Wednesday 30 April 2014

ANTARA DS NAJIB DAN DS ANWAR IBRAHIM, SIAPA PILIHAN PRESIDEN OBAMA? TUN MAHATHIR DAN TUN DAIM


Presiden Obama menyatakan tiada keperluan untuk berjumpa dengan Ketua Pembangkang semasa di dalam siri lawatan ke Malaysia beberapa yang lalu. Presiden Obama berkata ramai pemimpin dunia yang tidak di ketemui. Presiden Obama pun bukan calang orang. Beliau banyak mengetahui latarbelakang seseorang pemimpin itu.

Tun Mahathir telah turun padang di merata tempat untuk membantu mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan BN dan DS Najib / TS  Muhyiddin. Selain daripada berceramah atas pentas, beliau juga banyak menulis di akhbar akhbar dan juga blog. Blog Chedet mempunyai banyak pengikut dan pembaca. Ia membantu pembaca samada penyokong BN atau PR, membuat keputusan setelah membaca  `argument argument’ Tun Mahathir yang bernas  mengenai satu satu isu. Penulis amat teruja jawaban Tun Mahathir kepada Tok Guru Nik Aziz mengenai UMNO memperjuangkan bangsa melayu, selain agama dan Negara. Kaw kaw Tok Guru Nik Aziz kena belasah. Tidak terjawab langsung.
Minggunan Malaysia edisi Ahad 25hb Mac 2013, Tun Mahathir menulis tentang apa perlunya orang Melayu membenci Melayu. Beliau memulakan penulisan mengenai pejuang Merdeka mahu memastikan jumlah orang Melayu mesti melebihi jumlah pen duduk bukan Melayu. Dengan kemasukan Singapura, ia telah menurunkan jumlah orang Melayu. Salah satu sebab itu, Tuanku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura dariMalaysia.
UMNO yang mengepalai Kerajaan sejak 50 tahun dahulu, senantiasa berkeupayaan mempertahankan hak orang Melayu tanpa mengambil hak bukan melayu, walaupun kuasa politik dikongsi bersama bangsa lain.
Tun Mahathir terus mengatakan ada usaha untuk orang Melayu (dalam PAS, PKR dan DAP) membenci kemelayuan mereka. Amat jelas sekali pendekatan DS Anwar Ibrahim  yang sedang menyemai kebencian orang Melayu kepada orang Melayu berbeza. Anwar mendakap ketaksuban kepada kebebasan akal fikiran oleh Barat. Anwar mengerilukan masyarakat Melayu (disamping menarik minat kaum bukan Melayu) dengan memperjuangkan aneka jenis kebebasan tanpa had. Apa itu kebebasan tanpa had?. Ia adalah seperti kebebasan berkahwin sejenis, kebebasan berugama di kalangan orang Islam sendiri, kebebasan menggunakan kalimah Allah oleh agama lain, kesamarataan dalam agama Islam dengan agama lain.
Anwar terus menyemai kebencian kepada produk DEB seperti Tan Sri Syed Mokhtar, seorang bilionair Melayu daripada berpuluh bilonair bukan Melayu, sebagai kroni UMNO. Sebenarnya bilionair Malaysia Melayu dan bukan Melayu menerima bantuan dan lesen (seperti permit import gula dan tepong selama 60 tahun) daripada Kerajaan dan salah satu sebab mereka menjadi kayaraya. kerana  Orang Melayu yang kaya ini mesti dibenci kerana mereka adalah kroni.
Pendirian Tun Mahathir terhadap Anwar Ibrahim adalah nyata iaitu Tun Mahathir amat membenci nya kerana Anwar ingin menghancurkan Malaysia dan kesatuan orang Melayu. Apabila Malaysia hancur dan orang Melayu lemah, Anwar Ibrahim senang menjadi PM. Matlamat menghalalkan cara. Tidak perlu lagi kita berbincang pasal isu moralnya dan tabiat buruknya, kerana penyokong tegarnya akan marah dan mungkin kita kena saman. Jadi Tun Mahathir memilih Dato Sri Mohd Najib Tun Razak. Anda macamana?
Tun Daim juga memilih Dato Sri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana MenteriMalaysia kerana Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri. Kenapa dan apa yang tidak tepat itu? Salah satunya kerana Anwar Ibrahim bukan seorang ekonomis dan akan selalu meminta pendapat orang lain. Yang buruknya pendapat dan nasihat datang dari IMF, Bank Dunia dan Amerika yang `pi mai tang tu’ ada kaitan dengan Israel dan Yahudi.
Betul juga alasan Tun Daim. Kalau Anwar Ibrahim begitu baik menguruskan ekonomi, Selangor dah melongak jauh dan tinggi dari segi pembangunan. Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang pun tidak memerlukan perkhidmatannya.
Tun Daim kata dan rayu `Uji Beliau (Najib ). Berikan Beliau Mandat.’
Sejak mengambilalih jawatan Perdana Menteri 4 tahun dahulu, DS Najib membawa banyak perubahan kepada Malaysia. Pelbagai Program Transformasi sudah dilaksanakan. Rakyat sangat gembira dengan produk produk 1Malaysia sehinggakan rakan rakan Pakatan Rakyat GOYANG GRUDI.

Penulis akan mengulas kenyataan Tun Daim seperti dibawah:-

`Tun Daim berkata beliau akan menyokong Dato Sri Mohd Najib tetapi perdana menteri perlu berusaha memerangi rasuah dan jenayah, memperkukuhkan keselamatan negara dan menyemak semula sistem pendidikan.Beliau berkata Najib juga perlu merombak Kabinet.

