PADA 26 JUN 2014, PENULIS MENGULAS PENGERUSI REDHA MELAKA, SEMASA BERUCAP DI PAMERAN HARTANAH MELAKA DI MITC, YANG MEREKA MENGHADAPI KESUKARAN MENJUAL HARTANAH LOT BUMI DAN MEMOHON KERJASAMA KERAJAAN MELAKA MELULUSKAN PENUKARAN STATUS LOT BUMIPUTERA KEPADA LOT BEBAS. PENUKARAN STATUS AKAN MEMBANTU PEMAJU MENJUAL STOK HARTANAH TERSEBUT DENGAN LEBIH MUDAH.
PENULIS MENULIS MENYERU KERAJAAN NEGERI MELAKA SUPAYA TIDAK MELULUSKAN PERMOHONAN TERSEBUT ATAS SEBAB EKONOMI MELAYU, SOSIAL DAN POLITIK. SALAH SEORANG RAKAN FB MENCADANGKAN SEPERTI BERIKUT:-
Jebon Jenglot27 June 2014 01:14
Cadangan saya..majlis raja raja atau sultan/raja disetiap negeri membeli semua kuota rumah bumiputra yg x terjual..sultan/raja beli dan simpan rumah tersebut..menjual semula rumah tersebut kpd bumiputra yg mampu bila tiba masanya pada harga asal dibeli..jadi dengan ini pemilikkan rumah bumiputra tersebut tidak akn terlepas kpd bukan bumiputra
SAYA AMAT BERSETUJU DENGAN CADANGAN JEBON YANG MENCADANGAN SYARIKAT BERKAITAN SULTAN ATAU KING LINK COAMPANIES (KLC) MEMBELI RUMAH ATAU HARTANAH YANG TIDAK TERBELI OLEH PEMBELI BUMIPUTERA. ALANGKAH BAIKNYA JIKA SETIAP SULTAN MENCARUM RM10 JUTA DAN MELABUR DALAM HARTANAH. KOSORTIUM SULTAN INI DI URUSKAN OLEH PROFESSIONAL HARTANAH.
SELAIN KLC, GLC NASIONAL DAN NEGERI MEMPERUNTUKAN SEBAHAGIAN DARIPADA DANANYA MEMBELI HARTANAH TERMASUK TANAH STRATEGIK. PUSAT ZAKAT DAN BAITULMAL JUGA PERLU TURUT SERTA MEMAINKAN PERANAN MEMBANTU BUMIPUTERA. SELAIN SIMPAN DALAM FD, PELABURAN HARTANAH BIASANYA BERBALOI JUGA.
DISAMPING PENGLIBATAN KLC, GLC DAN PUSAT ZAKAT/BAITULMAL, PEMAJU HARTANAH PERLU LEBIH BERTANGGUNGJAWAB DI DALAM PEMBANGUNAN HARTANAHNYA. KELULUSAN PEMBANGUNAN BIASANYA DIBERIKAN SETELAH PEMAJU MENEPATI KUOTA BUMI DAN BUKAN BUMI. KELAZIMANNYA PEMAJU AKAN MEMINTA KELULUSAN KERAJAAN NEGERI UNTUK MENUKAR STATUS BUMI KEPADA BUKAN BUMI. ADA PEMAJU MEMANG BERSTRATEGI MAHU MENUKAR STATUS DI MASA AKAN DATANG.
PENULIS CADANG PEMAJU DI KENAKAN TINDAKAN DENGAN MENURUNKAN HARGA JUALAN KEPADA HARGA KOS PEMBINAAN + 5 PERATUS KEUNTUNGAN KERANA KESALAHAN `MENIPU'. PEMAJU SUDAH MEMBUAT KAJIAN PEMASARAN DAN SEPATUTNYA ADA PERMINTAAN DARI PEMBELI BUMIPUTERA.
Kalau dah rasa susah nak jual rumah peruntukkan bumiputra, senang saja , bila dapat tanak anugerah dari kerajaan , jangan buat rumah yang harga terlampau kerana alasan tidak cukup untung , jika nak untung lebih buat perniagaan lain , jangan jadi pemaju..
ReplyDelete