Thursday, 12 June 2014

ROMBAKAN KABINET DAN PIALA DUNIA FIFA 2014


Deman Piala Dunia FIFA 2014 sedang membara. Pelbagai isu menghantui Brasil selaku penganjur. Masalah kewangan, masalah stadium yang tidak siap, masalah demonstrasi dan mogok dll. Keselamatan pemain dan pelancong peminat sukan juga menjadi tanda tanya. Penulis harap sukan bolasepak ini menjadi jambatan kepada intergrasi negara, bangsa dan agama di seluruh negara.

Di Malaysia, setiap peminat mempunyai impian supaya pasukan mereka akan menang menjulung Piala Dunia FIFA.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib memilih Sepanyol manakala Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin memilih England untuk menjadi juara Piala Dunia 2014. Menteri Belia dan Sukan mempunyai pilihan pasukan lain iaitu Argentina. Penulis rasa Brasil mempunyai peluang besar menjulung kejuaraan 2014 ini. Dengan barisan pemain yang baik dan sokongan peminat tempatan, Brasil mempunyai kelebihan.

The Mail Malay bertarikh 10 Jun 2014 meramalkan akan berlaku rombakan kabinet. Penulis rasa tidak jadi kot kerana PM sibok menonton Piala Dunia FIFA 2014. Tayangannya sebelah pagi pulak....

No comments:

Post a Comment