“Bawa masuk muka-muka baharu. Rakyat berpendapat beliau mengekalkan terlalu banyak “orang lama” dalam Kabinet. Kebanyakan mereka sudah melepasi “tarikh luput”,” katanya.

Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, Tun Daim, yang ramalannya sering menjadi perhatian, berkata BN boleh menang tetapi perlu ada perpaduan dalam kalangan parti gabungan.’

di ruangan lain. Sangat menarik dan diharap sesiapa yang membaca cadangan penulis akan bersabar dan menerima kenyataan demi kemakmuran Negara dan bangsa Melayu dan agama Islam

Sunday 27 April 2014

BILA ORANG INI NAK DEDAH SEBAB KEHILANGAN MH370?.


Penulis masih menunggu pengumuman seorang pemimpin besar cum penasihat ekonomi sebuah negeri bermasalah air dan pesalah meliwat membuat kenyataan mengenai tragedi MH370. Beliau menuduh Kerajaan cuba menyorok infomasi dan tidak tulus di dalam tindakan pencariannya. Kerajaan tahu mengapa dan di mana pesawat tersebut berada.

Malangnya sepanjang peringatan penulis, belum ada apa apa kenyataan daripada beliau. Malah beliau berkata beliau tidak sihat (http://nasirwise.blogspot.com/2014/04/anwar-terselamat-sebentar-kerana.html ) untuk memberikan pendedahan. Sangat handal manusia ini dan pasukannya. Kalah 26 negara yang sedang berkerjasama secara teknikal dan aset, tetapi beliau hanya dapat menjawabnya di dalam masa 1 saat atau berilah beliau waktu 24 jam. Nanum tidak menjadi kenyataan.

Beliau terus bernasib baik sedikit apabila beliau sibok dengan pengurusan dan penghormatan terhadap Karpal Singh yang maut di dalam kemalangan jalanraya di Gua Tempurong, Perak. 

Di dalam pada itu, YABhg Tun Dr Mahathir mengulas salah satu sebab nahas MH370 berlaku dan siapa patut turut dipersalahkan dan cadangan pembaikan yang patut di lakukan oleh pembuat kapal terbang. Penulisan YABhg Tun adalah seperti berikut ( http://www.malaysianews-online.com/2014/04/mereka-yang-berkuasa.html ). BOEING patut dipersalahkan juga bukan MAS mahupun Kerajaan sahaja.

Penulis turut menanyakan persoalan yang sama bulan lepas lagi seperti di sini ( http://nasirwise.blogspot.com/2014/03/tragedi-mh370transponder-menjadi-punca.html )

Penulis berharap beliau akan tampil kehadapan bersama dengan Raja Bomoh untuk memberikan maklumat tentang MH370. At least membantu.

ALVIN DAN VIVIAN LEBIH BERANI DARIPADA KARPAL SINGH



Kalau di amati betul betul Alvin dan Vivian lebih berani daripada Karpal Singh. Kedua dua mereka berani menghina Islam dan orang Melayu dan Islam juga Kesultanan. Karpal Singh berani kerana kononnya dibenarkan oleh Perlembagaan manakala Alvin & Vivian beraani atas dasar kebebasan hak manusia.
Tetapi dengan tahap pendidikan yang lebih rendah serta kedudukan kewangan yang amat sedikit daripada Karpal Singh, Alvin dan Vivan berani beraksi lucah di fbnya. Karpal Singh tidak berani beraksi lucah. Mendiang hanya  berani membela kes lucah dan liwat di Mahkamah.
Ini bermakna pasangan muda Cina ini lebih bahaya kepada negara dan masyarakat bertamadun.

Penulis tidak sanggup melihat aksi seks mereka di dalam google.


MAN UNITED LEBIH BERGAYA DI BAWAH RYAN GIGGS



Manchester United baru sahaja menewaskan Norwich City 4-0 di old Trafford pada 27 April 2014 jam 12.30 pagi tadi. 

Mungkin pemain lebih selesa, semangat dan bernasib baik apabila Man United di terajui oleh salah seorang yang sangat senior di Man United, pemain berkelibaer berbanding dengan David Moyes.

Kemenangan ini `men confirm kan' yang` David Moyes is really a waste of money and time for Man United'.

Penulis harap Ryan Giggs terus memberikan semangat baru kepada pengurusan Manchester United.

HUDUD UNTUK SEMUA DAN UNTUK RAKYAT YANG NAKAL.


Mahkamah Rayuan membuat keputusan melepaskan Alvin dan Vivian dari dakwaan menghina Islam kerana mereka bukan Islam.

Pasangan muda Cina telah menyemarakkan kemarahan orang Melayu Islam kerana mengucapkan Selamat Berpuasa di dalam Bulan Ramadan dengan makanan tidak halal.

Keputusan Mahkamah Rayuan mengecewakan orang Melayu Islam dan ia sebenarnya satu tamparan kepada Islam dan orang Melayu. Ini juga bermakna rakyat samada rakyat Cina, India dan Melayu boleh menghina Islam.

Ekoraan daripada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan, Kerajaan di seru untuk melakukan sesuatu untuk melindongi agama Islam dan Rajanya. Sebab itulah HUDUD (bukan Hudud PAS) amat sesuai di Malaysia. HUDUD ALLAH amat adil kepada semua orang tanpa kaum dan agama.

