Thursday, 31 October 2013

PAS AKAN MENANG PRK DUN SG LIMAU. KELANTAN MENANG PIALA MALAYSIA



Berdasarkan atas kertas, PAS akan menang PRK DUN Sg Limau ini yang bakal diadakan pada 4 November 2013. Kelantan pula dijangka menang mudah atas Pahang dan menjuarai Piala Malaysia yang akan diadakan pada 3 November 2013.

Sg Limau adalah kubu kuat Allahyarham TS Azizan Razak dan PAS dan pengundi PAS/PR masih sedih dan menyokong TS Azizan. PAS kata calonnya adalah anak diri TS Azizan lagi.

PRU13 menyaksikan majoriti yang besar dan untuk menarik pengundi PAS/PR memilih BN mungkin amat getir. Lagi pun Datuk Mukhriz baru memimpin Kedah 5-6 bulan dan kecekapan serta kewibawaannya boleh di iktiraf oleh penduduk Sg Limau khasnya orang PAS.

Selain daripada itu, PAS amat pandai mengelirukan fakta. Gambar palsu perjumpaan calon PAS dengan TS Azizan rupa rupanya palsu. Penulis ingat Tian Chua sahaja yang pandai buat pemalsuan. Penulis tidak menyangka PAS melakukan strategi penupuan. Ia ibarat, orang ramai akan terperanjat besar jika seorang iman masjid mencuri wang tabung masjid berbanding dengan seorang penagih dadah yang merompak wang masjid.

Selain itu, PAS pandai memutarbelitkan ucapan TS Muhyiddin Yassin yang membicarakan tentang tindakan Kerajaan menarik balik subsidi gula. Rupa rupanya menyebut pasal gula dan akibatnya di SG Limau pada masa ini diibaratkan sebagai mengutuk Allahyarham TS Azizan Razak yang berpenyakit diabestis. PAS amat sensitif dengan gula di Sg Limau. Penulis syorkan gula pasir di jual dengan seluas luasnya di Sg Limau dan BN jangan komen.


Penulis ramalkan Kelantan akan menang mudah mengalahkan Pahang kerana Kelantan sebuah pasukan yang kuat seimbang dan berpengalaman di pentas akhir. Lihat lah Kelantan yang ketinggalan atau tewas di game pertama atau separuh masa pertama, tetapi bangkit di masa separuh kedua. 
Penyokong Kelantan adalah 100 peratus belakang pasukan mereka. Dengan sorokan gemuruh serta janji wang tunai oleh KAFA, menyuntik semangat yang amat tinggi kepada pemain Kelantan untuj menang.
Rumusannya 
3 November Kelantan juara Piala Malaysia
4 November PAS menang tipis PRK Sg Limau

Sunday, 27 October 2013

SELAMAT `HIRJAH' PENGUNDI DAN PENYOKONG PAS DAN PKR

Umat Islam akan menyambut Maal Hirjah pada 5 November ini manakala hari pengundian PRK DUN Sg Limau pada 4 November 2013.

Alangkah baiknya melihat pengundi BN terus mengundi BN manakala pengundi dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat semasa PRU13 yang lalu `BERHIJRAH' mengundi BN pulak. Manalah tahu ia membawa lebih rahmat.

Penulis harap pengundi penyokong PAS dan PR agar memberi peluang kepada bakal YB Dr Ahmad Sohaimi mewakili penduduk semua kali ini. Mari kita beri Datuk Mukhriz dan BN kerja sedikit majukan sektor ekonomi dan pendidikan di Sg Limau. InsyALLAH, infrastuktur seperti jalanraya serti jeti nelayan akan diperbaiki atau diadakan.

Selamat Berhirjah dan MAAL HIJRAH kepada umat Islam di Malaysia khasnya di DUN Sg Limau.

KECOH BELI TIKET BOLAS SEPAK. ADA JALAN PENYELESAIANNYA...


Pada masa kini, kemalangan pun boleh berlaku ketika membeli tiket bola sepak. Kemalangan yang berlaku di  jalanraya, kilang, kebakaran, gempa bumi adalah kebiasaanya.

Kini membeli tiket juga boleh membahayakan orang ramai. Tolak menolak dan terpaksa menunggu masa yang panjang. Senario ini biasa berlaku di Kelantan, Sarawak dan baru baru ini di Pahang. Semangat mereka di sana amat tinggi di dalam sukan bolasepak.

Penulis cadangkan FAM merangka satu jualan tiket secara online seperti membeli tiket kapal terbang Air Asia atau Malindo Air. Pembeli beli online melalui debit card atau credit card. Ini tentu sekali akan menjemput permasalahan lain seperti tiket tiruan, tiket rosak, kena ada scanner di pintu masuk dan macam macam lagi. tetapi FAM boleh menyelesaikan masalah yang bakal mendatang jika perlu.

Mercun dan bunga apai adalah lumrah di dalam Stadium Bolasepak tetapi jika di salahgunakan itu yang merbahayakan orangramai.

Penulis mengharapkan sesuatu pembaharuan dilakukan di dalam pembelian tiket ini agar lebih ramai lagi akan senang membeli dan menonton secara `live' di Stadium. Gunakan lagi teknologi dan ICT untuk mensejahterakan peminat bolasepak.




Friday, 25 October 2013

TUN DAIM. SIAPA MENANG DI PRK SG LIMAU


Nama calon BN dan PAS telah diketahui secara rasmi pada hari penamaan calon pada 23 Oktober 2013. Seorang pensyarah (mengajar mahasiswa) akan melawan pensyarah (mengajar anak tadika).

BN akan cuna merampas kerusi DUN Sg Limau daripada PAS. Sg Limau adalah kubu kuat Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bukannya PAS. Majoriti kemenangannya agak tinggi juga (lebih kurang 3000 atau 2700 undi). BN adalah underdog.

Ikhlas dari penulis, tugas Datuk Mukhriz dan BN amat berat. Untuk menang besar, BN amat mustahil. Menang tipis, mungkin 50:50. Untuk BN tewas, besar kemungkinan. Pada penulis, BN kena target kurangkan majoriti PAS terlebih dahulu dan sudah alhamdulillah.

