Friday 20 June 2014

KEUZURAN PEMIMPIN PAS SERENTAK. KENAPA?

Sejak kebelakangan ini, ramai pemimpin negara sakit dan di masukkan ke hospital. Penulis ingin fokuskan kepada pemimpin PAS pada lambaran ini..


Datuk Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul PAS, dimasukkan ke IJN kerana komplikasi jantung. 



Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang dikejarkan ke Hospital Istanbul kerana sesak nafas. Beliau menjalani rawatan lebih daripada 1 minggu sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia.


Mantan MB Kelantan, Tok Guru Nik Aziz sering sakit. Keluar masuk hospital ini lebih kerap selepas meletakkan jawatan sebagai MB Kelantan. Banyak blog menulis tentang permohonan minta maaf kepada rakyat Kelantan di atas kekhilafan beliau semasa memerintah Kelantan selama 23 tahun. Antara blog yang dimaksudkan ialah:-
http://kedahkekl.blogspot.com/2014/03/hot-nik-aziz-menangis-sambil-minta-maaf.html

Walaupun berlaku perbezaan ideologi tetapi seagama Islam, PM dan TPM menziarah pemimpin pemin PAS ini atas dasar hormat dan tututan agama. Walaupun dimaki hamum dan di fitnah, mereka tetap bersaudara Islam.

Apakah moral kejadian keuzuran ini dan moral cerita nya?

1. Pemimpin PAS sudah lanjut usianya dan kelazimannya penyakit akan datang menimpa.
2. Hanya pemimpin PAS yang keuzuran serentak tetapi Lim Kit Siang, Lim Guan Eng serta Anwar Ibrahim masih sihat walafiat. Karpal Singh mati kemalangan.
3. Allah menyayangi mereka dan keuzuran adalah seumpama menebus dosa (tetapi penulis percaya Pemimpin PAS kesemuanya tidak melakukan dosa).
4. Allah memberi peringatan supaya berehat dan meletakkan jawatan dalam parti dan Kerajaan.
5. Pemimpin BN tetap menziarahi pemimpin PAS walaupun di fitnah berbakul bakul dan di maki hamum.
6. Peringatan kepada pemimpin BN supaya menjaga kesihatan dan sakit keuzuran adalah dugaan Allah. Memperingati Allah sepanjang masa adalah wajib.

2 comments:

  1. Selama ni ada tak pemimpin2 PAS datang menziarahi bekas atau pemimpin Islam kerajaan pusat yang keuzuran?

    ReplyDelete
  2. Yang "mengajar" agama Islam adalah pemimpin PAS tetapi yg mengamalkan Islam adalah pemimpin dan ahli UMNO tu sendiri. Satu contoh lagi, Islam itu bersaudara, bagi PAS kafir (DAP) dan pengamal libralisma beragama/pendokong LGBT itulah saudara mereka di dunia dan akhirat?

    ReplyDelete