Penulis sokong HUDUD ALLAH (bukan PAS) untuk kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

Saturday 26 April 2014

SANTAP DENGKIL RESTAURANT

Ada kelainan di Santap Dengkil Restaurant. Penulis sudah mencuba. Anda bila lagi? Bawa keluarga untuk makan makanan HALAL. Sambil makan, cuci kereta. Lepas makan bersukan futsal. Parkingnya luas dan bilik airnya BERSIH. Yang mustahak BEKALAN AIR ADA SENANTIASA, InsyAllah.





Thursday 24 April 2014

`OPS DAULAT DI PETRONAS DAN GLC LAIN


Sehari sebelum DS Mohd Najib Tun Razak membubarkan Parlimen untuk PRU13, beliau berkesempatan untuk bertemu dengan anggota pekerja PETRONAS. Beliau sempat memberikan penerangan mengenai manifesto parti pembangkang yang berjanji kepada negeri negeri yang PETRONAS akan memberi royalti sebanyak 20 peratus, jika mereka menawan Putrajaya.
DS Najib memberitahu aktiviti `oil and gas’ memerlukan modal perbelanjaan capital yang tinggi dan andaikata 20 peratus royalti dihulurkan kepada negeri negeri, ia akan menjejaskan perkembangan pesat PETRONAS.
Apabila PETRONAS menghadapi masalah perkembangan bisnes dan kecairan wang tunai, Kerajaan Persekutuan TIDAK dapat mengutip cukai daripada PETRONAS dan pembangunan Negara akan terbantut. Setakat hari ini, PETRONAS merupakan `good paymaster’ kepada pihak pembekal dan bank. Situasi ini akan berubah jika polisi pembayaran royalti dinaikkan.
Anggota pekerja dan projek baru akan dikurangkan. Mungkin tiada kenaikan gaji dan pemberian bonus.
Penulis mendapat tahu PETRONAS mempunyai ramai pemsempati dan penyokong parti pembangkang terutamanya PAS dan PKR. Andaikata mereka ini mengundi pembangkang dan BN kalah, PETRONAS ditadbir oleh Anwar Ibrahim dan kumpulan, PETRONAS dijangka bermasalah seperti yang dijangkakan oleh ekonomis dan politikus BN. Mungkin pemsempati dan penyokong PKR dan PAS PETRONAS ini akan kehilangan kerja.
Cuba perhatikan apa yang sudah terjadi di Selangor. Bekalan air dan catuan. Memang factor cuaca sebahagian daripada sebabnya kurang bekalan air,tetapi pentadbiran itu sendiri perlu `adjust’ kepada factor cuaca. Tidak mungkin Selangor hendak beli air dari Pahang, negeri Sembilan mahupun Perak kerana negeri negeri tersebut di bawah BN. Tetapi jika kita tidak `sombong bodoh’ dan ikhlas (tiada dendam), pembelian airdari negeri jiran boleh dilakukkan demi rakyat.
Penulis rasa pekerja PETRONAS tidak risau sangat kerana duit gaji terkumpul pun banyak tanpa mengira simpanan KWSP. Tiada kerisauan di pihak pekerja PETRONAS. Ramai yang beranggapan `kebangkrapan’ PETRONAS tidak akan berlaku. Ringkasnya, mengapa kita perlu memberi pembangkang berkuasa dan menguruskan PETRONAS? Dikuatiri pekerja di buang kerja, bonus tidak semewah dulu, overtime di sekat dan pelbagai kemungkinan. Baik pilih BN menerajui Negara.
Mengapa anggota pekerja PETRONAS ini menjadi pemsempati dan penyokong PKR dan PAS?. Penulis rasa dengan putar belit pihak pembangkang, isu kronilisma di kalangan anak dan keluarga PM terdahulu dan jemaah menteri serta ahli politik UMNO/BN, berjaya menyakinkan anggota pekerja jegala rasuah dan penyelewengan berlaku di PETRONAS. Pengurusan PETRONAS diketahui ada prosedur yang ketat untuk menjadi pembekal pun. Penulis mempunyai ramai kenalan yang menjadi vendor PETRONAS. Pelbagai kelayakan diperlukan untuk mendaftar. Prosedur masuk kawasan Logi berperaturan. Syarat memasuki tender ketat. Hendak menambah kepala kerja pun setahun 1 atau 2 kepala sahaja. Sesebuah syarikat hendak mengumpulkan kepala kerja, kena tunggu bertahun. Sebelum DS Najib menjadi PM, tender dibawa ke Kementerian Kewangan untuk diputuskan. Tetapi seperti DS Najib katakan di dalam perhimpuan dengan pekerja PETRONAS, ia telah dikembalikan kepada Lembaga Pengarah PETRONAS sendiri.
Selain daripada pihak pengurusan gagal menerangkan kononnya penyelewengan oleh kroni UMNO, kecanggihan kommuniksi seperti facebook, twitter dsb, mempercepatkan transformasi maklumat dikalangan mereka.
Strategis atau penerangan UMNO/BN juga tidak memainkan peranan penerangan dan subversif di PETRONAS. Kelab UMNO/BN mesti beroperasi di PETRONAS secara terang atau gelap. Penulis mengambil contoh `niat baik’ UMNO/BN untuk tidak mencampuri urusan pembelajaran di Universiti. Kita harap mereka belajar sahaja dan berkumpulan tanpa gangguan oleh politik PAS-PKR-PAS. BN ini terlalu baik sampai kita biarkan mahasiswa dan mahasiswi berpolitik dengan menjadi anti kerajaan. Ketidakcampuran di dalam hal ehwal pelajar yang menjurus kepada perhimpuan Bersih dan demonstrasi jalanan. Penulis kecewa UMNO/BN tidak mengambil berat langsung perkara seumpama ini. PRU13 ini tidak sempat untuk buat `OPS DAULAT’ di PETRONAS dan GLC GLC lain. Tetapi penulis harap DS Najib kena buat selepas BN menang PRU13 nanti. DS Najib boleh buat secara lembut (rayuan demi rayuan serta penjelasan) atau keras (buang kerja atau tapisan pekerja baru serta PLKN atau BTN untuk pekerja).
BN/UMNO tidak boleh berceramah semula pada PETRONAS/GLC 1-6 bulan sebelum PRU14. Dah terlewat dah....