Sg Limau adalah muka hadapan dan maruah PAS buat 2 penggal berturut turut.

Jentera BN masih berpenat. Ada yang masih berdendam. Ketua UMNO Bahagian Jerai yang baru dan lama OK, tetapi penyokongnya?. Begitu juga dengan Datuk Mukhriz dengan Datuk Shahrizat dan YB Khairy. Mereka buat OK tetapi pengikutnya berdebdam.

Penulis yang kurang berinformatik politik Kedah akan berterima kasih jika mendapat komen dan ramalan daripada Tun Daim Zainuddin.

Tuesday, 22 October 2013

BARISAN `KUAT + LEMBIK ' NAIB PRESIDEN UMNO




Barisan Naib Presiden UMNO yang baru telah dibarisi oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Afdal dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn. Penulis gelar Barisan Kuat bercampur Lembik kerana itu lah sifat orang Melayu, umumnya.

Para perwakilan telah membuat keputusan dan melilih calon yang di fikirkan sesuai untuk UMNO dan Malaysia.

Penulis tidak menyalahkan barisan ini jika mereka tidak membawa UMNO dan Malaysia kearah yang lebih dinamika lagi. Salahkan diri sendiri. Kita yang memilih dan apa apa jua `outcome'nya, terima sahaja.

Penulis ingin mengesorkan kepada pengurusan UMNO beberapa perkara pembaikan. Apabila mengadakan pemilihan UMNO, sayap UMNO khasnya WANITA dan PEMUDA tidak dibenarkan memberikan sokongan terbuka kepada seseorang calon Naib Presiden. Ini harus dilakukan jika UMNO ada dua peringkat permilihan. Ketua WANITA, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah mengadakan `close door meeting' dan declare sokongan kepada Datuk Seri Hisham. Sokongan begini seolah olah arahan kepada warga emas WANITA mengundi DS Hisham. Perbuatan beginilah yang boleh mencetuskan dendam dan rasa tidak puas hati hasil daripada pemilihan UMNO yang tidak sempurna prosedurnya.

Andaikata penulis menjadi Datuk Mukhriz, penulis tidak akan melayan Ketua WANITA dan EXCOnya jika datang ke Sungai Limau atau Kedah kerana buat apa nak berjumpa dengan musuh dalam UMNO.

Begitu juga dengan keputusan Bahagian yang diterajui oleh Presiden dan Timbalan Presiden. Didapati ramai perwakilan dan Bahagian terikut ikut dengan keputusan bahagian bahagian berkenaan sebagai panduan mengundi seolah itu adalah arahan. Sebaiknya keputusan Bahagian Pekan dan Pagoh diumum lewat atau dirahsiakan. Atau pemilihan di jalankan lewat sedikit dan dengan itu keputusannya tentu lewat juga.

Datuk Mukhriz seperti di sabatotaj dua kali. Pertamanya, The Malaysian Insider mendakwa Datuk Mukhriz bersalah mengamalkan politik wang. Mereka memohon maaf kemudian tetapi ia telah menjejaskan pengundian. Keduanya dikatakan dari facebook palsu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menulis Datuk Mukhriz akan didakwa.

Penafian Tan Sri Muhyiddin pun lewat dan menjejaskan pengundian. Penulis sarankan Tan Sri Muhyiddin dan semua pemimpin check di laman facebook jika ada facebook masing masing yang palsu. Sebenarnya ramai yang tidak ambil kisah. Bila sudah berlaku, baru hendak ambil tindakan. Pegawai khas Tan Sri Muhyiddin TIDOR kepenatan.

Saturday, 19 October 2013

SHAME ON YOU: LESS EFFECTIVE AND WEAK LEADER ELECTED AS `NAIB PRESIDEN'


Artikel ini ditulis jam 9 pagi Sabtu 2013 iaitu hari Pemilihan UMNO. Penulis menulis atas dasar kewajiban seorang ahli UMNO biasa dan rakyat Malaysia yang perihatin.

Penulis ingin merayu kepada para perwakilan UMNO agar membuat pilihan dengan tepat. Faktor kenegerian dan kerana kawan, di ketepikan . Sebaliknya pilihlah yang dilihat berprestasi tinggi, berkesan dan berani membuat keputusan melindungi hak orang Melayu dan agama Islam disamping negara.

Adat pertandingan ada yang menang dan ada yang kalah. Kesemua calon ada kelebihan. Apa yang boleh kita buat ialah memilih mereka yang membuat kesilapan pengurusan parti yang kurang. Diantara mereka siapa yang banyak digusarkan oleh rakyat dan ahli UMNO? DS Hishamuddin Tun Hussein Onn.

Penulis bersetuju jika DS Hishamuddin `bercuti dari jawatan Naib Presiden penggal 2013-2016 supaya beliau lebih efektif di masa hadapan. Satu langkah belakang membolehkan beliau melangkah jauh kehadapan. Beliau akan bercuti jawatan parti tetapi mungkin jawatan Kabinet akan terus diberikan oleh sepupunya, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak.

UMNO berteriak kuat untuk bertransformasi tetapi daripada keputusan Pergerakan WANITA dan PEMUDA, ahli UMNO tidak mahu transformasi. Mereka mengekalkan Ketua mereka dan `reasonable' kerana tiada pencabar yang kuat dan bersepadu. Tetapi barisan EXCO WANITA dilihat dimonopoli oleh warga emas Wanita UMNO. Ada baiknya ada 30 peratus baru dan 70 peratus muka lama seperti agihan calon PRU13. Tetapi Wanita memilih kekawan mereka sahaja.

Calon Naib Presiden ramai yang berpengalaman mentadir sesebuah negeri, kementerian dan organisasi. tidak di pemilihan Wanita dan Pemuda.

