Wednesday, 25 June 2014

DI TAKDIRKAN LIM KIT SIANG KENA KANSER, DAP AKAN BERI SOKONGAN MORAL JUGA?


Penulis merujuk kepada blog Selangor Chronicle mengenai kematian ADUN Bukit Assek, Sibu, Sarawak, YB WONG HO LENG, kos rawatannya, sokongan moral DAP Pusat dan kenyataan Balu Wong Ho Leng. Mengembarkan.

Balu Wong, Puan Irene Chang menyuarakan penyesalan dan kemarahan beliau terhadap terhadap Lim Guan Eng dan DAP Pusat. Mereka hanya memberikan sokongan moral sahaja walhal keluarga ini perlukan juga bantuan dana untuk pembiayaan kos rawatan kanser suaminya  di Singapura,

Yang lebih menyedihkan, Puan Irene Chang berkata DAP Sibu Sarawak berjaya mengutip dana sejumlah RM10juta dari ahli perniagaan Foo Chow dan sahabat handai termasuk penyokong untuk parti. DAP Sarawak membelanjakan hanya RM4 juta dan selebihnya di transfer to Ibu pejabat. Tetapi sesen pun wang disalurkan untuk membantu kos rawatan Wong. Pada penulis, walaupun wang sumbangan adalah untuk urusan parti, DAP dan Lim Guan Eng boleh memohon kelulusan pengurusan teringgi DAP untuk membantu keluarga Wong. Di beritakan sejumlah RM700,000 wang simpanan Wong telah dibelanjakan untuk kos rawatan.

Lebih mengemparkan, menurut  blog tersebut KM Sarawak dan Kerajaan Negeri membantu RM1 juta membaiyai kos rawatan Wong. Mungkin dengan kelayakan ADUN,  Kerajaan Negeri membantu.

Moral Story
1.    Segala pengorbanan masa dan duit ADUN Bukit Assek tidak mendapat pengiktirafan dan pembalasan setimpalnya. ADUN  DAP lain perlu bersedia menghadapinya di masa hadapan.
2.   BN tetap membantu ADUN DAP atas dasar peri kemanusiaan walaupun BN boleh mengelak atau menyusahkan prosedur. Penulis tidak yakin jika ADUN BN di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor di timpa keuzuran, akan menerima layanan seperti Tan Sri Adenan Satim dan Kerajaan Sarawak.
3.  Masyarakat perniaga Foo Chow adalah penyokong kuat DAP. Dengan perniagaan seperti perladangan kelapa sawit, peniaga Cina Foo Chow menjadi kayaraya, tetapi membalas Kerajaan BN dengan mengundi DAP. Dasar perniagaan Sarawak perlu perubahan sedikit.
4.   Penyakit kanser amat merbahaya, mahal kos rawatan  dan membawa maut. Penyakit HIV (hasil daripada aktiviti hubungan seks songsang atau lain) membawa maut juga tetapi kos rawatannya tidak semahal kanser. Minta Allah jauhi penyakit penyakit bahaya menimpa kita dan keluarga kita.
5.    Kemelut keluarga Wong dengan  DAP membuka minda pengundi dan penyokong DAP bahawa perjuangan DAP hanya untuk menang pilihanraya tanpa pengisisan. Masa senang berkawan masa susah menjauhkan diri. Padan muka aku, rakyat Sibu
6.  BN perlu mempelawa Puan Irene Chang menjadi sebahagian daripada BN dan jika sesuai menjadi calon BN menentang calon DAP di PRU14 nanti. Biar tembelang DAP pecah teruk dan membusuk di Sibu dan Sarawak amnya.
7.   Andaikata Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng dikesan berpenyakit kanser, apakan dasar bantuan DAP kali ini.? Adakan mereka akan memberikan sokongan moral juga? Penulis tidak yakin.


 Penulisan tersebut boleh di baca di http://selangorchronicle.blogspot.com/2014/06/balu-wong-ho-leng-maki-hamun-guan-eng.html ataupun seperti tertera di bawah:-


Lim Guan Eng bukan sahaja gagal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, tetapi juga sebagai Setiausaha Agung DAP, dia merupakan antara penyangak paling besar dalam parti tersebut. Ramai yang sudah memperkatakan tentang Lim Guan Eng, dan yang terbaru adalah balu mendiang Wong Ho Leng, ADUN Bukit Asek.

Irene Chang, mencemuh partinya sendiri kerana gagal memberikan atau mewujudkan sebarang sokongan kewangan kepada suaminya sepanjang suaminya menderita penyakit ketumbuhan di dalam otak. Irene Chang berang apabila Lim Guan Eng pada 13 Januari menerusi kenyataan medianya sendiri menyatakan, DAP akan memberikan sokongan moral kepada Wong Ho Leng yang sedang menderita kesakitan.

Bagaimanapun, selepas menggunakan kesemua wang simpanan bagi tujuan rawatan kimoterapi dan radioterapi di Singapura selain penginapan dan perbelanjaan-perbelanjaan yang lain, tidak ada satu sen pun bantuan diberikan oleh DAP. Sebaliknya Kerajaan Negeri Sarawak menerusi Ketua Menterinya, Adenan Satem pula yang mengeluarkan perbelanjaan bantuan sebanyak RM1 juta kepada ADUN Bukit Asek itu. 

Irene kesal kerana suaminya hanya berusia 53 tahun dan mereka mempunyai lima orang anak dengan 4 daripada mereka masih bersekolah, belajar di kolej dan universiti, malah sumber pendapatan mereka juga sangat terjejas.

Sebagai seorang peguam, Wong Ho Leng tidak dapat meneruskan kerjayanya itu apabila dia dipilih sebagai Ahli Parlimen Sibu memandangkan dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada amalan guamannya, sedangkan kerjaya sebagai peguam itulah yang menjadi punca pendapatan mereka seisi keluarga. Dan sebagai Ahli Parlimen DAP, Wong Ho Leng perlu menyerahkan sebahagian daripada elaunnya kepada parti, sedangkan elaun itu sendiri tidak mampu melunaskan banyak perbelanjaan berkaitan dengan khidmat masyarakat sebagai Ahli Parlimen.

Menurut Irene, setiap bulan, mereka terpaksa mencari sekurang-kurangnya RM10,000 untuk menampung perbelanjaan tambahan untuk rakyat yang diwakili serta membiayai pusat khidmat yang ditubuhkan. 


Sepanjang PRK Sibu dan Pilihanraya Negeri Sarawak pada tahun 2011, menurut Irene, mereka telah menggunakan hampir kesemua simpanan peribadi berjumlah RM700,000 untuk perbelanjaan kempen dan ibu pejabat DAP pula tidak banyak membantu. Ini membuatkan Wong Ho Leng terpaksa meminta bantuan daripada ahli-ahli perniagaan Foo Chow dan mereka berjaya memperolehi lebih RM10 juta daripada rakan-rakan, saudara-mara dan para penyokong.

No comments:

Post a Comment