Monday, 30 June 2014

LANGKAH KANAN ATAU LANGKAH KAJANG:TAN SRI KHALID.


Itulah yang penulis maksudkan dengan satu lagi rombakan akan berlaku. Bukan di pihak BN tetapi di pihak Pakatan Rakyat. Tan Sri Khalid Ibrahim akan meletakkan jawatan atau diminta berbuat demikian untuk membolehkan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR atau YB Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR, di lantik sebagai MB Selangor yang baru.

Ramai ahli PR berkata Langkah Kajang itu suatu keperluan. Langkah untuk menjatuhkan MB Selangor telah di mulakan secara praktikal di Kajang. ADUNnya di okestra meletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim menjadi ADUN Kajang dan  wajar di lantik MB Selangor. Anwar Ibrahim adalah berjawatan Ketua Pembangkang di Parlimen tetapi ingin menjadi Ketua Kerajaan di Selangor.

Ada dua strategi yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Menjawat jawatan MB Selangor mengizinkan beliau berhubungan dengan Sultan Selangor (dalam Majlis mahupun urusan rasmi), PM dan MB lain di dalam mesyuarat Raja Raja (memungkinkan Anwar berinteraksi dengan Sultan dan Raja) dan akhirnya dengan pegawai Kerajaan.Ini akan `short cut' perjalanannya ke Putrajaya.

Malangnya usaha itu terbantut kerana Anwar Ibrahim di dapati bersalah meliwat bekas pembantunya dan hilang kelayakan. Rupa rupanya ia short cut ke Sg Buluh. Serta merta, Anwar Ibrahim mencadangkan dan mengarahkan isteri beliau dan juga Presiden PKR menjadi calon di DUN Kajang. PKR menang dengan majoriti yang baik tetapi menurun.

MB Selangor macam tidak faham dengan `body language' pimpinan atas PKR. Azmin Ali ditugaskan memberikan cabaran dan tekanan kepada MB Selangor tetapi MB membalasnya dengan turut bersaing di dalam Pemilihan Jawatan Timbalan Presiden. Saingan agak sengit tetapi Azmin Ali sedang mendahului saingan.

Seterusnya kedudukan MB terus bergoyang apabila MB tewas di dalam perebutan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor. Beliau kalah kepada bekar Ahli Parlimen Kapar, S. Manickavasagam. Ini suatu yang memalukan di dalam sejarah politik tanah air.

Jangka hayat MB semakin hampir. Anwar Ibrahim yang menganggap Tan Sri Ibrahim seorang pentadbir dan ahli perniagaan yang terbaik di Malaysia, kini adalah seorang yang lemah pengurusannya dan tidak popular di kalangan ahli PR dan rakyat Selangor. Rakyat Selangor benci Tan Sri Khalid kerana krisis air teruk di Selangor.

Anwar Ibrahim sudah bersuara, jawatan MB bukan hak peribadi. Pemimpin DAP menyalahkan MB di atas kemelut krisis air di Selangor. Azmin Ali, Rafizi dan lain lain tumpang semangkok menyelar dan mengutuk MB. PAS complain Tan Sri kerap membelakangkan PR di dalam keputusannya. Keadaan semakin tenat dan talian hayat sudah habis di gunakan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim. 

Kemungkinan rombakan jawatan MB Selangor akan berlaku.


2 comments:

  1. Krisis jawatan bukti pembangkang parah

    Oleh HUSSAINI AMRAN
    hussaini.amran@utusan.com.my

    http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140630/po_01/Krisis-jawatan-bukti-pembangkang-parah

    ReplyDelete
  2. Nasib Khalid ...

    Awang kasihan dengan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang menghadapi ujian dan tekanan yang makin kuat dalam partinya sendiri iaitu PKR dan komponen pakatan pembangkang.

    Bagaikan tidak percaya, seorang bergelar Menteri Besar boleh tewas kepada calon bukan pilihan, S. Manikavasagam bagi jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor. Awang seakan-akan terdorong untuk percaya seperti ada yang tidak kena. Mungkin benar cakap-cakap dalam PKR, memang ada gerakan tersusun untuk menjatuhkan Khalid.

    Agak aneh, Khalid menang bagi kiraan undi pencalonan Kuala Selangor untuk jawatan Timbalan Presiden mengalahkan Azmin Ali tetapi tewas bagi jawatan Ketua Cabang sedangkan pengundi adalah sama. Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR boleh memberikan apa sahaja alasan tetapi ia dilihat tidak meyakinkan. Persoalannya bagaimana bekalan elektrik boleh terputus secara kebetulan di seluruh blok Tropicana ketika kiraan undi sedang dibuat.

    Ini bukan kali pertama bekalan elektrik terputus menjadi isu dalam pemilihan PKR.

    Kontroversi di cabang Kuala Selangor adalah antara tumpuan perhatian pemilihan PKR yang makin panas di seluruh negara kebekalangan ini. Tidak putus-putus berlaku insiden keganasan dan pergaduhan dalam pemilihan PKR. Malah pemilihan semula di banyak cabang turut menyaksikan tumbuk menumbuk dan baling kerusi sebagaimana di cabang Kuala Langat dan Kota Raja.

    Musim pemilihan 2010 juga begitu senarionya. Masa berlalu tetapi tiada perubahan. Wajah hodoh PKR terus terserlah pada pemilihannya yang penuh dengan dakwaan penipuan, pergaduhan dan ketegangan. Makin ramai kecewa sehinggakan berlaku seorang ahli di cabang Ampang memfailkan saman di mahkamah. Di sebalik semua itu, pemimpin utama PKR masih belum tampil memohon maaf atas segala kelemahan dan kepincangan seolah-olah ia memang resam dan budaya parti itu.

    Lebih menarik untuk diketahui selepas ini ialah nasib Khalid. Dengan kekalahan di cabang Kuala Selangor, kedudukan beliau sebagai Menteri Besar cukup tergugat. Ini adalah kesempatan terbaik bagi musuh-musuhnya dalam PKR meningkatkan tekanan supaya beliau berundur. Khalid juga sudah hampir pasti tidak dapat menyaingi Azmin yang kini mendahului dengan selesa bagi pemilihan jawatan Timbalan Presiden. Lebih memburukkan, pemimpin-pemimpin DAP antaranya Jeff Ooi dan Pas Selangor khususnya Khalid Abdul Samad mahukan seorang menteri besar baharu di negeri itu. Bersediakah Khalid menyerah kalah begitu sahaja atau bangkit mengejutkan semua



    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140629/re_02/ANALISIS-MINGGUAN--Bisik-Bisik-Awang-Selamat#ixzz365whfRZe
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete