Hari
Selasa 19 Mac yang lalu, PM berjumpa dengan anggota pekerja Telekom Malaysia . Sebelum
itu 18hb Mac Isnin, beliau beramah mesra dengan pekerja Permodalan Nasional
Berhad dan Tenaga Nasional Berhad. Sebelah malam, beliau hadir makan malam bersama Imam Masjid dan JKKK
seramai 800 orang yang bakal menegerjakan Haji tajaan IMDB. DS Najib juga ke
Sime Darby bertanya khabar dengan pengurusan dan pekerjanya..Sambutan
pengurusan dan pekerja GLC GLC tersebut amat memberangsangkan dan mengembirakan
DS Najib. Program 1 Million Purple Walk melibatkan 400,000 wanita di Putrajaya
sahaja dan selebihnya 600,000 wanita di seluruh Negara cukup mengembirakan
rakyat Malaysia lain. Minggu lepas juga DS Najib bersua dengan bekas panglima
tentera dan anggota keselamatan. Rakyat Sabah khasnya berterima kasih kepada DS
Najib dan kerajaan yang berjaya menghapuskan penceroboh pengganas Sulu. Anggota
keselamatan terus mendapat penghormatan dan pengiktirafan DS Najib, Kerajaan
dan rakyat.
Penulis
amat bersetuju dengan agenda bertemu dengan GLC GLC kerana pekerja dan
pengurusan amat ramai. Disamping memperkenalkan dasar dasar baru kerajaan, DS
Najib merayu para pendengar agar menyokong Kerajaan sekarang demi kesejahteraan
rakyat. Dengan andaian pada minggu lepas dan minggu ini sahaja, DS Najib
bertemu dan bercakap dengan 1 juta orang dari pelbagai GLC dan golongan wanita.
Jika setiap orang menjadi duta mengundi BN kepada keluarga dan adik beradik
serta saudara terdekat, alangkah baik Negara Malaysia .
Sebelum
itu beliau bertemu dengan pegawai pentadbiran awam dan seterusnya mengumumkan
kenaikan pangkat, penyelarasan gaji dan kenaikan gaji.
Semalam
23hb Mac 2013, PM berada di Kuantan, Pahang. DS Najib merasmikan merasmikan Rimbunan Kasih, sebuah projek
perumahan. DS Najib juga merasmikan majlis penutupan Jelajah Janji Ditepati.
Juga bersama sama dengan 10,000 masyarakat Cina di Majlis Makan Malam dan
Pertunjukan Amal untuk Mengutip Dana Membina Bangunan Sekolah Menengah Cina
Chung Hwa. Pelakon Antarabangsa Jackie Chan turut hadir.
Pagi
tadi 24hb Mac 2013, DS Najib menyertai Program Jom Ceria bersama PM di mana 20000 rakyat hadir di Putrajaya. Sebelah
malamnya, TS Muhyiddin bersama 70,000 wargakota di dalam Majlis Malam Cinta
Rasul. Majlis ini di serikan dengan kehadiran pendakwah dan Qasidah terkenal Indonesia Habib Syech As Seggaf dan
Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid.
Tidak
ketinggalan TS Muhyiddin berada di Marang Terengganu untuk melancarkan
Gelombang Biru. Marang adalah kubu kuat dan kawasan Tok Guru Hadi Awang.
PM
juga bertemu dengan pemandu teksi dan menganugerahkan 1000 permit teksi secara
individu. Petang Ahad 24 hb Mac, sejumlah 299 permit diserahkan kepada yang
layak. Tidak cukup dengan itu, PM beri geran RM5000 untuk pemandu teksi membeli
PROTON EXORA yang PM berpendapat ia lebih sesuai dari segi keluasan dan
keselesaan. Bantuan Tayar TriMA 2.0 akan diberikan tidak lama lagi.
Aktiviti
sukan turut membawa nasib dan kepopulariti DS Najib dan Kerajaan. Harimau
Malaya berjaya melakarkan kejayaan 2-1 keatas Yemen di dalam perlawanan kelayakan
Piala Asia 2015.
Petang
Ahad, di Sepang International Circuit, Grand Prix Formula One Petronas Malaysia
berlangsung dengan selamat dan meriah. Penonton semakin bertambah seakan akan
ia mengikuti rapat kepopulariti PM. Peluma Red Bull mendapat tempat pertama dan
kedua manakala Mercedes (tajaan Petronas) menduduki tempat ke3 dan ke 4.
Petronas berjaya mengharumkan nama Malaysia dan PM.
Pagi
ini 26hb Mac, DS Najib akan berada di Majlis Sambutan Hari PDRM di Jalan
Semarak, Kuala Lumpur
yang dijangka dihadiri puluhan ribu warga keselamatan dan rakyat jelata.
Sambutan baik rakyat terhadap DS Najib Tun Razak
amat nyata dan jika 80 peratus kehadiran tersebut menjadi undi kepada BN, maka
GOYANG lah pakatan rakyat.
No comments:
Post a Comment