Amalan rasuah memang ada dan masih berlaku. Kerajaan melakukan program transformasi kerajaan dan salah satu agendanya ialah memerangi rasuah. Program itu menampakkan hasil dan ia semakin semakin baik setiap masa.
Pada penulis, Kerajaan tidak boleh dipersalahkan 100 peratus. SOP tender sesebuah projek memang tersedia dan peraturannya ketat. Mereka yang menjalankan tugas seperti penjawat awam dan penender atau yang memerlukan perkhidmatan pun perlu disalahkan juga.
Kedua dua pihak, contohnya, penender makanan kantin dan penjawat awam di Kementerian Pelajaran perlu berkerjasama memerangi rasuah. Pihak penendar mesti menawarkan harga penyediaan makanan 5 kali sehari dengan harga yang kompetitif. Penender boleh buat pilihan untuk masuk tender RM15 seorang sehari atau RM11 seorang sehari. RM15 adalah tinggi pada kelazimannya, tetapi sebahagian daripada RM15 tadi, terdapat RM1-RM2 seorang untuk pegawai penilai tender, pegawai memproses tuntutan dan juga kakitangan yang bertugas menyelia penender di kantin. Dalam senario lain pula, ada penender memasuki tender dengan harga RM11 untuk mendapat tender sahaja. Keuntungannya nanti di dalam bentuk pembekalan yang kurang bermutu dan catuan. Ikan yang segar diganti dengan ikan yang kurang baik dan spek yang salah. Biasanya mereka akan bekerjasama di dalam tuntutan. Penender akan tuntut, contohnya, 400 pelajar pada hari itu, walhal yang datang makan hanya 300 atau 350 pelajar.
Ada juga broker broker yang cuba mengambil untung dan menipu penender, konon kononnya pegawai atasan minta wang sebagai syarat mendapatkan tender. Tidak semena mena, penjawat awam yang tidak tahu menahu mengenai wang sogokan, mendapat nama buruk. Broker itu yang makan seorang.
Pada penulis, Menteri Pendidikan (sekolah) atau Menteri Belia (IKBN) tidak rasuah tetapi penjawat awam, broker dan penender yang rasuah. Rakyat boleh marah mereka. Penjawat awam ini ada yang pro kerajaan dan ada juga pro pembangkang.
Semasa berkhidmat di Johor Corporation dahulu, setiap anggota pekerja digalakkan `menjaga tepi kain orang’ . Anggota pekerja disuruh menjadi `mata dan teliga’ kepada pengurusan. Disamping itu, ceramah berjadual keburukan rasuah diadakan dikalangan pekerjanya. Usaha ini berjaya mengurangkan gejala rasuah.
Semua usaha ini akan membantu pengurangan stigma yang BN/UMNO adalah parti korup.
Pada penulis, Kerajaan BN tidak bertanggongjawab 100 peratus yang menyebabkan berlakunya amalan rasuah.
No comments:
Post a Comment