Saturday 7 June 2014

FELDA UNITED UNDER DOG. PAHANG DI JANGKA MENANG


Hoki Kebangsaan kita menjadi pasukan belasahan negara Australia, England dan negara Europa. Perlawanan terakhir ialah menentang India. Hoki adalah sukan negara Asia suatu masa lalu dan kini Europa dan Australia menguasai sukan ini. Penulis harap sukan Badminton akan terus berada di tangan China, Jepun, Indonesia dan Malaysia buat seketika. India sedang mencipta nama sedidit demi sedikit.

Malam ini 7 Jun 2014 bertempat di Stadium Shah Alam, perlawanan akhir Piala FA di antara Pahang dengan Felda United. Perlawanan yang pasti hebat. Atas kertas, penulis memilih Pahang. Pada penulis pertahanan Pahang kental, berbadan besar dan tinggi. Sekejap menjaga pertahanan sekejap ke hadapan ketika tendangan sudut. Ramalan ya.

Kepada pemain Pahang, Hafiz dan Saifulnizam, berpada padalah bermain tu. jangan asyik nak cederakan pihak lawan atau panas baran. Jikalau penulis sebagai majikan, sepandai manapun anda bermain, penulis tidak akan memilih kamu kerana sebab di atas. biar kita menang atas semangat kesukanan. Jika kita menonton TV, aksi ganas itu terang dan nyata. boleh diulang tayang lagi.

Selain itu, penulis ingin sharekan artikel `Transformasi Sukan Remaja' untuk di tokok tambah dan di applikasikan di mana boleh.

http://nasirwise.blogspot.com/2013/02/transformasisukan-bolasepak-remaja-di.html

No comments:

Post a Comment