Wednesday 23 April 2014

PAS GAGAL TARBIAH DAP PKR TENTANG ISLAM DAN HUDUD



PAS Kelantan merancang untuk membentang rang undang undang dan kebenaran di Dewan Rakyat untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan. Dukacitanya DAP dan kepimpinan tinggi PKR tidak bersetuju 100 peratus cadangan pembentangan tersebut. Parti parti se Pakatan Rakyat ini akan menentang usul PAS kerana dikatakan ia tidak di dalam persetujuan PKR dan DAP.

Di dalam pada itu, PAS berbangga dengan pakatan ini kerana ia seumpama memberi ruang kepada PAS untuk tarbiah DAP dan PKR tentang Islam. Ini adalah satu cara memperkenalkan Islam kepada DAP.

Namum selepas 2 penggal, DAP dan PKR tidak memahami Islam dan Hudud malah ahli PKR yang beragama Islam kuat menentang PAS di dalam isu ini.

Tahniah kepada PAS. 

Monday 21 April 2014

TISU KERTAS LAKU DI SELANGOR


Penulis sempati dengan kedua anak penulis yang berada di Shah Aam dan Kajang juga Dengkil. Mereka semua sedang menghadapi catuan air yang teruk dan ia sedikit sebanyak menjejaskan kehidupan sehariannya. Mereka perlu mendapatkan bekalan air sewaktu catuan berkuatkuasa. 

Apabila mereka ke restoran menjamu selera, sering kali mereka terpaksa menggunakan pinggan plastik atau guna buang. Mereka kena biasakan diri menggunakan sudu dan garpu. Ada restoran yang mengenakan caj tambahan.

Krisis air ini adalah hasil pengsengketaan politik di antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri. Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri di bawah BN suatu masa dahulu sudah merancang dan melaksanakan projek berkaitan bekalan air. Malangnya apabila Selangor jatuh ke pemerintahan PKR, persoalan dan halangan timbul dan projek tergendala.

Secara ringkasnya Kerajaan PKR beranggapan projek ini menguntungkan kroni UMNO manakala konsessi bekalan air meng`jutawan'kan kroni UMNO. Anggapan ini mungkin betul atau salah tetapi ia terus dipertikaikan sehingga bekalan air di Lembah Klang dan Putrajaya terganggu.

Kini banyak pekilang multinasional tidak merasa selesa dengan krisis air di Selangor. NESTLE menyatakan kerisauan pengurusan kerana ia menjejaskan pengeluaran mereka dan keuntungan.Jikalau rakan rakan fb melayari mudah.com.my, rakan rakan akan melihat banyak bisnes dobi, restoran dan car wash di Lembah Klang hendak di jual kerana masalah air. Jestru itu perniagaan besar hingga kecil terganggu perniagaanya dan ini merugikan ekonomi. Pakai lah penasihat ekonomi yang bergaji tinggi, pun tidak akan menyelesaikan masalah ini. Ini bukan pulak mengunapakai Penasihat Ekonomi bergaji RM1 sebulan? Sehari? Sejam? Seminit?

Bak kata Mantan Perdana Menteri, YABhg Tun Dr Mahathir, rakyat Selangor salah memilih Kerajaan. Kerajaan ini cekap berpolitik tetapi tidak pandai mentadbir. Rakyat Selangor terpaksa membayar kos yang tinggi. Penulis merasa rakyat Selangor sudah menjadi seperti rakyat Kelantan yang merelakan kehidupan yang terbelakang, bekalan air yang kotor dan jalanraya yang teruk. Mereka kini rela ketiadaan air. Bagi pengundi dan penyokong DAP,PKR dan PAS, krisis ini OK dan pada mereka ialah perjuangan. Kena susah sedikit.

Pengundi dan penyokong DAP dan PKR khasnya, sebilangan besar berbangsa xxxx, tidak kisah dengan bekalan air yang di catu. Sebabnya mereka menggunakan tisu kertas untuk membersihkan diri selepas buang air besar. Ramai yang mandi 2 hari sekali. Cuba perhatikan mereka. Orang Melayu berbeza, mereka kena suci sepanjang masa.

Kepada Penasihat Ekonomi Selangor, investlah bisnes di dalam pengeluaran tisu kertas. Pasti ia akan memberikan pulangan modal yang baik.


MH370 BELUM SELESAI, TRAGEDI MH192 HAMPIR BERLAKU


Penulis telah mengulas mengenai penerbangan Malaysia  yang secara tiba tiba dilihat sebagai tidak cekap dan tidak selamat sebagaimana di lampirkan di bawah:-

http://nasirwise.blogspot.com/2014/03/tiba-tiba-industri-penerbangan-malaysia.html

Malam tadi berlaku satu lagi insiden di mana MH192 dari Kuala Lumpur ke Bangalore India. Waktu penerbangan ialah Ahad 10 malam dan dijangka tiba Bangalore jam 11 malam di India. Waktu penerbangannya seakan akan sama dengan MH370 dan di mendaratkan semula di KLIA jam 2 pagi Isnin. Yang membezakan ialah MH370 ada ramai penumpang dari China manakala MH192, majoritinya adalah penumpang waarga India.

