Penulis merujuk kepada blog Erapasca.com, sebuah blog pro pembangkang yang menulis tentang penyelewengan yang di lakukan oleh mantan KM Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Antara penulisan beliau (fitnah atau fakta-tidak pasti) adalah seperti dibawah:-
Tahukah korang Ali pernah belanjakan duit rakyat (ada dalam rekod LKAN 1997-1998) 600 helai tali leher sutera @RM98 sehelai berjumlah RM58,800, 500 unit tie-clips/cuff-links/key chain/gold-plated brass c/w designer box @ RM175 each berjumlah RM87,500 cetak brochure untuk Auditorium RM24,210, 4,000 naskah buletin Yayasan RM25,210, beli 200 helai tudung sutera RM14,000, 25 unit Pierre Cardin Briefcase@RM1,550 seunit RM38,750, Floor Mat untuk bilik tandas RM11,000, 27 pasang blazer @ RM1,650 sepasang RM44,550, 58 helai blazer@RM676 sehelai RM39,234, 10 helai lounge suits@RM1,250 sehelai RM12,500, 2 unit akuarium marin dan kelengkapan akuarium RM20,040, menukar dan memasang satu pintu pejabat Yayasan RM25,000???? Diadapati semua tu menyalahi Peraturan Kewangan dengan tidak Memanggil Sebutharga Dan Tender, atau senang cerita belanja wang bajet atas kegunaan peribadi dan urusan tidak rasmi.
Zaman pemerintahaan Ali Ketum di Melaka menyaksikan banyak projek-projek mewah kerajaan negeri yang merugikan rakyat. Antaranya Projek Lebuhraya Sungai Udang Ke Durian Tunggal sebanyak RM 280 juta sepanjang 21 km atau RM 14 juta sekilometer di mana hanya separuh adalah 4 lorong kereta. Selain itu Projek Hang Tuah Mall sebanyak RM 8.5 juta, Projek air terjun Bukit Bruang sebanyak RM 1.7 juta, Projek pintu gerbang MBMB sebanyak RM 2.7 juta, Jeti Parameswara sebanyak RM 13 juta, Satu unit tandas sebanyak RM 125,000/-, Bandaraya Mall(Taj Mahal di Bangunan MBMB) sebanyak RM 4.5 juta, Projek pesiaran kaki Jonker Walk sepanjang 600 meter sebanyak RM 1.8 juta atau RM 300 sekaki, Bunga pasu sebanyak RM800 sebuah di sepanjang Jalan Bendahara, Air pancut dan pesiaran kaki di depan Mahkota Parade sebanyak RM 2 juta dan jalan berbatu yang rosak sebaik ia disiap sebanyak RM 2.5 juta.
Ali Ketum juga telah menggunakan wang rakyat untuk peruntukan kawasan yang tidak ada akauantibilti menyebabkan banyak penyelewengan berlaku. Antaranya DUN Bandar Hilir, Durian Daun dan Tengkera masing-masing diberikan RM 50,000 manakala DUN Duyong memperolehi RM 150,000/-
Tulisan selanjutnya boleh di baca di http://www.erapasca.com/2014/06/kes-rasuah-penyalahgunaan-kuasa.html
Penulis menganggap jika benar maklumat ini di `ceduk' dari Laporan Kewangan Audit Negara 1997-1998) dan tiada penafian bertulis daripada pihak Datuk Seri Mohd Ali sendiri, penulis anggap perkara yang ditulis adalah betul.
Perkara sebegini wajib ditolak dan dibenteras oleh KM Melaka yang baru, Datuk Seri Idris Haron dan pengurusan tertinggi Kerajaan khasnya Setiausaha Kerajaan dan Pegawai Kewangan Negeri. KM, Datuk Seri Idris kena belajar daripada kelemahan dan kekuatan Datuk Seri Mohd Ali. Kelemahan beliau adalah seperti perbelanjaan `mark up' yang tidak memberikan pulangan ekonomikkepada negeri tapi mungkin peribadi dan pulangan politik. Kekuatan beliau banyak seperti rajin dan kuat kerja, pembersih, pandai mencari pelabur, pembangunan pelancongan Melaka, hubungan Melaka dengan negara / negeri luar. Sebenarnya banyak kekuatan daripada kelemahan. Malangnya, manusia terkenal kerana kelemahannya. Itu yang di `highlight' setiap masa dan masa hadapan.
