Friday, 1 March 2013

BANJIR MELANDA KELANTAN DAN TERENGGANU.PRU 13 LAMBAT LAGI KOT?


BANJIR MELANDA KELANTAN DAN TERENGGANU.PRU 13 LAMBAT LAGI KOT?
Penulis baru sahaja menulis tentang banjir besar di Puchung dan Kajang 2 hari lalu. Kini Kelantan dan Terengganu pula di landa banjir. Harap tiada cerita karut sumpahan mahupun pembersihan dari seseorang Ulamak. Ia adalah kejadian alam.
Maka, bertambaH peninglah DS Najib hendak menetapkan tarikh PRU13. Faktor negeri negeri banjir turut menjadi perkiraannya.
Pada penulis, banjir ini adalah rahmat dan ia boleh merapatkan lagi hubungan Kerajaan BN dengan rakyat. Agensi Kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah, Majlis Keselamatan Negara, PDRM, BOMBA, RELA dan jentera BN serta banyak lagi, harus memainkan peranan baik untuk berinteraksi dengan rakyat. Hati rakyat yang gembira kerana dilayan baik memungkinkan mereka berterima kasih kepada Kerajaan. Ada bantuan kilat dan makanan serta publisiti, amat menyenangkan rakyat.

No comments:

Post a Comment