Seperti yang dikatakan MAS perlu terus di sokong dari segi teknikal dan kewangan untuk mengembalikan zaman kegemilangannya.

Zaman Datuk Seri Hishamuddin menerajui Kementerian Pengakutan, industri pengangkutan Malaysia amat mencabar tetapi segalanya ada hikmah.
Banyak maklumat tentang penerbanganan telah dipelajari.

Semoga Malaysia dan MAS selamat sejahtera. 

TOK GURU NIK AZIZ BELUM MINTA MAAF DENGAN AHLI UMNO DAN MELAYU ISLAM




Sudah kah anda, penyokong dan ahli UMNO memaafkan Tok Guru Nik Aziz yang melabelkan anda seorang kafir selepas 13 kali PRU?. Bagi penulis, Tok Guru kena jumpa penulis secara peribadi....

ANWAR TERSELAMAT SEBENTAR KERANA KEMATIAN MENGEJUT KARPAL SINGH



Anwar Ibrahim sebenarnya sakit atau tidak sihat semasa berjanji dengan rakyat yang beliau akan membuat pengumuman mengenai kehilangan pesawat MH370. Beliau mendakwa Kerajaan Najib tahu apa yang berlaku tetapi merahsiakannya. Anwar berkata jika beliau menjadi Kerajaan, kes kehilangan akan terselesai dalam 1 saat.

Malangnya pada tarikh dan masa untuk membuat pengumuman, Anwar Ibrahim jatuh sakit, maka terselamatlah beliau untuk muncul memberikan pegumuman.

Nasib baiklah Karpal Singh di timpa kemalangan dan mati di tempat kejadian. Tumpuan hanya kepada Karpal Singh dan pengumuman Anwar Ibrahim mengenai MH370 boleh di tanggohkan..

Kematian Karpal Singh telah menyihatkan tubuh badan Anwar Ibrahim. beliau menghadiri 2 kali ke Majlis Penghormatan.Penulis ramal beliau akan sakit semula selepas pengkebumian Karpal Singh untuk mengelakkam pengumuman MH370.



Walluhualam

Sunday 20 April 2014

KISAH TOK GURU NIK AZIZ


Penulis merujuk kepada penulisan bertajuk `Tok Guru Mohon Maaf Kerana Kesilapan Lampau' dan salah seorang pendebat maya memberikan komen di bawah. Penulis sudah sediakan jawabannya tetapi penulis ingin meminjam tulisan GAP untuk menjawab si fanatik Fazenne ini. Rasanya orang ini seorang yang pendidikan tinggi dan anaknya mungkin belajar di MRSM Alor Gajah. http://nasirwise.blogspot.com/2014/03/gelagat-ibubapa-pelajar-kayaraya-di.html

Fazenne has left a new comment on your post "TOK GURU NIK AZIZ MOHON MAAF KERANA KESILAPAN LAMP...": 

Saya lagi sedih... kerana... penulis dgn tanpa ilmu... menggunakan perkataan fatwa sebagai kata kunci untuk menghentam TGNA. Undi PAS masuk syurga? Anda dah fahami betul2 maksudnya atau anda sekadar dengar2 dari org2 politik sealiran dgn anda? Anda dah kaji belum ayat Allah yg mengatakan bahawa, jgn bersama2 dgn kaum yg zalim... jgn menentang hukum Allah...dan natijah dari menyokong dan bersama2 dgn golongan penentang hukum2 Allah yg zalim itu? dan bila kata hukum... jgn pula kata sekadar hudud... ada pelbagai hukum dalam Islam... yg ditentang oleh golongan penentang Allah...

Anda pernah belajar atau tidak... hukum solat dibelakang org yg terang2 menentang hukum Allah? Anda pernah kaji atau tidak hukum org yg menentang hukum Allah? Atau anda sekadar dengar2 dari kwn2 sealiran politik dgn anda? Anda pernah belajar atau tidak... apa yg menyebabkan gugurnya iman?

Pembangunan fizikal di Kelantan tidak pesat??? Anda dah pernah pergi ke Kelantan ke belum? Jika anda ke pantai timur... sila bandingkan Kuala Terengganu dgn Kota Bahru yer... saya tersenyum bila mana ada yg membandingkan KB dgn Melaka dan Perlis... Melaka??? Kangar??? kah kah kah.... what are those???

Kenapa anda yg pandai2 tafsirkan permohonan maaf TGNA mengikut acuan anda? Kenapa anda punya sangka2 buruk dlm hati anda terhadap org yg memohon maaf? 

Kah kah kah... bila mana ilmu ditolak ke tepi... beginilah jadinya... Al Qur'an dan Hadith tidaklah lagi menjadi perkara pokok untuk dirujuk... manusia2 akhir zaman... yg berpenyakit wahan... duit dan harta pilihan utama...

Tunggulah... masanya pasti tiba


GAP ada menulis mengenai Tok Guru Nik Aziz seperti berikut. Semoga ia dapat menjawab semua atau sebahagian `perbezaan pendapat' di antara penyokong parti politik.


MOHON MAAF : NIK AJIS WAJIB SPESIFIKKAN KESALAHANNYA SUPAYA MELAYU LEBIH JELAS.


nik ajis semalam memohon maaf di atas kesalahannya selama memerintah kelantan.

dia menitiskan air mata sambil memohon maaf.

tambah nik ajis lagi, sakitnya ini adalah kifarah di atas kesalahan selama dia memerintah kelantan.

eloknya nik ajis spesifik dan detailkan mana satu kesalahannya supaya bangsa melayu lebih jelas..

adakah nik ajis memohon maaf kerana air kelantan masih kotor ?

adakah nik ajis memohon maaf kerana lebuhraya kelantan tak siap ?

adakah nik ajis memohon maaf kerana isu ladang rakyat ?

