Selepas PRU13 yang lalu, BN menampilkan 4 muka baru menjawat kerusi Menteri Besar iaitu MB Johor, DS Khaled Nordin, MB Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, MB Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron. Sepanjang 2 tahun ini beberapa MB/KM telah di uji pentadbirannya. Contohnya KM Melaka. Semasa di dalam pantang jawatan lagi, beliau di uji mengenai isu Jonker Walk yang mencetuskan kemarahan orang Cina khasnya DAP. MB Kedah pula menghadapi masalah PRK Sungai Limau dan masalah kewangan tenat KUIN. Kesemuanya ini selesai dengan cara yang bijak dan tidak memberikan impak negatif.
MB Johor sedang di uji kebijaksananya mengendalikan penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Johor yang memungkinkan penglibatan Sultan Johor. Ada pihak yang kuatir, enakmen baru ini boleh disalahguna oleh Sultan Johor. MB Johor menjelas kuasa masih di tangan nya dan Sultan Johor bertindak dengan nasihat MB Johor. Hari ini mungkin ya, esok lusa lain jadinya. Enakmen ini dijangka akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Johor Isnin depan.
Enakmen ini ada baik dan buruknya. Pembangkang akan memutarkan belitkan isu ini sehinggakan MB Johor tersepit di anatara desakan pembangkang (memang ada rakyat dan Ahli UMNO yang tidak bersetuju dengan penglibatan Sultan Johor) dengan kehendak Sultan Johor. Mereka amat menghormati Institusi Kesultanan dan tidak mencampuri urusan pentadbiran negeri dan bisnes GLC negeri. Tugas sebagai Ketua Agama pun sudah membebankan Sultan Sultan kerana kena berlaku adil, menjauhi perkara mungkar, solat dll.
Sesungguhnya `dealing with the Istana' is very delicate thing. Ramai yang tidak berjaya menjalin perhubungan baik istana-kerajaan.
Penulis teringat cerita Tan Sri Ali Hashim yang dikatakan `bertarung' menyelamatkan Johor Corporation, KFC dan QSR dari jatuh ke tangan pihak lain termasuklah Istana. Beliau melepaskan jawatan untuk menyelamatkan maruah semua pihak. Tekanan politik ini turut merimaskan arwah anak bungsunya sehinggakan menulis sajak yang kononnya berunsur penderhakaan. Ayat nya berbunyi `Raja yang adil, Raja di sembah. Raja yang zalim, Raja di Sanggah'. Ayat ini mungkin menyebabkan Sultan Johor tersinggung.
Sebelum berlaku penarikan bintang kebesaran, Tan Sri Ali memulangkan semua pingat kebesaran Johor. Sila baca cerita selanjutnya di sini.
http://nasirwise.blogspot.com/2013/12/pengakhiran-kareer-yang-kurang-sedap.html
Serentak dengan isu Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Johor, MB sekali lagi di ganggu tidornya oleh kes IPP di Johor yang melibatkan YTL Corporation dan Sultan Johor. Sultan Johor terlibat di dalam keputusan Kerajaan negeri menganugerahkan projek IPP kepada JV Sultan Johor dan YTL. Pengarah Urusan nya pun celupar mulutnya dan `merungut' mengenai sistem pentadbiran di Malaysia dan keistimewaan Melayu.
Penulis mendoakan YAB Datuk Seri Khaled Nordin berjaya mengharungi isu isu gentir ini dengan berjayanya.
Apa akan berlaku sekiranya SUltan tidak terlibat dalam soal pembangunan tanah di negeri tanah melayu, contoh terdekat pulau piang yang kini dikuasai oleh pemimpin kaum cina, habis tanah-tanah melayu yang bernilai tinggi mahu dibangunkan untuk siapa? maka terpinggir lah kaum melayu .
ReplyDeleteSebaliknya saya bersetuju walaupun dalam rela paksa membenarkan pihak istana terlibat dalam soal memastikan tanah melayu tidak terhakis khas nya untuk pembeli dari tanah seberang yang amat terkneal sebagai pelabur hartanah. Persoalan yang dingin diajukan kepada warga johor , sekiranya kaum cina berjaya memerintah negara malaysia ini, apakah mungkin mereka akan menjaga dengan setia tanah rezab melayu.
Jadi sekurang-kurang nya dengan penglibatan sulatan pemerintah jajahan takluknya, mungkin melayu berasa sedikit selamat apabila setiap pembangunan tanah harus mendapat perkenan duli tuanku.
Sepatutnya negeri negeri lain yang mempunyai raja berpelembagaan boileh mengikuti langkah yang diambil oleh kerajaan johor seperti mana yang terjadi di perak selama 11 bulan kaum cina memerintah negeri perak walaupun atas nama pakatan rakyat. Sedar lah melayu setinggi dan sebijak mana kamu , kita masih belum dapat membaca fikiran kaum cina yang sekarang membina jambatan untuk memiliki dan memerintah negara ini dari kaum asal melayu.