Rakyat tidak selesa dengan approach YTL mendapatkan projek IPP di Pasir Gudang, Johor. Ada dua perkara yang perlu di kaji dan ubah. Pertamanya kaedah runding terus dan bukan open tender. Keduanya YTL melibatkan Sultan Johor yang penulis anggap `jalan pintas' mendapatkan projek.
Melalui perbahasan di Dewan Rakyat, penulis dapat merasakan tentangan Ahli Parlimen BN sendiri mengenai `direct nego'. Kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga perlu menjelaskan mengapa approach ini di pilih. Katanya YTL mempunyai innovation dan kewangan yang teguh. Adakah ini bermakna syarikat IPP provider lain tidak mempunyai inovsi dan kewangan? Penulis harap urusniaga ini dibatalkan dan di buat open tender.
Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia bertambah marah dengan Tan Sri Francis Yeoh kerana keceluparannya yang mengatakan tentang `capital cronisme' dan diskriminasi kaum berlaku di Malaysia.
Sebelum projek ini di sensasikan seperti NFC atau Lembu Kondo yang telah memberikan kesan buruk sokongan terhadap BN, lebih baik ianya di batalkan dan lakukan open tender.
Penulis mengulas bukan untuk derhaka kepada Sultan Johor tetapi penulis tidak mahu Sultan Johor dihina oleh segelintir kumpulan dengan mengelar Sultan Johor barua kepada usahawan Cina. Penulis memohon jasabaik Baginda mengkaji semula penglibatan Baginda di dalam SIPP Energy dan projek IPP Pasir Gudang. Ramai termasuk dari kakitangan TNB yang berkata Sultan Johor giat berniaga dan mengganggu sistem pentadiran di Johor. Kelulusan projek dan tempoh kelulusan serta peraturan yang persingkatkan kerana pegawai takut pada Sultan Johor. Pada penulis bukan takut tetapi hormat. Lagi pun projek yang melibatkan pelaburan yang besar, tidak ramai yang berkemampuan. Seperkara lagi, Tan Sri Francis Yeoh yang kaya raya setanding kekayaannya dengan Sultan Johor tetapi status Sultan Johor lebih tinggi.
Kerajaan kena sedar yang YTL sedang merancang melaksanakan projek keretapi laju Singapura-China melalui Thailand. Tidak mungkin dengan sokongan Kerajaan Malaysia Singapura, Thailand dan China, projek ini dapat dilaksanakan. Tidak mustahil Sultan Johor akan dipelawa bergiat di dalam projek ini atas dasar pelaburan dan `jalan pintas' kelulusan projek di Malaysia. YTL mendapat dua keuntungan. Projek lulus dan sumber pembiayaan Sultan Johor.
Sebelum ini Sultan Johor diberitakan melabur di dalam Berjaya Asset milik Tan Sri Vincent Tan dan melalui Berjaya, kononya Kasino akan di luluskan di Johor. Baik nasib dan bersyukur yang berita itu hanya spekulasi sahaja. Sultan Johor kena berhati hati memilih syarikat yang ingin dilaburi. Berjaya terlibat di dlam bisnes perjudian.
http://nasirwise.blogspot.com/2014/01/kasino-di-johor-dan-berjaya-assets.html
Jemaah DiRaja Johor perlu berperanan aktif menasihati Baginda Sultan Johor di dalam tindak tanduk termasuklah perniagaan. Penasihat agama dan Mufti Johor juga berperanan membantu MB Johor melaksanakan tugasnya dengan baik. Penulis risau rakyat akan kata MB Johor mengamalkan `double standard' di dalam pentadbirannya.
Satu lagi projek yang melibatkan Kerabat DiRaja Johor ialah projek keselamatan di Wilayah Iskandar. Diberitakan usahawan Cina Singapura berusahasama dengan Tuanku Mahkota Johor memberikan perkhidmatan keselamatan di Wilayah di sana. Seramai 6000 pegawal bersenjata akan bertugas. Projek ini juga perlu dikaji semula.
Musuh BN termasuklah Anwar Ibrahim sedang mengumpul maklumat dan akan mula menghentam BN menjelang PRU14 nanti. Salah satu `bullet' nya ialah BENAR, BN melakukan `salahguna kuasa dan penyelewengan' di dalam projek IPP. Isu kebaikan menjadikan Malaysia sebuah Republik akan diperhangatkan.
http://gelagatanwar.wordpress.com/2014/06/12/sultan-johor-terlalu-berkuasa-media-tajaan-anwar/
No comments:
Post a Comment