ATAU NIK AJIS MENGAKUI KIFARAHNYA ITU MELIPUTI KESALAHAN BELIAU SEWAKTU MENJADI MURSIDUL AM PAS.

adakah nik ajis memohon maaf kerana menggelarkan ahli umno tak masuk syurga ?

adakah nik ajis memohon maaf kerana kerap mengeluarkan fatwa perpecahan antara pas dan umno ?

adakah nik ajis memohon maaf di atas kenyataannya YANG MENYAMAKAN NABI MUHAMMAD SAW ITU MACAM MAMAT MAMAT KAT KAMPUNG SAHAJA ?

adakah nik ajis memohon maaf kerana kenyataannya yang mendakwa sambutan maulidur rasul itu bidaah ?

MOHON MAAF DI ATAS KESALAHAN MANA SATU NI POK NIK ?

ATAU NIK AJIS MEMOHON MAAF DI ATAS  KENYATAANNYA DI BAWAH...

 “Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
 “Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir” – Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.
 “Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid.” – Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.
“Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

 “Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.
“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram” – Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.
 “Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.
 “Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.
 “Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.
 “PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.
 “Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.
 “Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang” – Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.
“Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir.”- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.
“Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.
 “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.
 “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.
 “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.
 ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.
“Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999
 “Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat… tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat…” – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.
“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
“DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009



FAM dan SULTAN


Penulis mengamati bahawa di dalam FAM ada demokrasi. Ada pertandingan merebut jawatan. Tidak ada `kaw tin'. Ayahanda di tentang oleh anakanda dan Kerabat DiRaja Johor.

Sesungguhnya jika dengan adanya penglibatan Sultan dan Kerabat boleh menjadi motivasi untuk meningkatkan mertabat bolasepak negara, penulis tidak kisah dengan penglibatannya. Asalkan bukan `Sultan Melaka'....heeee



http://nasirwise.blogspot.com/2014/01/sultan-melaka-kena-buat-dna-untuk.html
http://nasirwise.blogspot.com/2014/01/bukan-sultan-lagibukan-tuhan-lagi.html

Friday 18 April 2014

ORANG MELAYU MUDAH MEMAAFKAN KARPAL SINGH



Karpal Singh banyak melukakan hati orang Melayu Islam. Agama Islam di hina dan diperlekahkan oleh Karpal Singh dan DAP khasnya. Mereka berani kerana dibelakang mereka ada pakar undang undang dan kewangan. Mereka tanpa segan silu `test the Constitution’ walaupun mereka tahu `it is not contestable’. DAP menerajui gerakan desakan kepada Kerajaan untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah di dalam kitab injil berbahasa Malaysia.

Mendiang Karpal Singh sebenar seorang yang pertama berani `sound’ Sultan. Sultan Perak bertindak melucutkan jawatan Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat kerana berlakunya situasi Ahli DUN DAP dan PKR memilih menjadi wakil bebas tetapi memihak BN. Berpuluh atau beribu laporan PDRM di buat oleh NGO Melayu dan Islam, nanum sedetik pun menakutkan Karpal Singh.

Keberanian Karpal Singh `derhaka’ kepada Sultan Perak, membuka ruang dan peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia khasnya kaum Cina pengundi dan penyokong DAP PKR dan PAS mencemoh dan memaki Sultan. Jika ada 1000 orang yang berani di tangkap untuk di soaljawab oleh PDRM dan dilokapkan 3-7 hari dan melapangkan masa beberapa menghadiri perbicaraan dan berkorban untuk dipenjara beberapa hari hingga bulan dan denda, perbuatan memaki Sultan Melayu Islam adalah `normal’, `tidak menjadi kesalahan besar’, perbuatan hak asasi manusia, berbaloi dan mencapai matlamat besar kumpulan ini. 

Karpal Singh juga telah menjadikan Institusi Kehakiman lebih berhati hati di dalam penghakimannya. Tugas para Hakim menjadi semakin effisen dan tidak membuat  kesilapan.Para Yang Arif tidak boleh bertindak sebagai `one way communication’. Penghujahan mesti baik berasas dan kukuh. Karpal Singh berani mengesorkan para hakim di lucutkan daripada mendengar kes tertentu. Karpal Singh boleh memohon menukar Hakim beberapa kali.

Penulis tidak mudah memaafkan seseorang yang memusuhi agama dan bangsa penulis atau pernah cuba secara terangan membunuh kareer kita, menutup rezeki atau menganggu gugat ketenteraman keluarga penulis. Ini lah realitinya. Sebagai seorang manusia biasa, sifat dendam tidak boleh dipadamkan atau dilupakan dengan sekelip mata.

Melalui pengamatan di media social, ramai juga orang Melayu Islam sudah memaafkan Karpal. Ada yang sudah menziarah dan ada yang sudah menghantar ucapan takziah. Ada yang sedang memujinya. Penulis tetap membenci beliau dan tidak akan memaafkannya.


ASTRO AWANI banyak membincangkan mengenai manusia bernama Karpal Singh. Yang dipanggil ke studio pula orang orang dari parti pembangkang. Tentu sekali, Karpal Singh seorang Nabi. Lama lama kita termakan dengan kata kata mereka. Perbincangan mereka di selitkan isu isu politik dan secara sulit mengambarkan Parti Pakatan Rakyat sebuah parti yang `suci’ dari dosa, meliwat itu bukan kesalahan besar dan mempromosi keadilan masyarakat. Penulis mengambil pendekatan tidak menonton 501 minggu ini kerana bosan mendengar perbincangan mereka.

