RTC ATAU RURAL TRANSFORMATION
CENTRE ATAU RAHIM TAMBY CHIK
DS Najib akan/telah merasmikan RTC Pahang di
Kuala Pahang, Pekan pada hari Jumaat 1 Mac 2013. Sebelum ini UTC Melaka, RTC
Kelantan, RTC Melaka, UTC Pudu Sentral dan RTC Gopeng telah dilancarkan untuk
kesejahteraan rakyat.
RTC dikendalikan oleh Kementerian Kemajuan Luar
Bandar bersama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta
Kementerian Kewangan.
Penulis teringat masa muda muda dahulu. Orang
Melaka kenali Ketua Menteri sebagai RTC sebagai singkatan Rahim Tamby Chik. RTC
seorang ekonomis, perancang dan mastermind pembangunan yang baik. Pembangunan
negeri pesat manakala pelaburan FDI berpusu pusu ke Melaka.
Rahim Tamby Chik dilantik menjadi Pengerusi
RISDA dan organisasi ini terletak di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar.
Penulis agak agak Rahim Tamby Chik pun terlibat bersama dengan YB Menteri dan
seluruh warga Kementerian, di dalam penubuhan, merangka fungsinya, lokasi yang
sesuai dan sebagainya untuk perlaksanaan UTC dan RTC.
Jika betul alhamdillilah, RTC dan UTC betul
betul mensejahterakan rakyat.
DS Najib berkata sejumlah 77 Info Desa akan di
tukar ke mini RTC. Pada keseluruhannya Kerajaan merancang adakan 330 RTC
seluruh Negara.
No comments:
Post a Comment