Monday, 2 June 2014

ROMBAKAN KABINET: DATUK MAH GANTI DATUK HASSAN MALEK.



Datuk Mah Siew Keong dipilih oleh pengundi Teluk Intan menjadi wakil rakyat. Beliau, yang senantiasa merendah diri, kelihatan bersih dan segak, ramah tamah dan tidak sombong, mengalahkan calon DAP Dyana Sofya dengan undi majoriti 238 undi. Yang mustahak undi majoriti DAP terdahulu sebanyak 7000 menurun.

Seperti yang dijanjikan, beliau akan dilantik sebagai salah seorang ahli Jemaah Menteri. Beliau amat layak kerana beliau seorang Presiden GERAKAN, sebuah parti komponen BN terpenting selepas MCA.

Penulis ramalkan akan berlaku rombakan kabinet besar besaran kerana DS Najib sedang memikirkan memasukkan wakil MCA ( kemungkinan besar Presiden dan Timbalan Presiden MCA) dan Datuk Mah. Secara simplitik, 2 jawatan Menteri dan 1 Timbalan Menteri.

Kabinet Najib sekarang ini mempunyai 1 jawatan yang di pangku oleh seorang Menteri Kanan iaitu Kementerian Pengangkutan dan dipangku oleh Datuk Seri Hishamuddin. Penulis rasa Kementerian ini terpaksa di pegang terus oleh DS Hishamduddin kerana kes kehilangan pesawat MH370 belum terjawab. Lagipun DS Hishamuddin sudah berintreksi rapat dengan agensi pencarian dan 26 negara. Tidak mungkin, DS Liow atau Datuk Mah di berikan tugasan tersebut. Building up rapport is very time consuming.

Jesteru itu, ada 2 jawatan Menteri yang perlu di isi. DS Najib berhak menukar atau mengugur Menterinya atau menambah Kementerian. Siapakah Menteri yang tidak berprestasi atau bermasalah pada saat ini? Kesemuanya berprestasi baik kecuali Datuk Hassan Malek, yang kononnya terlibat di dalam kes Bank Rakyat memberikan pinjaman tanpa faedah. Diesel bersubsidi pun mengundang banyak persoalan dan kerugian kepada negara. Harga barang juga dapat dikawal buat seketika.

DS Najib tidak mungkin melantik Presiden MCA dan GERAKAN sebagai Menteri di dalam Jabatan Perdana Menteri. Mereka mesti diberi peranan besar. DS Liow pernah menjawat jawatan Menteri Kesihatan. Datuk Mah pernah bertugas sebagai Timbalan Menteri Kementerian Pertanian (?). Ada kemungkinan juga akan diwujudkan Kementerian baru? Komposisi jawatan Menteri dan Timbalan Menteri mengikut negeri sekarang ini sudah memadai.

Kepada penasihat DS Najib, elakkan melakukan penasihatan yang boleh menyebabkan kelukaan hati orang lain. Ingat kes pertukaran MB Terengganu sepatutnya menjadi tauladan.

Ramalan penulis, Datuk Mah akan menggantikan Datuk Hassan Malek. Jangan marah kerana penulisan ini hanya untuk menggalakkan rakyat memberikan pandangan siapa yang sesuai menerajui Kementerian mana di dalam Rombakan Kabinet.



No comments:

Post a Comment