Monday, 16 June 2014

TUN DrMAHATHIR KURANG SETUJU DENGAN CADANGAN RUU BARU

Seperti yang di andaikan oleh The Malay Mail minggu lepas di dalam topik Kemungkinan Rombakan Kabinet, adalah digossipkan bahawa DS Hishamuddin Tun Hussein akan bertukar portfolio dari Kementerian Pertahanan ke Kementerian Kewangan. Perdana Menteri di ramal akan menerajui Kementerian Dalam Negeri.

Sesungguhnya penulis amat risau jika kedua dua sepupu ini (Datuk Seri Mohd Najib dan Datuk Seri Hishamuddin) memegang portfolio yang berkaitan dengan jenayah dan penguatkuasaan undang undang iaitu Kementerian Dalam Negeri. Kementerian ini menuntut seorang yang tegas, bengis  dan berpengetahuan undang undang adalah advantage. Seorang yang berani dan tidak takut dengan ketidak popularitian. Kerjaya ini memerlukan perwatakan yang sesuai. Penulis ingin melihat kelantangan bersuara seperti Ahli Parlimen Kinabatangan dan Pengerusi FELCRA, Datuk Bung Mokhtar dan Datuk Tajuddin Abd Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak dan Timbalan Menteri Pertanian. Sebaiknya segarang dan bengis mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor. 



Penulis pernah komen, mantan Ketua Puteri, di lantik menjadi Timbalan Menteri Kesihatan. Beliau seorang yang bijak tetapi bentuk badannya tidak sesuai dengan istilah dan jawatan Kementerian Kesihatan. Begitu juga dengan jawatan Menteri KDN.



Sebab utama mengapa penulis tidak bersetuju DS Hisham (dahulu) dan DS Najib (cadangan sekarang) menjadi Menteri KDN ialah keluarga mereka ini sebuah keluarga yang tidak suka bergaduh, suka mengalah, banyak bersabar, kebajikan orang lain diutamakan, cepat bersedih dan menangis, biar diri kesakitan namum orang lain tidak perlu susah dan berlembut serta mudah memaafkan seseorang.



Allahyarham Tun Razak dan Tun Hussein jarang berkonfrantasi dengan rakyat dan musuh. Tun Hussein kuat menangis manakala Tun Razak banyak menyembunyikan kesakitan beliau.



DS Hisham kurang berjaya menerajui KDN dan beliau di beri gelaran Menteri Amaran.

DS Najib pula merancang untuk membentang 3 Rang Undang Undang (RUU) untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948 dan ditukar kepada 3 RUU iaitu:-

National Harmony Bill
National Unity Bill
National Unity and Integration Bill


Cadangan ini mendapat perhatian dan komen tidak setuju dari Tun Dr Mahathir Mohamed, mantan Perdana Menteri Malaysia
.
Kesemua RUU ini bertujuan menghapuskan dasar pemilihan berasas kepada agama, bangsa, keturunan, tempat lahir, jantina atau ketidakupayaan dan lain lain berkenaan. Penulis kurang arif kaitan Akta Hasutan 1948 dengan RUU yang bakal dibentangkan kemudian.

RUU ini akan menjadikan atau menghasilkan kesamarataan  sebagai warga negara tetapi bukan kek kekayaan negara.

Tun Dr Mahathir berpendapat RUU ini akan menyebabkan orang Melayu akan jauh terpinggir dan tidak mampu bersaing dengan kaum Cina dan India.

Penulis ada menulis beberapa bulan lepas yang perpaduan nasionalakan di capai jika ekonomi orang Melayu dapat diperkasakan. Orang Melayu perlu memegang ekonomi negara sebanyak 50 peratus sekurang kurangnya jika mahu di segani dan dihormati oleh kaum lain.

Ayahanda DS Najib, Tun Abd Razak mengenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mengurangkan jurang ekonomi di antara kaum. Kaum Melayu yang miskin perlu di tolong supaya peratusan pemegangan ekonomi naik kepada 50 peratus. Tun Razak berfikirkan bahawa DEB kena melakukan diskriminasi kaum bersebab untuk mencapai keharmonian masyarakat.

Penulis teruja dengan salah satu komen Tun Dr Mahathir iaitu:-

16. Memusnahkan diskriminasi berasas kaum atau bangsa akan menjadikan kita semua sama – sama sebagai warganegara. Tetapi ia akan kekalkan ketidaksamaan dan ketidakadilan yang sedia ada.

sumber :chedet.cc



No comments:

Post a Comment