Wednesday, 20 March 2013

BN TIDAK PERLU `SPIN’ SKANDAL SEKS SONGSANG DS ANWAR IBRAHIM UNTUK MEMENANGI PRU13 AKAN DATANG.



Penulis bersetuju dengan beberapa penulis blog yang berpandangan skandal seks songsang terbaharu Anwar Ibrahim mungkin sandiwara PKR sendiri atau strategi meraih sempati rakyat terhadap DS Anwar. Blogger Ab Jalil Becker dan RBF minta rakyat berhati hati dengan mainan PKR. Jangan terlalu percaya dengan video dan cerita tanpa sesorang yang tampil ingin bertanggongjawab. Blogger `rajagoyang 360’ tidak diketahui identitinya.
Penulis berharap sangat Utusan Malaysia dan TV3 tidak menjadi barisan utama untuk membelasah DS Anwar kerana ahli dan penyokong Pakatan Rakyat tidak percaya 200 peratus dengan cerita yang dibawa oleh kedua medium tersebut. Walaupun cerita itu benar dan ada asasnya, mereka akan kata sebaliknya. Strategis BN kena main `reverse psycology’ dalam isu DS Anwar Ibrahim.
Ahli dan penyokong Parti parti dalam Pakatan Rakyat termasuk ahli dan penyokong PAS di Kelantan khasnya, telah di ajar dan diasak bahawa Utusan Malaysia dan TV3 adalah musuh utama. Tok Guru bersabda `Jangan beli surat khabar  Utusan Malaysia atau jauhi TV3’ kerana pada mereka Utusan Malaysia / TV3 pulak yang `pemfitnah terulung’ di Malaysia.
Banyak bukti menjurus kepada teori penulis diatas. Terbaharu INQUIRER NEWS, Reuters dan THE MANILA TIMES.net melaporkan penglibatan DS Anwar Ibrahim di dalam pencerobohan Tentera Kesultan Sulu di Lahad Datu  dan kemudian Utusan Malaysia / TV3 memetik sumber tersebut, pun dikatakan menfitnah beliau.
Mengenai skandal seks sonsang DS Anwar Ibrahim itu, biarlah ia begitu. DS Anwar boleh buat apa sahaja termasuklah laporan polis atau buat press conference yang beliau bukan di video tersebut atau macai macai beliau menafikan. Penyokong tegar DS Anwar Ibrahim `mati hidup balik’ tidak akan percaya ia berlaku malah sebaliknya salah UMNO atau DS Najib.
Penulis rasa kita biarkan minat DS Anwar Ibrahim dengan aktiviti songsangnya kerana kita tidak mampu melarangnya. Dia aje yang betul. Kita doakan ia bertaubat, minta jauhkan Malaysia dari malapetaka. ALLAH MAHA BESAR DAN MAHA MENGETAHUI. Kita serahkan masalah Anwar Ibrahim kepada  ALLAH.
Rakyat Malaysia dirasakan sudah membuat keputusan samada untuk memilih BN atau PR semasa PRU13 nanti. Mereka sudah dapat menilai kerajaan yang mereka lebih percayai, lebih bertanggongjawab, lebih `credilable’, lebih berkelayakan memacu ekonomi kearah kecemerlangan. Bandingkan kemajuan ekonomi di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dengan negeri lain dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment