Malam ini 29hb Mac 2013,jam
8.30 pm, mencatitkan sejarah tersendiri bagi penduduk Taman Cheng Baru, Melaka
dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Penduduk Taman Cheng Baru
akan berpeluang makan bersama Ketua Menteri Melaka dan pemimpin mereka.
Kebanyakan mereka tidak ada bersempatan untuk berkenalan secara dekat kerana
mereka tidak terlibat secara langsung di dalam politik. Majlis Makan Malam ini
akan menjadi `avenue’ untuk merapatkan lagi hubungan rakyat dengan pemimpin.
Bagi Persatuan Penduduk Taman
Cheng Baru, ia adalah sesuatu yang membanggakan kerana dapat menganjurkan
majlis seumpamanya kerana tanpa usaha gigih Pengerusi dan AJKnya, tidak mungkin
penduduk ini di bersatukan. Amat sukar untuk menjemput penduduk berbilang
bangsa menjadi ahli persatuan.
Taman Cheng Baru meliputi
kawasan kediaman dan rumah kedai. Rumah Kediamannya dirasakan 50:50 peratus
Melayu dan Cina. Dahulu masing masing dengan urusan mereka dan tidak ambil tahu
jiran mereka. Dengan tertubuhnya Persatuan dan pengelolanya yang aktif, keadaan
kejiranan bertambah baik.
Kebanyakan penduduk Taman
Cheng Baru berurusan dengan pekedai pekedai di Kedai Perniagaan. Majoriti
pekedai adalah berbangsa Cina. Kebanyakan mereka berniaga di Taman Cheng Baru
tetapi tinggal di luar Taman Cheng Baru. Persatuan Penduduk harus melakukan
aktiviti kejiranan untuk memperbaiki perhubungan sesama penduduk. Setakat ini
hubungan mereka adalah hubungan pembeli penjual.
Penulis berharap majlis ini
dibuat bukan sempena PRU 13 menjelang tiba tetapi ia kena berterusan samada ada
PRU atau tidak.
Bagi Datuk Seri Mohd Ali
Rustam, ia mungkin makan malam bersama penduduk Taman Cheng Baru terakhir
selepas ini selaku Ketua Menteri Melaka. Mungkin tidak jika beliau dikekalkan
di Melaka. Desas desus kuat mengatakan yang beliau akan ke Putrajaya.
Makan Malam dan Majlis
Perasmian Persatuan ini merupakan yang pertama selepas dipanggil ke Putrajaya
petang Khamis 28hb Mac 2013, oleh Dato Sri Mohd Najib untuk membincangkan
perihal nama calon BN Melaka dan jawatan KM sendiri untuk PRU13.
Penulis rasa Datuk Seri Mohd
Ali sudah tahu kemana beliau akan berkhidmat selepas ini. Tentu sekali PM sudah
membuat keputusan. Jika keputusan yang PM buat itu memgembirakan Datuk Seri
Mohd Ali, kita boleh rasakan kemeriahan dan senyuman beliau malam ini.
7.50malam
No comments:
Post a Comment