Thursday 17 April 2014

BESAR SUNGGOH KUASA ALLAH:`OVER MY DEATH BODY’ DAN HUDUD.




Dalam sebulan dua ini ALLAH memberikan sedikit gambaran kekuasaannya.

Yang paling nyata ada 2 perkara. Tragedi MH370 hilang tanpa di kesan. Amat mustahil pesawat sebesar dan seberat serta di lengkapi oleh teknologi tinggi gagaldi gagal oleh radar Malaysia dan setelit dunia. Selepas kehilangan, 26 buah Negara dengan asset tercanggih turut membantu misi pencarian tetapi tidak berjaya sehingga hari ke 40 pencarian. Kapal terbang dan kapal serta terkini kapal selam AUV Bluefin 29 di gembeling di dalam misi ini. Ringkasnya teknologi  belum dapat mengatasi kekuasaan ALLAH. Ramai yang berkata pencarian menggunakan teknologi mesti bersertakan doa restu dan kemudahan ALLAH SWT.


ALLAH juga memberikan gambaran dan laluan yang lebih mudah perlaksanaan Hudud di Kelantan dan InsyAllah di Malaysia. Penentang utama di dalam perlaksanaan Hudud ialah Karpal Singh. Beliau yang di kenali dengan ungkapan `over my death body’, dan cadangan PAS membawanya di Dewan rakyat tidak lama lagi, seolah olah mengiyakan kehendak Karpal Singh. Beliau mencabar Hudud hanya boleh di bentang dan laksanakan selepas kematiannya. Dengan kematiannya, di harapkan ia memberikan keinsafan dan ketakutan kepada DAP PKR dan juga orang Islam Melayu dalam UMNO sendiri serta komponen BN, betapa Hudud yang sebenarnya adalah peraturan hidup ALLAH untuk manusia sejagat.


AllahuAkbar. AllahuAkbar. AllahuAkbar.

2014 TAHUN MALANG BUAT ANWAR IBRAHIM


Penulis mengulas ulasan Teresa Kok dan para pakar Feng Shui di dalam video klipnya yang tahun 2014 adalah malang buat Negara Malaysia.


Secara kebetulan, Malaysia khasnya di Lembah Klang di landa kemarau teruk hingga kolam tadahan  kekontangan air. Ia telah menjejaskan operasi rawatan air dan bekalan air di Lembah Klang dan Putrajaya. Catuan air menjejaskan banyak pihak.  Ia diburukkan lagi pendirian Kerajaan Selangor yang bermusuhan dengan Kerajaan Persekutuan. Keengganan kerjasama telah meranakan penduduk Lembah Klang. Persetujuan berkerjasama dan penstrukuturan semua konsensi air Selangor baru baru ini, sudah terlewat dan menjejaskan pelaburan dan perniagaan.


Malaysia di kejutkan sekali lagi dengan tragedi pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac yang lalu. Sehingga hari ini, hari ke 40, pesawat dan kotak hitam belum ditemui. Sebanyak 26 buah Negara membantu Malaysia di dalam misi ini. Kini Australia sedang melaksanakan misi SAR dan Kotak Hitam menggunakan asset dan peralatan canggih. Perbelanjaan yang besar perlu ditanggung, kerugian MAS (Khazanah Nasional memiliki 60 peratus) terus terpaksa dihadapi, kemarahan kaum keluarga penumpang dan kru MH370 harus ditelan, kritikan pembangkang menghujan dan mengunung perlu diredah. Industri pelancongan Malaysia terjejas sedikit. Yang ramai melawat Malaysia ialah pakar Pakar penerbangan dan wartawan luar negara serta kaum keluarga MH370


Malaysia di kejutkan lagi dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim di dapati bersalah meliwat bekas pembantunya dan dipenjara 5 tahun. Sesungguhnya ramai  rakyat Malaysia termasuk penulis tidak menaruh harapan langsung yang Saiful Bukhari akan memang di dalam kes liwat. Ini adalah kerana keputusan Mahkamah Tinggi menyebelahi  Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan peguambela yang handal. Tetapi dengan kebijaksanaan hujahan Tan Sri Dr Shafee Abdullan, Anwar Ibrahim berjaya di sabitkan. Terperanjat beruk puak pembangkang.


Sungguh malang pembangkang Malaysia. Karpal Singh didapati bersalah menghina dan menghasut Sultan Perak dan akan hilang kelayakan jika gagal di dalam rayuan untuk ketepian keputusan Mahkamah.


DAP sekali lagi dilanda kemalangan dan sumpahan Teresa Kok. Karpal Singh terbunuh di dalam kemalangan kereta-lori di lebuharaya Utara selatan berhampiran Gua Tempurung jam 12.40 pagi Khamis. Kematian Karpal Singh akan sedikat sebanyak akan menjejaskan DAP dan peluang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memang di dalam kes rayuan meliwatnya.

Sungguh besar rahmat Allah. Di dalam Malaysia menghadapai musibat cuaca kemarau, penentang utama Hudud dan undang undang Islam sudah tiada lagi. Kerusi Parlimen Bukit Gelugor akan diistihar kosong dan PRK akan diadakan tidak lama lagi. Sekurang kurangnya Allah memperkenankan doa umat Islam terhadap penentang Islam dan Sultannya. Kemungkinan besar, Ketua Pembangkang juga akan akan berubah `profession’ dari seorang ahli  parlimen ke jawatan lain.


