATAN RAKYAT MENSASARKAN MENENANGI 140 KERUSI PARLIMEN DI DALAM PRU13.


PAKATAN RAKYAT MENSASARKAN MENENANGI 140 KERUSI PARLIMEN DI DALAM PRU13.
Satu angka yang optimistic di mana 56 kerusi Parlimen akan diperolehi dari Sabah dan Sarawak.
Bagaimana prestasi mereka di Sarawak dan Sabah? Penulis merasa mereka berpotensi di kawasan majoriti Cina khasnya di Bandar Bandar. DAP menerajui kemaraan Pakatan Rakyat di Sarawak dan Sabah. Memang berlaku peningkatan dari segi bilangan kerusi jika dibandingkan PRU 11 dengan 12. Dalam PRU 12, pembangkang hanya menang 18 kerusi di mana PKR menang 3 kerusi, DAP 15 manakala PAS 0.
Dengan pelbagai transformasi dan insentif serta polisi baru yang diperkenalkan oleh DS Najib dan BN, sebahagian besar masyarakat Cina telah kembali ke pangkuan BN. Berita berita bantuan untuk masyarakat Cina miskin dan kemudahan sekolah Cina, dan dibuktikan kegagalan Pakatan Pembangkang mentadbir negeri Selangor, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan dahulunya Perak, ia mengerunkan masyarakat Cina dan peniaga, bahayanya jika Pakatan Pembangkang menjadi Kerajaan. Ekonomi boleh menjadi lemah dan secara tidak langsung, peniaga akan terkena tempiasnya.
Di Sabah, Pakatan Rakyat bergembira dengan Datuk Lajim dan seorang wakil rakyat yang keluar dari BN. Tetapi mereka menerima tekanan juga apabila parti Yong Teck Lee (SAPP) tarik diri dari berbincang pembahagian kerusi. Penarikan SAPP bermaksud undi untuk pembangkang di Sabah akan terbahagi kepada 3 parti yang utama, Pakatan Rakyat, SAPP dan Star.  Tak masuk lagi parti-parti kecil yang lain dan calon Bebas.
Kekerapan PM dan TPM menyusuri kawasan di Sabah dan Sarawak berjaya meredakan keadaan, memperlahankan kemaraan jentera Pakatan Rakyat, membalas balik serangan melalui pelbagai penerangan, mengembalikan semangat dan kesetiaan kepada BN dan meyakinkan rakyat yang BN adalah wadah terbaik untuk kesejahteraan Malaysia.
Sebelum ini penulis ada mengulas tentang konflik PKR dengan DAP di Johor. PM minta beri perhatian kepada 5 Parlimen termasuk Gelang Patah, Segamat, Kulai, Bakri, Kluang dan satu Bandar lagi.
Johor ada 16 kerusi parlimen yang BN menang dengan majoriti lebih 10,000 undi, 6 kerusi majoriti antara 9,000 hingga 6,000 dan 2 kerusi sahaja yang menang majoriti bawah 2,000 undi.
Parlimen Johor Bahru sahaja, BN menang lebih 25,000 undi majoriti dan satu kerusi menang percuma (Penggerang)!!  DAP menang satu di Bakri, itupun majoriti kurang 500 undi (undi rosak lebih 1,200 undi), jadi apa angan-angan Anwar nak tawan banyak kerusi Parlimen disitu?

No comments:

Post a Comment