Wednesday, 18 June 2014

SULTAN DAN RAJA BOLEH BERNIAGA TETAPI .....

(gambar awal tahun 2014)

Penulis membaca dengan tekun tulisan Saudara Syed mengenai Sultan Johor dan rangkaian perniagaannya, kebimbangan rakyat dan ahli politik terhadap peranan pelabur asing di Johor Bahru dan lain lain. Sebagai seorang rakyat Malaysia dan rakyat Johor khasnya, sila baca dengan fahami situasi politik dan Kesultanan di Johor. (sumber OutSyed The Box)

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2014/06/sultans-and-business.html

Sesunggohnya, penulis berpendapat Sultan Sultan boleh menjalankan perniagaan di negeri masing masing tetapi dengan beberapa syarat :-

1. Sebaiknya Sultan Sultan melabur seperti rakyat melabur dengan PNB atau ASM atau ASN dan yang seumpamanya. Juga melabur di dalam syarikat syarikat yang tersenarai di dalam Bursa Malaysia. Sultan Sultan adalah Pelabur jangka masa panjang dan bukan spekulasi. Pelaburan saham di dalam syarikat peladangan seperti Tabung Haji dan FELDA adalah bidang pelaburan  teramat sesuai. Ini akan mengelakkan Sultan Sultan membuang masa mengurus syarikat atau mencampuri urusniaga perniagaan. Urusan Ketua Negeri dan Agama sudah cukup meletihkan.

2. `Core business' syarikat atau mesti menepati ketetapan Syariah. Bisnes yang `unislamic' seperti Judi dan Arak, tidak di benarkan langsung sesuai dengan status Ketua Agama.

3. Urusniaga dengan Kerajaan hendaklah pada kaedah `arm length' atau `win win condition'. Urusniaga mesti menjauhi keadah `perentah' atau diskriminasi. Tanah yang hendak dibeli daripada Kerajaan hendaklah harga pasaran. Harga tender yang munasabah. Standard atau mutu pembinaan mengikut piawaian. Cukai tanah adalah mengikut kelaziman. Sultan Sultan tidak boleh memeningkan atau menggangu pentadbiran Kerajaan Negeri.

4. Seperti prinsip bisnes JCorp, sebaik mungkin, Sultan Sultan tidak bersaing dengan peniaga Bumiputera tetapi `complement' dengan mereka. Elakkan `management buy over' syarikat Bumiputera. Kriteria perniagaan ialah export oriented, high technology and minimum IRR of 12%.

5. Sultan Sultann di galakkan berusahasama dengan GLC GLC seperti KWSP, Petronas, Tabung Haji, FELDA dimana pengurusan adalah oleh GLC tersebut.

Mungkin rakan rakan boleh tambah kriteria untuk Sultan  berniaga.






5 comments:

  1. Nasihat patik yang hina dina supaya Baginda Al-Sultann seluruh Tanah Melayu tidak perlu mencemar duli Tuanku untuk berniaga, semua keperluan sudah disediakan secukupnya untuk Tuangku semua. Apa yang lebih penting ialah gunakan masa dan peluang yang ada untuk menimba ilmu pengetahuan bagi kepentingan Tanah Melayu dari direbut oleh orang lain. Dengan adanya ilmu yang tinggi Tuangku dapat menepis segala ancaman samada dari luar dan dalam negara sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam "Orang-orang yang berilmu sahaja dapat memimpin dunia" jika Tuangku-Tuangku lemah dalam penguasaan ilmu maka terlalu mudah untuk anasir yang berkempentingan menipu. Daulat Tuangku.

    ReplyDelete
  2. ampun tuanku,
    hamba pacar hina selaku rakyat jelata dibawah perlindungan tuanku, mengharapkan agar tuanku duduklah diam diam di istana. Jalankan tugas tuanku sebagai pemerintah tiang agama dan pelindung kepada bangsa tuanku. Patik sebolehnya tidak mahu tuanku dipandang benci oleh hamba rakyat kerana mengejar apa yang hamba rakyat harus miliki, sedang yang tuanku kendong pun melimpah ruah segalanya. Harta tuanku melebihi kami rakyat dibawah ini, kuasa tuanku melebihi apa kuasa yang patik hina ini miliki. Itu belom dimaksudkan kepada tanggungjawap yang tuanku harus menjawapnya di alam barzakh nanti. Juga belum dimaksudkan kepada masalah umat melayu yang dihina dicaci bertimpa-timpa, itu semua sudah kelihatan berciciran dipangkuan tuanku yang seharusnya tuanku tidak ketepikan. Demi rakyat yang menjungjung kasih, kasihanilah kami umat melayu ini. Syiar islam semakin malap tuanku. Pemimpin melayu semakin takbur tuanku. Mereka lupa kepada kami yang memberikan mereka undi aduhai tuanku...Mahukah tuanku melihat patik patik ini menyebah kaum mata sepet? menjadi melukut dibumi tuanku sendiri??
    ampun tuanku....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah harapan rakayat jelata Tuanku. Ampun Tuanku

      Delete
  3. Ampun Tuanku, harta dunia tidak akan selamanya akan cukup, semakin banyak semakin tamak bertambah. Bila tamak melanda disanubari segala-galanya akan dingkari akhirnya memakan diri. Tamak memiliki ilmu semakin tamak semakin disegani berguna untuk melindung diri juga negeri.

    ReplyDelete
  4. Pada pandangan patik yg hina, seluruh sultan yg ada di tanah melayu ini memencilkan diri daripada terlibat dalam perniagaan. Patik berkata begini kerana beranggapan bahawa sultan2 sekalian tidak perlu menyaingi rakyat jelata untuk mendapat rezeki dan kekayaan. Segala keperluan tuanku2 sultan telah disediakan secukupnya dan tiada apa yang kurang dari segi kesenangan dunia. Biarlah kami hamba rakyat jelata yang berniaga dan bersaing sesama sendiri. Untung kayalah kami dan rugi kami tanggung sendiri. Amat kekok rasanya kami hamba rakyat untuk bersaing dengan tuanku2 sekalian. Namun begitu tuanku2 sekalian, segala cucu cicit darah daging tuanku bolehlah jika ingin berniaga. Harapan patik kepada tuanku2 sekalian, tumpukan tugas2 utama untuk menjaga agama Islam sebagai agama resmi malaysia, menjaga hamba rakyat sekiranya ada yg miskin papa kedana dan memerlukan tak kira apa bangsanya. Menjadi simbol kedaulatan negeri dan.bangsa melayu sebagai penduduk asal tanah melayu. Sekian harapan patik pacal yang hina kepada tuanku2 sultan di negeri2 tanah melayu.

    ReplyDelete