Penulis amat kuatir dengan laporan The Sun, semalam dimana Wanita mengadakan `close door meeting'dengan DS Hishamuddin. Ketua Wanita perlu bebas, Nuetral dan berkecuali kerana kesemuanya adalah rakan rakan. Begitu juga dengan Pemuda yang dikatakan hendak memenangkan DS Hishamuddin yang `less effective dan weak'. Alang kah malang dan detik  hitam jika UMNO memilih kerana kawan dan bukan nya prestasi. Popular tetapi tidak `intelligence' didalam tempoh 3-5 tahun kebelakangan. Penulis kuatir amat sangat, PRU14 akan memalapkan lagi peluang UMNO jika kita tidak pandai memilih.

Berbalik kepada kes `close door meeting', adalah lebih baik jika kesemua pertandingan di dalam UMNO di adakan di dalam satu hari. Jika tidak ia memberi advantage kepada seseorang. Masalah pengurusan pemilihan boleh diatasi.

Akhirnya, pemilihan UMNO harus menjauhi faktor kenegerian tetapi prestasi diutamakan. Penulis dilahirkan di Muar Johor memilih calon yang boleh melindungi kesejahteraan bangsa, agama dan negara Malaysia tanpa takut takut dan salah keputusan.

Selamat Memilih.

Friday, 18 October 2013

SIASATAN POLIS TIDAK MENGHALANG DATO ALI BERSAING HEBAT DAN MENANG

Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Dato Ali) bersedia di siasat oleh Polis di atas dakwaan menghasut. Beliau, kononnya, mengeluarkan kenyataan seperti berikut::=


" kaum Cina terlibat dengan “perniagaan haram” di negara ini."Kita umat Islam tidak boleh membuka kasino, 4D, Toto, perjudian, rumah urut dan syarikat pinjaman wang haram. Ini semua haram. Kaum Cina sahaja yang terlibat dengan semua perniagaan haram ini," 
Pada penulis beliau seorang yang berani menyataakan yang benar. Satu kebenaran dimana majoriti mereka yang terlibat di dalam `perniagaan haram dari sisi ALLAH' adalah orang Cina.
Penulis harap rakyat Malaysia kena akui bahawa judi tidak pada kepada keluarga kita. Kita tidak kisah sebab keluarga kita tidak kena. Tetapi keluarga lain (baik Melayu atau Cina) sudah merana.

Penulis pernah cadangkan bulan Ramadan, kesemua kedai ramalan nombor di tutup. Secara jangka panjang, hanya satu kawasan kependudukan Cina seperti di Melaka Raya atau Kota Laksama, dibenarkan kedai ramalan nombor beroperasi.


KEMENANGAN KETUA PUTERI DARI MELAKA MEMUNGKINKAN KEJAYAAN DS MOHD ALI RUSTAM


Melaka meng`endorse' Dato Seri Mohd Ali bertanding Naib Presiden, Datuk Seri Ir Idris Haron merebut MT dan YB Mas Emy sebagai Ketua Puteri. Penulis tidak pasti samada Melaka memberikan sokongan atau halangan kepada Tan Sri Rahim Tamby Chik bertanding MT.

Secara teorinya mereka berkempen secara pakej bertiga. Dengan kemenganan YB Mas Emy untuk jawatan Ketua Puteri, besar kemungkinan, bahagian bahagian yang memilih YB Mas akan memangkah Dato Seri Ali Rustam dan Datuk Seri Idris. Ini mencerahkan peluang calon Melaka.

Kejayaan YB Mas merupakan kejayaan strategi memenangkan calon Melaka dan penulis harap ia berlaku sekali lagi kepada calon calon Melaka.

PERGERAKAN WANITA UMNO SEMAKIN `TUA'


Para perwakilan UMNO telah membuat pemilihan nya pada 12 hb Oktober 2013 yang lalu. Ketua Pergerakan WANITA UMNO, PEMUDA dan PUTERI telah diketahui.

Pergerakan WANITA dan PEMUDA menang TKO manakala PUTERI dengan KO. Pertandingan WANITA dimenangi oleh Dato Seri Shahrizat  Abdul Jalil manakala PEMUDA oleh Saudara Khairy Jamaluddin. dan PUTERI oleh YB Mas.  Tahniah. kepada mereka.

Komen penulis WANITA memberi isyarat mengekalkan penyandang dam jelas mantan pemimpin puteri YB Azalina Othman dan Datuk Noraini tidak terpilih menganggotai EXCO pun, melainkan YB Datuk Rosnah (mungkin sokongan perwakilan Sabah). Professsional pun tidak kelihatan. Ramai betul mak datin. 

UMNO perlukan transformasi tetapi nampaknya WANITA tidak ingin bertransformasikan keahliannya (EXCO) kepada pemimpin muda. Penulis kuatir Pergerakan WANITA kekal di panggil KELAB MAK CIK WARGA EMAS. Ini situasi yang tidak sihat. Mereka yang menang (banyak penggal) tidak mahu berundur langsung. Penulis harap pemimpin muda tidak berputus asa dan teruskan bermesra dengan mak cik mak cik di bahagian. InsyAllah, mak cik mak cik ini akan memberi laluan suatu hari nanti.

BOLA SEPAK MELAKA BERJENTERA BARU

MAFA telah mempunyai Presiden yang baru iaitu Ketua Menteri Melaka. Ahli Jawatankuasanya juga muka muka yang boleh buat kerja.

MAFA sedang ditransformasikan. Pasukan bolasepaknya perlu dipertingkatkan prestasinya di dalam tempoh sepenggal ini. Pembangunan bolasepak perlu diperhebatkan tanpa sempadan. seramai mungkin rakyat dan penduduk Melaka. Pentadbiran sukan perlu di professionalkan. Program pembangunan dan kejohonan perlu diatur sekerap mungkin dan bukan bermusim. DANA harus mencukupi untuk menjalankan aktiviti dan membaiyai kos pemain.Tarik minat agensi Kerajaan, GLC Nasional dan GLC Negeri sebanyak mungkin.

Ahli ahli dalam MAFA mesti amamah untuk memajukan sukan bukan untuk mencari peluang perniagaan untuk kepentingan diri.

MAFA mesti beriltizam untuk menjadi sebuah organisasi yang berjaya dan effisen serta berjaya melahirkan ramai pemain untuk Melaka dan Malaysia. 

Penulis percaya dan yakin rakyat Melaka boleh berjaya menjadi seorang pemain bolasepak yang baik seperti yang di tunjukkan oleh adik Mohd Nizaruddin Jazi yang sedang mencipta nama di persada bolasepak antarabangsa.

Penulis pernah cadangkan transformasi sukan di lambaran terdahulu.

http://nasirwise.blogspot.com/2013/08/melaka-football-association-mafa-akan.html

Wednesday, 16 October 2013

SALAM SEJAHTERA PARA JEMAAH HAJI: DOAKAN KALIMAH ALLAH UNTUK ISLAM DAN PERPADUAN ISLAM DI MALAYSIA


Penulis dan umat Islam amat bersyukur dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang telah memutuskan bahawa The Herald tidak dibenarkan menggunakan Kalimah ALLAH.

Penulis harap Datuk Seri Jamil Khir Baharom dapat mengetuai sembahyang hajat atau doa di kalangan rakyat Malaysia yang sedang mengerjakan ibadat haji di Mekah dan Madinah untuk mohon kejayaan seterusnya perjuangan mempertahankan penggunaan Kalimah ALLAH. Bersembahyang hajat dan berdoalah di hadapan Kaabah atau Raudah atau tempat tempat yang mustajab doanya agar Malaysia berjaya mengatasi permasalahan Kalimah ALLAH dan perpaduan Islam.

Mudah mudahan ALLAH akan memakbulkan doa doa kita yang berjuang keras ini.

DATUK AZEEZ BALING RAMAI PEMINAT



Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam di Malaysia khasnya di Melaka.

Pemilihan UMNO diadakan semusim dengan musim haji. Hari Raya Adiladha jatuh pada hari Selasa 15 Oktober 2013, Pemilihan UMNO di adakan pada 12 dan 19 Oktober ini.

Datuk Azeez pada kelazimannya menjadi orang pertama turun padang membantu mangsa perang atau gempabumi mahupun banjir. Kali ini, beliau tidak ke Mekkah tetapi berhadapan denan para perwakilan UMNO. Beliau menunggu di Malaysia dan jika ada jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah/Madinah,beliau akan menziarah keluarga Allahyarham/Allahyarmah dan menghulurkan bantuan.

Pada penulis, dengan izin Allah serta sudah berkerja sekian lama dengan akar umbi UMNO serta keperibadian yang baik, memungkinkan kemenangan seseorang. Ada calon sibok tiga tahun sekali. Ada calon yang buat kerja sukarelawan tetapi minta pulangan publisiti.

Datuk Seri Khir Jamil adalah Menteri bertanggungjawab mengenai Agama Islam termasuklah urusan haji dan Tabung Haji. Datuk Azeez And Rahim pula Pengerusi Tabung Haji. Kedua dua mereka orang Kedah dan bertanding merebut atu slot ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Datuk Seri Khir berada di Mekah untuk memantau urusan jemaah haji Malaysia secara peribadi. Beliau rasa amat mustahak beliau berada di sana dan mungkin meminta `orang'nya berkempen untuk beliau. Beliau bertawakal.


Berserah pada ALLAH

Sunday, 13 October 2013

PERJIRANAN `ENGKAU ENGKAU, AKU AKU.'


Selang beberapahari pengumuman pelaburan PETRONAS di Canada, PETRONAS PENAPISAN MELAKA telah buat pengumuman penanggohan projek naik taraf kemudahannya di Melaka.Tiada sebab diberikan.Sebagai penduduk Melaka, penulis sedih kerana pelaburan tersebutakan `berhirjah’ ke Johor (Penggerang) dan Canada. Melaka kehilangan suntikan ekonomi yang besar.

Projek Gas Cecairdi Canada merupakan sebagai pelaburan yang besar.Ketika PM Canada melawat Malaysia tempohari, DS Najib mengumumkan PERONAS adalah pelabur asing yang terbesar diCanada dengan melibatkan pelaburan menjangkau Canada Dollar 111 bilion diCanada.Penulis tumpang bangga.

Di sekeliling rumah penulis ramai juga yang bertugas di PETRONAS dan jika diPengerang dan Canada beropersi sepenuhnya, mereka mungkin akan diberikan tawaran bekerja disana. Bagus juga mereka berjiran disana kerana di perumahan penulis, sumbangan kemasyarakatan kakitangan PERONAS amat kecil.

Mereka bergaji besar dan memandu kereta baru.Kerosakan amat jarang berlaku dan tiada keperluan minta tolong jiran kerana kereta rosak.Bawang putih atau beras tidak putus dan tidak perlu `meminjam’ dengan iran.Mereka pun sibok bekerja shift.Masa bekerja berbezadengan waktu riadah penduduk.Jiran sebegini buat hal masing masing.Pada penulis, tidak rugi atau untung berjirankan mereka.Masyarakat menjadi `engkau engkau aku aku’.Ini hasil produk PETRONAS yang amat ketara.Penulis percaya perjiranan `engkau engkau aku aku oleh PETRONAS’  berlaku di banyak tempat.

Penulis mempunyai adik adik, adikipar dan menantu yang berkerja di PETRONAS dan berpaeel sama. Kesenangan hidup menjadikan mereka disayangi lebih ibubapa kerana selalu hulur bantuan kewangan dan material.

Apapun, penulis harap PETRONAS memberikan peluang kepada lebih banyak Bumiputera.Jangan dok beri peluang kepada seorang pengusaha minyak, sebagai umpamanya.Di Cheng Melaka, terdapat seorang pengusaha yang menjalankan stesen minyak di Bachangdan kawasan Cheng. Perkara yang sama berlaku. Pengusaha tersebut semakin kaya.Kereta bersusun dan rumah berderat.Baik depan mata aje.

Saranan penulis, seorang pengusaha stesen minyak sepatutnya menjaga 1 stesen minyak sahaja pada satu masa dan tempohnya ditetapkan 5 tahun.Berilah peluang kepada Bumiputera lain belajar peruncitan minyak.

Penulis pernah ditunjukkan tanah tanah yang sesuai untuk stesen minyak.Setelah membeli tanah tersebut, jual balik kepada PETRONAS.Entah entah sebuah stesen yang sedang dibina diLebuhraya AMJ Sungai Udang atau berhadapan Stadium Hang Jebat, kepunyaan pengusaha Cheng tadi?.

Penulisan tentang PETRONAS ialah seperti:-

JKR KENA BUAT 100% MEDICAL CHECK UP HOSPITAL SERDANG


Penulis adalah pelanggan tetap Hospital Serdang, Klinik Kardiologi.Setiap 4 bulan, penulis membuat pemeriksaan untuk follow up. Mungkin selepas `by pass’, kekerapan penulis ke Hospital Serdang akan bertambah.

Beberapa bulan yang lepas, bumbung ruang lobi utama runtuh.Minggu lepas kejadian bumbung runtuh berlaku lagi di Hospital Serdang.Jikalau Hospital Putrajaya dikatakan berhantu, takkan Hospital Serdang pun berhantu?

Saranan penulis, JKR membantu Kementerian Kesihatan untuk buat `100% medical check up’ keatas semua struktur Hospital Serdang terutamanya yang melibatkan bumbung.


Check semua sudut dan blok termasuk perumahan hospital. Lukisan pelan Hospital atau pun lukisan teknikal perlu menjalani `MRI’ juga. Jika pelan ini digunakan di Hospital Shah Alam, contohnya, JKR kena check Hospital Shah Alam juga. Ada kemungkinan kejadian runtuh bumbung akan berlaku jika JKR menggunakan pelan dan pembekal bumbung yang sama.

MUSIM HAJI SEMUSIM DENGAN PEMILIHAN UMNO. ADVANTAGE PADA DS KHIR JAMIL ATAU DATUK AZEEZ?


Pemlihan UMNO diadakan semusim dengan musim haji. Hari Raya Adiladha jatuh pada hari Selasa 15 Oktober 2013, Pemilihan UMNO di adakan pada 12 dan 19 Oktober ini.

Datuk Seri Khir Jamil adalah Menteri bertanggungjawab mengenai Agama Islam termasuklah urusan haji dan Tabung Haji. Datuk Azeez And Rahimpula Pengerusi Tabung Haji. Kedua dua mereka orang Kedah dan bertanding merebut atu slot ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Datuk Seri Khir berada di Mekah untuk memantau urusan jemaah haji Malaysia secara peribadi. Beliau rasa amat mustahak beliau berada di sana dan mungkin meminta `orang'nya berkempen untuk beliau. Beliau bertawakal.

Datuk Azeez pula pada kelazimannya menjadi orang pertama turun padang membantu mangsa perang atau gempabumi mahupun banjir. Kali ini, beliau tidak ke Mekkah tetapi berhadapan denan para perwakilan UMNO. Beliau menunggu di Malaysia dan jika ada jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah/Madinah,beliau akan menziarah keluarga Allahyarham/Allahyarmah dan menghulurkan bantuan.

Pada penulis, dengan izin Allah serta sudah berkerja sekian lama dengan akar umbi UMNO serta keperibadian yang baik, memungkinkan kemenangan seseorang. Ada calon sibok tiga tahun sekali. Ada calon yang buat kerja sukarelawan tetapi minta pulangan publisiti.

Berserah pada ALLAH

Saturday, 12 October 2013

PEMANGKU MENTERI PENGANGKUTAN DAN KLIA2. MUNGKINKAH TUNDA LAGI?


Pemangku Menteri pengangkutan, DS Hishamuddin mesti memastikan KLIA2 dapat beroperasi pada 2 Mei 2014 akan datang. KLIA2 telah tergendala pembukaannya sudah 4 kali menurut TV3.

Penulis harap tiada lagi penundaan kerana negara akan kerugian sumber pendapatan dan nama baik.

DS Hishamuddin yakin KLIA2 akan beroperasi pada waktu yang ditetapkan setelah secara peribadi menyaksikan pendaratan percubaan oleh pesawat Malindo Air di landasan 3. Alhamdulililah pendaratan tersebut selamat dan berjaya.

Penulis `sincerely hope' DS Hishamuddin akan bernasib baik semasa bertugas di Kementerian Pengangkutan setelah kurang menyerlah (WALAUPUN BELIAU MEMBERIKAN ALASAN TERTENTU DI SOAL JAWAB TV3) di Kementerian Pendidikan (PPSMI), Kementerian Dalam Negeri (gagal pencegahan Bersih 1, Bersih 2 dan Bersih 3, HINDRAF).  Sedia dimaklumi, pencerebohan Penganas Sulu di Lahad Datu di selesaikan dengan kerjasama ATM.

Penulis harap AES akan berjalan baik dan KLIA2 dibuka tepat pada tarikh nya. Ini memungkinkan persepsi `kurang effisen' dan sikap `sopan santon dan lemah lembut' akan menghilang.

TAHNIAH TUN DATUK SERI UTAMA MOHD KHALIL. JUGA KETUA MENTERI MELAKA


Hari Jumaat, cuti umum di Melaka sempena Hari Ulangtahun Kelahiran TYT Tun Mohd Khalil Yaakob yang ke 75 tahun.

Seperti biasa, diadakan Majlis Pengurniaan Bintang Bintang dan Darjah Kebesaran Melaka. Ketua Menteri Melaka bergelar Datuk Seri Ir Idris Haron.

Penulis merasa lega kerana tahun ini penerima Bintang Bintang dan Darjah Kebesaran adalah mereka mereka yang 90 peratus layak menerimanya.

Antara yang menerima anugerah Melaka termasuklah Ramli Sarip (nyanyian), RoshamNor (Lakonan/Perfileman) dan Ong Kim Swee (bolasepak negara).

Penulis teringat akan saranan penulis suatu masa lalu:-
http://nasirwise.blogspot.com/2013/06/datuk-wira-idris-haron-kena-ambil-yang.html

Friday, 11 October 2013

PEMENANG NAIB PRESIDEN SUDAH DIKETAHUI DAH...


Majlis Perkenal Calon yang diatur oleh Perhubungan UMNO Negeri berjalan lancar. Jadualnya amat ketat dan bagi mereka yang berjawatan di salam Kerajaan seperti Ahli Parlimen mahupun Jemaah Menteri, kehadiran mereka sukar di jangka.

Majlis seumpama ini amat sesuai untuk calon UMNO yang baru ingin memberikan perkhidmatan. Mereka mungkin ahli UMNO sejak lama tetapi baru sekarang ingin menawarkan perkhidmatan.

Melalui penelitian penulis, DS Dr Zahid dan DS Hishamuddin jangka datang ke Majlis seumpama ini kerana mungkin kesuntukan masa. Sekali sekala nampak juga kehadiran DS Shafie Afdal. Tetapi Datuk Mukhriz dan Datk Seri Ali nampaknya melapangkan masanya untuk bertemu dengan perwakilan. Mana mana perjumpa mereka ada. Terakhir sekali mereka berada di Sabah.

Calon MT yang aktif dipentas seumpama ini termasuklah Tan Sri Rahm Tamby Cik dan Datuk Sharifuddin Abdullah. Mereka ini banyak idea dan pandai berhujah.

DS Hishamuddin diberitakan mengadakan perjumpaan dengan perwakilan secara persendirian seperti di Melaka dan Perak baru baru ini. Beliau juga muncul di dalam program  TV3 `Soal Jawab' mungkin sebagai salah satu usaha berkempen.

Daripada tepukan gemurh dari para perwakilan yang hadir dan juga calon Naib Presiden yang datang, Datuk Mukhriz Tun Mahathir amat popular. Apabila nama beliau di panggil, tepukan bermula dan panjang sedikit. Calon calon yang hadir tahu apa yang bakal berlaku dan siapa yang akan bakal menang. Walaubagaimanapun ini bukan pengukur terakhir kerana bukan semua calon Naib Presiden seperti DS Dr Zahid dan para perwakilan yang hadir pada Majlis tersebut..

Thursday, 10 October 2013

SELEPAS SENATOR, DI LANTIK MENTERI KABINET


Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Dato Ali) baru dilantik menjadi Senator pada 7 Oktober 2013 yang lalu. Alhamdliliah. Orang yang yang kerja, perlu diberikan tempat. Orang yang biasa sibuk jangan dibiarkan kesunyaian. Jangan disorongkan BANTAL.

Saranan penulis pada Dato Sri Mohd Najib, jika Dato Ali menang salah satu slot Naib Presiden, dan sudahun Senator, lantik terus menjadi Ahli Jemaah Menteri, jika ada kekosongan. Beliau layak diberi peluang.

PENCACAI UMNO MELAKA GEMBIRA DAN SELESA BERKERJA SEKARANG


Umum tahu, PRU13 yang lalu, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Dato Ali) bertanding di Parlien Bukit Katil dan semestinya faham, jika menang, Dato Ali berkemungkinan besar akan dilantik menganggotai Kabinet. Pada saat tersebut, pencacai Dato Ali sedih dan pencacai DW Ir Idris Haron gembira sakan.Kontraktor kegemaran Dato Ali mula mencari `alignment baru'. Broker broker projek mencari orang rapat dengan bakal KM baru.

Malangnya, Dato Ali tewas dan pencacai DW Ir Idris dan pihak lain terpaksa menunggu sedikit masa. Kelibat Dato Ali senantiasa berada di Melaka. Ini merimaskan banyak pihak termasuklah KM baru, ahli politik dan pegawai kerajaan. Sejak PRU13 pada 5.5.2013 sehingga 7.10.2013, keadaan serba salah, banding membanding prestasi dan kekekokan di dalam majlis rasmi jelas kelihatan.

Mujurlah Dato Ali dilantik menjadi Pengerusi PUNB dan minggu lepas (7 Oktober), beliau dilantik menjadi senator.

Kedua dua jawatan ini memerlukan Dato Ali sibuk di Kuala Lumpur dan kurang sedikit tumpuan dan kelibat di Melaka.Ini melegakan ramai pihak termasuk Ketua Menteri, politikus dan pegawai kerajaan.

Rumusannya, semua pihak termasuk UMNO lebih selesa bekerja tanpa terlalu banyak rujukan, minta restu dan nasihat serta hormati boss lama. Mungkin Pengerusi MTEN pun patut di ambilalih terus oleh DW Ir Idris. Banyak cerita yang kurang enak didengar tentang MTEN ini. Jawatan MTEN baik tetapi terlalu banyak prasangka buruk.

Friday, 4 October 2013

MELAKA HARI INI-MUTIARA KATA


MHI keluaran hari Khamis dan Jumaat memperkatakan mutiara katanya:

ORANG SIBUK SEBENARNYA TIDAK CEKAP, 
ORANG CEKAP TIDAK SIBOK.

Mutiara kata ini macam memperli mantan Ketua Menteri Melaka aje.. Kita semua kata Datuk Seri Mohd Ali rajin kerja dan kerja siang malam. Melalui mutiara kata MHI ia seakan akan memperkecilkan kerajinan dan kesibukan Datuk Seri Mohd Ali. Ia juga seakan akan menghalalkan `buah mulut oramg Melaka' mengenai Datuk Wira Ir Idris Haron yang selalu berkata `KERJA 8 JAM, DENGAN KELUARGA 8 JAM DAN TIDUR 8 JAM'

Pada penulis orang politik kena `silence' tentang waktu tidornya dan waktu dengan keluarganya. Kena highlight KERJA aje.

Penulis mungkin silap.. Anda macam mana?

TEKNOLOGI `HINDAR CURI' DAN GPS MENGGANTIKAN PENARIK KERETA


Pekerjaan ini amat popular dikalangan anak muda tidak kira bangsa. Mereka memilih kerjaya mesti bersebab. Antaranya potensi yag besar kerana kereta bermasalah terlalu banyak. Mengapa terlalu banyak. Mungkin kesihatan ekonomi si penyewapajak berubah ataupun Bank meluluskan pinjaman tanpa melihat betul betul kemampuan. Mungkin juga kerana ganjaran yang tinggi sesuatu kes. Ada penarik kereta suka profession ini kerana ia melibatkan `trail' kerana dapat mengesan kenderaan yang disorokkan. Ada yang mengatakan ia melibatkan penyiasatan dan penyelidikan dan ia bagus untuk otak.Seperkara lagi kerjaya ini tidak perlu kelulusan SPM atau Diploma..

