Tuesday, 24 June 2014

TUN DrMAHATHIR NASIHAT RAJA RAJA DAN KRONI BAGINDA.


Penulis berpendapat Sultan dan Raja boleh berniaga tetapi di dalam bentuk yang berbeza dan syarat tertentu.

1. Sebaiknya Sultan Sultan melabur seperti rakyat melabur dengan PNB atau ASM atau ASN dan yang seumpamanya. Juga melabur di dalam syarikat syarikat yang tersenarai di dalam Bursa Malaysia. Sultan Sultan adalah Pelabur jangka masa panjang dan bukan spekulasi. Pelaburan saham di dalam syarikat peladangan seperti Tabung Haji dan FELDA adalah bidang pelaburan  teramat sesuai. Ini akan mengelakkan Sultan Sultan membuang masa mengurus syarikat atau mencampuri urusniaga perniagaan. Urusan Ketua Negeri dan Agama sudah cukup meletihkan.

2. `Core business' syarikat atau mesti menepati ketetapan Syariah. Bisnes yang `unislamic' seperti Judi dan Arak, tidak di benarkan langsung sesuai dengan status Ketua Agama.

3. Urusniaga dengan Kerajaan hendaklah pada kaedah `arm length' atau `win win condition'. Urusniaga mesti menjauhi keadah `perentah' atau diskriminasi. Tanah yang hendak dibeli daripada Kerajaan hendaklah harga pasaran. Harga tender yang munasabah. Standard atau mutu pembinaan mengikut piawaian. Cukai tanah adalah mengikut kelaziman. Sultan Sultan tidak boleh memeningkan atau menggangu pentadbiran Kerajaan Negeri.

4. Seperti prinsip bisnes JCorp, sebaik mungkin, Sultan Sultan tidak bersaing dengan peniaga Bumiputera tetapi `complement' dengan mereka. Elakkan `management buy over' syarikat Bumiputera. Kriteria perniagaan ialah export oriented, high technology and minimum IRR of 12%.

6. Perniagaan yang hendak diceburi sewajarnya berteknologi tinggi, menjaga alam sekitar dan export oriented.  Bisnes IPP memerlukan modal yang tinggi dan kemungkinan besar , usahawan Bumiputera tidak berkemampuan kewangan.

5. Sultan Sultann di galakkan berusahasama dengan GLC GLC seperti KWSP, Petronas, Tabung Haji, FELDA dimana pengurusan adalah oleh GLC tersebut.

Tun Dr Mahathir bersuara ketika diwawacara oleh The MOLE baru baru ini yang diantara isi kandungannya 

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad says Malay Rulers should not be involved in business deals as they are not only going to get favourable treatment, but there is a possibility of them being taken advantage of by certain quarters.

The former Prime Minister said there ws a need to speak out to put a stop on Rulers’ participation in such deals, saying the practice would not only be detrimental to the nation, but also to prevent the Rulers from being taken advantage of.

http://www.mole.my/content/ignore-constitution-and-people-may-ignore-provision-malay-rulers-says-dr-mahathir

1 comment:

  1. Mana penasehat2 Sultan yang seopatutnya menjadi penasehat kepada sultan2 agar semua Sultan2 dijajahan tiap2 negeri tahu apa yang perlu dilaksanakan dalam segala tindakan agar baginda sentiasa terpelihara dari segala bentuk yang boleh menjatuhkan maruah sultan2 tersebut. Agaknya penasehat2 Sultan atau MB2 hanyalah menjadi penasehat 20%. Kerana kecelaruan politik dan pemerentahan setiap negeri2 dalam Malaysia sekarang membuatkan Sultan2 pun dah terlupa bidang kuasa yang baginda2 semua ada. Penasehat2 yang takut atau sengaja membiarkan Sultan2 membuat sebarang tindakan sepatutnya terlebih dahulu mengambil tahu segala perkembangan dalam Negara dan perlu memantau atau menasehatkan Sultan2 sebagai penasehat yang berwibawa bagi mengelakan setiap sultan dicemar maruah oleh mereka2 rakyat biasa yang biadap. Dan ada segelintir manusia yang merasa dirinya hebat daripada orang lain yang seolah2 dirinya tahu akan segala benda, sehingga dia lupa dirinyalah penyebab segala masalah timbul satu demi satu. Dan orang lain pula yang kena tanggung dan cuba menyelesaikannya. Kalau dikaji kisah2 raja zaman dahulu kebanyakan yang bertindak dan menghasut atau melaksanakan titah Sultan dengan menzalimi orang lain, yang kebanyakkannya didalangi oleh para2 menteri. Kerana menteri2 yang tamak, sememangnya kita tahu dari dahulu lagi antara sesame menteri mereka bermusuhan sesame sendiri untuk merebut kuasa bagi mengumpul harta. Tetapi harta2 yang didapati dengan jalan dilarang agama, kita lihat contoh2 didepan mata kita, harta tersebut dihabiskan oleh anak cucu begitu sahaja. ada yang keturunannya merempat. Jadi ingat2lah wahai mereka2 yang diberi peluang memegang kuasa samada dalam jabatan2 kerajaan, politik, syarikat2 GLC dan macam2 lagi bidang pekerjaan ingatlah kita tidak akan kekal lama memerentah dan hidup lama didunia ini. Tak payah kejar harta yang takkan dibawa mati. sebagai orang Islam ingat mati dan bersedia menghadapi kematian lebih baik. mana tahu zuriat yang ditinggalkan bukan zuriat yang mentaati Allah swt yang tidak ingat untuk mendoakan kita semasa dialam barzah. Bertambah zaman sekarang yang penuh dengan segala macam bentuk hiburan yang melalaikan. Oleh itu sediakanlah bekalan kita sendiri dengan mengerjakan amal makruf dan jauhi segala maksiat dan kejahatan, perbuatan keji dan kemungkaran.

    ReplyDelete