Ada cadangan Datuk Seri Mohd Ali di angkat ke jawatan Setiausaha Agong UMNO, tetapi cerita rasuah dan penyelewengannya mewarnai dunia politik dan telah mempengaruhi Presiden dan Timbalan Presiden serta MT.
Melaka bersepah dengan kroni kroni projek. Entah betul entah tidak, mereka ini di utus khas oleh KM. Penulis yang tidak aktif dalam UMNO pun kedengaran peluang melobi projek.
Datuk Seri Idris,
Jika tidak berhati hati, kroni kroni ini akan merosakkan nama baik KM, Kerajaan Negeri dan UMNO serta BN. Jika KM yang jatuh, lantaklah tetapi jangan UMNO dan BN. Penulis nampak ada kebenarannya. Seorang kroni cum pekerja di kampong penulis sudah nampak peningkatan ekonominya. Seorang lagi kroni bergelar Datuk yang tinggal di Bukit Katil, banyak melakukan persubahatan dan sebenarnya banyak menganaiya orang lain demi menjaga periuk nasi nya. Macam banyak filem Tamil di India, rakyat biasa di tindas oleh Polis dengan arahan kroni atau orang kaya tersebut. Pergi jahaman kroni begini.
Admin, saya dh baca apa yg ditulis dlm blog prapasca tu. First step, blog berkenaan cuba mempengaruhi minda pembaca dgn menyebut suatu jumlah RM yg besar seolah2 semuanya masuk dlm poket ali rustam. Rasanya setiap duit yg disebut itu disertakan dgn bentuk barang. Ada tak jumlah yg disebut itu tiada barang? Admin nampaknya mcm terus je terpengaruh. Siapa blogger prapasca. Akauntan? JK audit? JK kira2 wang negara? Bagaimana begitu detail maklumat yg dia tahu? Bagaimana dgn laporan kewangan audit negara. Jika ali rustam salah knp tidak ditahan kerana rasuah? Admin lupa agaknya rasuah dipihak kerajaan selalu kena cekup. Lain la kalau rasuah dipihak yg satu lg. Tk gitu admin? Berfikirlah di luar kotak. Setiap penulisan dlm blog politik ada maksudnya. Kalau nk benteras rasuah repot la pd sprm, merepek dlm blog tu hanya nk pesongkan fikiran pembaca yg kurang matang gunakan otak.
ReplyDeleteTuan Husin ...
ReplyDeleteBlogger prapasca inilah yang telah dibayar oleh Shamsul Ketot semasa PRU lalu .. Kerja nya hanyalah untuk memesong pemikiran orang Ramai sehingga Fitnah menjadi Fakta ... Cuba selidik latar belakang blogger ini ..anda pasti terperanjat melihat sikapnya... Anyway kalau Benar Ali Rustam bersalah laporkan kepada SPRM dan janganlah ajak orang Ramai berjemaah untuk membuat FITNAH...
Saudara Usin dan Huddin
ReplyDeleteAlhamdulilah. Menerusi tulisan sahabat sahabat, penulis dah merasa DS Mohd Ali difitnah oleh musuhnya. Alasannya SPRM tidak mengambil tindakan selanjutnya. Kemungkinan besar prosedur perolehannya mengikut syarat dan ketetapan. Niat penulis hanya ingin mengingatkan pemimpin Melaka dan Malaysia, jauhi penyelewengan dan rasuah. Antara contoh contoh penyelewengan seperti tertera di penulisan. Kroni kroni mesti membantu menambahbaik UMNO (seperti menanbah bilangan Ahli dan penyokong UMNO/BN dll) dan bukannya pulangan ekonomi semata mata. Hari ini mungkin rakyat tidak tahu, esok lusa, rakyat tahu juga keburukan kita, jika kita berbuat salah.
Terima kasih di atas ingatan kepada penulis. Penulis dan keluarga tetap UMNO dulu, kini dan selamanya.