Penulis cadang Kerajaan dan Bank juga PDRM memantau perkembangan tidak sihat ini. Lihat berita sensasi terkini. Pembunuh pengasas AMBANK seorang penarik kereta atau pemandu truk tarik kereta. Penarik kereta sekarang menjurus kepada samseng dan gangsterisme.

Banyak kes pergaduhan di antara penyewapajak kereta dengan penarik kereta, bermusuhan dan berdendaman. Ada penarik kereta yang ditembak dan dipukul juga selain daripada mereka membelasah penyewapajak kereta.

Penarik kereta mudah di  kenalpasti. Berbadan besar dan membawa beg selendang serta jalan berkumpulan. Kadang kadang membawa `senjata' di dalam poket dan dalam kereta. Ini semua mengalakkan pergaduhan.

Penulis cadangkan Kerajaan, PDRM, Pembuat Kereta dan Bank serta agensi berkaitan menggunakan teknologi `hindar curi' dan GPS untuk menggantikan perkhidmatan penarik kereta. Jumlah penarik kereta mesti dikurangkan sebanyak 80 peratus daripada jumlah sekarang. Buatlah `brainstorming' mencari jalan yang selamat dan mudah untuk mendapatkan kenderaan yang bermasalah ini. 

Teknologi berkenaan telah lama berada dipasaran cuma ia di`adjust' untuk membolehkan Bank dapat balik kenderaan mereka. Gadget gadget boleh dipasang di kenderaan semasa di peringkat pemasangan di kilang lagi. Kaedah mematikan kereta perlu betul. Jangan sampai si penyewapajak yang sedang memandu di lebuhraya di matikan dengan serta merta tanpa amaran.  

BRIM3.0 AKAN DIBERIKAN DI DALAM 2 PERINGKAT


Diberitakan Kerajaan akan memberikan BRIM3.0 sebanyak 2 kali dan mungkin secara kredit di dalam bank. Kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk menambah jumlah bantuan dari RM500 ke angka yang lebih besar.

Banyak kebaikan jika pembayaran di kreditkan terus ke akaun penerima. Tiada lagi sesak beratur. Tiada lagi penyediaan wang tunai yang besar dan bahaya. Tiada lagi penggunaan RELA dan cashier.

Nanum banyak juga keburukannya. Yang pertama tiada hubungan manusia yang bermaksud, wakil rakyat tidak dapat bersalaman dengan penerima. `Political Milage BN’ tiada berlaku. Pembangkang gembira.

Pada penulis, yang paling penting ialah hanya penerima yang LAYAK yang patut dipertimbangkan dan diluluskan bantuan. Terlalu banyak kelemahan yang perlu di perbaiki. Teruskan usaha pembaikian sistem pertimbangan. Pengluasan skop penerimaan BRIM boleh dilakukan.

Maklumat penerima banyak berdasarkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Ramai yang berpendapatan melebihi RM3500 sebulan sekeluarga menerima bantuan. Mereka yang berniaga tetapi tidak berdaftar dengan SSM mahupun LHDN. Banyak aktiviti perniagaan disembunyikan.


Penulis harap kes kes yang mencurigakan, pegawai LHDN datang menyiasat secara dekat. Penulis boleh berikan kes yang mencurigakan iaitu penerima berbangsa Cina ini dirasakan berpendapatan melebihi RM3500 sebulan sekeluarga. Beliau mempunyai teksi dan van persiaran. Tinggal di rumah 2 tingkat Teres yang berpagar otomatik. Renovasi rumah pun beribuan ringgit.

4 MAUT KERACUNAN MAKANAN


Diberitakan 4 orang maut dan lebih 70 orang dimasukkan hospital akibat keracunan makanan di sebuah kampong Tg Dawai, Kedah. Semalam berlaku lagi keracunan di Nibong Tebal.

Berita tidak rasmi mengatakan ia berpunca daripada bakteria salmonella pada bekalan ayam. Takziah kepada keluarga yang kehilangan abang adik atau kakak.
Cetusan daripada itu, penulis cadangkan kita semua memberikan sedikit perhatian kepada perkara berikut:-
1. bekalan bahan mentah yang bersih, selamat dan halal.
2. Mengupah Tukang masak/chef yang berpengalaman serta bertauliah.
3. Memilih syarikat catering yang berdaftar dan ada track records.
4. Mengambil insuran public compenstion.

Mungkin ia membantu. Sebagai orang Islam, kita diwajibkan memohon doa selamat.

Thursday, 3 October 2013

ADA KERJA KOSONG DI LADANG TAPIS SDN BHD? NAK KEJAR BONUS 11 BULAN LAH


Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa Ladang Tapis Sdn Bhd membayar bonus diantara 4 hingga 11.5 bulan gaji pada 2011 walaupun mencatatkan kerugian terkumpul RM5.21 juta. Syarikat ini tidak pulak membayar dividen kepada Kerajaan Negeri selaku pemegang saham.
Pengurusan TAPIS hanya mendapatkan kelulusan Lembaga pengarah tetapi bukan Kerajaan Negeri. Siapakah Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan TAPIS ini?.

Pengalaman penulis berurusan dengan Syarikat Anak Kerajaan Negeri Kelantan dan PAS amat mengecewakan. Pada amnya, jika usahasama nak di jalinkan di Kelantan, pelabur mesti mengorbankan 30 peratus saham kepada Syarikat Anak dan 30 peratus lagi kepada pihak tertentu. Saham ini berikan secara legal tetapi secara `take it ot leave it’.