Sesungguhnya 2014 banyak cabaran buat Malaysia.

Monday 14 April 2014

PEGUAM NEGARA PUN MENGIKUT JEJAK LANGKAH ANWAR IBRAHIM




Penulis membaca berita yang Karpal Singh mendapat laporan yang Pejabat Peguam Negara sedang memfailkan rayuan untuk menambah tempoh kepenjaraan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau didapati bersalah dan di jatuhi hukuman 5 tahun penjara. Pejabat Peguam Negara tidak berpuas hati dengan tempoh kepenjaraan tersebut kerana kesalahan meliwat boleh di penjara tempoh maksimum 20 tahun dan rotan.

Tahniah Pejabat Peguam Negara. Sejak akhir ini, ia memberikan banyak tekanan kepada pesalah tegar dan ala kebal undang undang. Antara inisiatif baru yang di perkenalkan ialah mendapatkan khidmat peguam berpengalaman iaitu Tan Sri Dr Shafiee Abdullah. Beliau di lantik menjadi Ketua Pendakwaraya Pejabat Peguam Negara di dalam kes Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhari. Team Anwar Ibrahim sedang merayu di peringkat tertinggi Institusi Kehakiman.

Keduanya, Pejabat Peguam Negara pula yang mengambil langkah terhadap tertuduh. Diharap Pejabat Peguam Negara merayu sampai ke peringkat tertinggi untuk menambah tempoh kepenjaraan dari 5 tahun kepada 10 tahun.

Kini, Pejabat Peguam Negara tidak bertindak sebagai `menunggu tindakan lawan’ dan defen. Sekarang Pejabat Peguam Negara `menyerang’.

Tahniah sekali lagi dan insyALLAH akan lebih tenteram Negara Malaysia dan lebih terselamat agama Islam kita. Sebenarnya Anwar Ibrahim terlalu `kreatif’.  

Sunday 13 April 2014

TAN SRI MUHYIDDIN GILA GOLF DAN KEBURUKANNYA



Tan Sri Muhyiddin memang gila habis bermain golf. Beliau kerap turun  bermain pada waktu lapang, selalunya hari minggu, melainkan BN menghadapi PRK mahupun Perhimpuan BN dan UMNO serta lawatan rasmi. Golf, dengan izin Allah, menyihatkan Tan Sri Muhyiddin. Pada usia yang lebh tua daripada Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak, beliau kelihatan `fit’ untuk bermarathon di dalam tugasan rasmi Kerajaan dan politik.

Beliau banyak melakukan lawatan ke UK dan baru baru ini beliau ke UAE. Kegiatan sukan dan politik senantiasa diperhatikan oleh musuh politiknya samaada dari BN/UMNO sendiri ataupun pembangkang.

Di dalam lawatan UAE, pegawainya telah memasukkan aktiviti bermain golf selari dengan kegilaan golf oleh Tan Sri Muhyiddin atau dengan sengaja ingin `mengampu’ bosnya atau dengan arahan Tan Sri Muhyiddin sendiri.

Ikhlasnya, Tan Sri Muhyiddin dan Ketua Setiausaha Negara boleh menafikan tuduhan dua Ahli Parlimen DAP dari Pulau Pinang tetapi penulis sendiri yakin jika tidak di `bongkar’kan jadual tersebut, mungkin riadah `golfing’ akan / telah berlaku dengan sewenang wenangnya.

Nasihat ikhlas penulis kepada Tan Sri Muhyiddin, jikalau hendak bermain golf di luar negara, lakukan semasa cuti tahunan yang di luluskan oleh Perdana  Menteri. `Declare’ dengan KSN Negara mana hendak dikunjungi dan aktiviti apa hendak dilakukan. Ahli ahli perniagaan dan politik yang ingin turut serta di dalam rombongan mesti di maklum terlebih dahulu. Ini mengelakkan ada tanggapan ahli perniagaan membelanja tiket dan perbelanjaan di negara orang. Jangan menambah tekanan dan bebanan politik kepada Datuk Sri Mohd Najib kerana beliau sendiri cukup dengan tekanan politik.

KSN diberitakan  akan menyiasat siapakah dalang yang membocorkan `rahsia yang kurang tepat’. Senang aje. Kebocoran jadual seseorang Menteri boleh berlaku secara sengaja atau tdak sengaja. Daripada Setiausaha Sulit, Pembantu Pejabat, Ticketing dan juga ahli perniagaan yang mengiringi TS Muhyiddin. Penyokong atau orang kanan juga berperanan. Sesampai di luar negeri, pegawai pengiring juga kena tahu TS Muhyiddin. Kesemua ini membuka luas kepada pembangkang mendapatkan maklumat terkini.

Sambutan Hari Jadi TS Muhyiddin yang biasanya di adakan di kediamannya, juga perlu di adakan secara teliti dan terbuka kepada ahli keluarga dan rakan rapat sahaja. Kamera mungkin tidak dibenarkan langsung. Penulis risau dengan kemahiran pihak musuh mewujudkan cerita. Tarian Zapin yang yang di jadikan acara tetap Majlis Hari Jadi boleh di `spin’ sebagai tarian disko di salah sebuah kelab malam terkemuka.  


Sebagai rakyat yang berasal dari Bakri, penulis mohon Tan Sri Muhyiddin perlu lebih berhati hati. Jangan ada ruang untuk musuh nyata dan tidak nyata menjatuhkan kita. Penulis amat risau hobi keterlaluan membawa bencana seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.