Tuesday, 10 June 2014

MALAYSIA TIDAK BOLEH ANJUR PIALA DUNIA, SELAGI KELUARGA ITU MASIH ADA


Andaikata FIFA menawarkan Malaysia menganjurkan FIFA World Cup tahun 2022 nanti, Malaysia perlu menolaknya. Biarlah Malaysia tidak menerimanya kerana puak pembangkang akan menggagalkan usaha murni tersebut. Mereka akan berdemonstrasi seharian sepanjang temasya tersebut di setiap venue.

Puak pembangkang tidak sanggup melihat Malaysia di datangi pelancong dengan ramai tanpa kucar kacir. Mereka akan membuat bantahan jika mantan Presiden Obama datang ke Malaysia menonton Piala Dunia. Mereka masih berdendam dengan Obama kerana tidak berjumpa dengan Anwar Ibrahim semasa Obama melawat Malaysia. Begitu dengan juga  PM Jepun yang menghalang seorang banduan memasuki Jepun satu masa lalu. Puak ini mahu peminat bolasepak di dalam ketakutan dan terbang pulang.

Puak ini tidak mahu Kerajaan BN di sanjung FIFA kerana dapat menganjurkan pertandingan dengan selamat, penuh tertib dan lancar. Mereka ini tidak suka penonton dan peminat bolasepak Malaysia `enjoy the game'. Mereka tidak gembira Malaysia mendapat keuntungan. Mereka jealous jika peniaga kecil mendapat rezeki. Mereka jaki jika pemandu teksi gembira mendapat penumpang.

Selagi puak pembangkang di kuasai keluarga seperti ini, Malaysia tidak akan aman. Mereka tidak dapat membeza yang baik untuk negara dan baik untuk parti masing masing.

Penulis amat sempati dengan Brasil yang segelintar rakyatnya berdemonstrasi membantah penganjuran FIFA World Cup. Ahli politik telah menpengaruhi pemandu teksi dan juruterbang supaya mogok dan banyak lagi. Ini merugikan rakyat Brasil. 

No comments:

Post a Comment