Ahli Lembaga pengarah TAPIS mahupun Ladang Sungai Tereh Sdn Bhd biasanya diwakili oleh `expertise’ daripada syarikat perladangan GLC termasuklah daripada Tabung Haji. Hairan juga macamana Syarikat Anak Kerajaan PAS boleh mendapatkan perkhidmatan dari Tabung Haji, yang di bawah pengurusan Kerajaan BN. ‘Expertise’ ini malangnya hanya pandai meminta kadar keuntungan yang melebihi dan berat sebelah. Salah seorang Pegawai Ladang Sungai Tereh Sdn Bhd,yang pernah penulis berurusan Saudara Sazali, biasa akan berunding dengan pihak pelabur luar bagi pihak Lembaga pengarah. Pegawai ini suka main golf dan biasa berunding di Seremban kerana ada rumah di Seremban.

Mereka ini berpartikan PAS yang sepatutnya, menjauhi rasuah dan penyelewengan dan keuntungan berlebihan (tamak), tetapi penulis amat was was san tidak percaya satu sen pun dengan mereka. Melainkan mereka melakukan SUMPAH LAKNAT yang mereka tidak mengamalkan rasuah dan penyelewengan, baru penulis percaya.

Akhirkata, penulis senantiasa berpendapat bahawa rasuah di syarikat perladangan lebih besar daripada raduah di JPJ, POLIS TRAFIK, PUSOAKOM dan KASTAM. Penulis pernah memberikan alas an do penulisan terdahulu seperti:-



Ketua Audit Negara juga menegur pengagihan baja kendalian RISDA.

Wednesday, 2 October 2013

SPRM PUN MENJADI NELAYAN


Sejak kebelakangan ini, nelayan Vietnam `berpesta' di perairan Malaysia. Banyak insiden yang buruk berlaku.

Pendaratan ikan mengurang yang menyebabkan bekalan kurang dan harga ikan melambong tinggi. Insiden pergaduhan nelayan Vietnam dan nelayan Malaysia kerap berlaku dan melibatkan senjata api. Kes penyewaan bot bot kepada nelayan Vietnam semakin menjadi jadi. Penyalahanguna diesel bersubsidi menjadi amalan para nelayan.

Rupa rupa nelayan tempatan bersubahat dengan nelayan Vietnam. Mereka melakukan monopoli pengangkapan ikan di sesuatu kawasan. Keadaan menjadi lebih buruk apabila diberitakan kononnya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia turut terlibat melindungi nelayan Vietnam.

SPRM berjaya menangkap mereka yang terlibat dan menahan 4 bot tunda berganding (bernilai hampir RM5 juta) serta wang sogokan RM1 juta.

TAHNIAH kepada SPRM kerana berjaya mendedahkan penyelewengan di laut dan akan mencegah pukut tunda haram yang akan merugikan negara akibat kerosakan ekosistem.

Penangkapan oleh SPRM ini sepatutnya membuka mata semua pihak. Kementerian Pertanian Asas Tani perlu bertindak. Lesen lesen yang dikeluarkan perlu pemantauan. Lesen yang disewa wajid dibatalkan. Pesalah ini mesti didenda dan dipenjara.


Tuesday, 1 October 2013

KEMENANGAN DATUK MUKRIZ JAWATAN NAIB PRESIDEN `BOOSTER' KEMENGANGAN BN DI DUN SUNGAI LIMAU


UMNO Kedah tertekan dengan pemilihan UMNO 2013 dan Pilihanraya Kecil DUN Sungai Limau yang mesti di adakan sebelum 27 Nov 2013 ini.

UMNO Kedah sibok untuk memenangkan Datuk Mukhriz Tun Mahathir untuk jawatan Naib Presiden. Di peringkat awal ini, dengan pengalaman yang ada, slot ketiga Naib Presiden sudah memadai untuk Datuk Mukhriz. Di tahun tahun berikut, Datuk Mukhriz boleh memperbaiki kedudukan beliau.

Saingan agak hebat serta sengit. Ketiga penyandang Naib Presiden amat popular di kalangan ahli UMNO. Dua lagi pencabar tidak kurang juga gah nya. Tan Sri Isa banyak pengalaman dan digemari ahli UMNO yang berada di perkampongan FELDA. Datuk Seri Ali Rustam, mantan Ketua Menteri Melaka seorang yang `all rounder'dan kerap turun padang di merata negeri. Beliau berjaya menguruskan Melaka dengan baik. Rata rata, rakyat Melaka gembira dengan Datuk Seri Mohd Ali.

Datuk Mukhriz mesti `position' di antara mereka yang berkelibar. dengan pemilihan UMNO yang baru serta melibatkan 146,500 perwakilan, ia tida mustahil untuk kemenangan Datuk Mukhriz.

PRK DUN Sungai Limau akan diketahui tarikh penamaan calon dan pengundiannya pada 3 Oktober ini. SPR akan bermesyuarat serta akan menetapkan tarikh yang sesuai. PAS minta pilihanraya di adakan sebelum 25 Oktober iaitu sebelum Bajet. UMNO pula akan meminta selepas pemilihan UMNO ini.

Pada penulis, pemilihan UMNO ini boleh merancakkan lagi momantum kempen PRK. Peneulis harap Datuk Mukriz akan menang jawatan Naib Presiden kerana jika tidak, PAS akan `spin' ketewasan Datuk Mukriz sebagai ketidak popularan Datuk Mukriz di Kedah dan kalangan UMNO.Ayuh jangan beri ruang untuk PAS membuat spekulasi.

Para pembaca sedia maklum bahawa DUN Sungai Limau adalah kubu kuat PAS. Tan Sri Azizan menang dengan majoriti 2700 undi semasa PRU13 yang lalu. Satu tugasan yang berat.

Tetapi tidak ada yang mustahil di dalam politik. Jika perwakilan UMNO memenangkan Datuk Mukriz di dalam pemilihan UMNO ia sama seperti menyokong Tun Dr Mahathir. Jika calon yang dipilih mencontohi DUN Kuala Besut yang lalu, BN boleh mencerahkan peluang untuk menang. Ini di campur dengan pentadbiran Kerajaan Kedah yang bersih dan mensejahteraan rakyat. Hubungan baik yang Datuk Mukriz,Tun Mahathir, Datuk Zambry serta DS Najib dan Tan Sri Muhyiddin terhadap Allahyarham Tan Sri Azizan, memungkinkan sokongan kepada UMNO untuk menang tipis.

InsyALLAH, BN akan menang.