Wednesday, 31 July 2013

SETIAP KETUA POLIS NEGARA MENGHADAPI CABARANNYA TERSENDIRI…

SETIAP KETUA POLIS NEGARA MENGHADAPI CABARANNYA  TERSENDIRI…

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sedang berhadapan dengan masalah kekerapan berlakunya insiden `tembak mati’ dalam sebulan dua ini. Terbaru, pengasas Arab Malaysian Bank, Hussein Ahmad, keturunan Iran, di tembak mati di Kuala Lumpur. Isteri beliau terselamat tetapi cedera parah.

Tanggongjawab besar KPN ialah menyelesaikan kes tembak mati tersebut dan melakukan usaha usaha pencegahan. Nampaknya pistol dan senjata api senang diperolehi dan `penembak’ bersedia melakukan pembunuhan mungkin kerana upahnya tinggi. Kebanyakan senjata api dan majoriti`penembak’ datang dari negara jiran.Mungkin juga kawalan keselamatan di Malaysia agak `rilek’ kerana selama ini negara ini aman.Penulis amat bimbang dengan keselamatan pimpinan negara dan berharap kawalan yang lebih ketat diberikan kepada mereka.

Pintu masuk ke Malaysia (darat, laut juga udara) perlu diperketatkan. Peralatan canggih atau mesin imbasan tinggi untuk mengesan senjata api perlu dipertingkatkan dan diperbanyakkan di pelbagai agensi seperti PDRM, KASTAM, IMIGRESEN, MARIN, DCA, MABH, PUSAT KURIER dan KARGO dan lain lain agensi penguatkuasaan.Banyakkan lapisan pemeriksaan untuk mengelakkan kesilapan dan penyelewengan (contoh selepas KASTAM membuat imbasan, jabtan lain membuat imbasan kedua di sudut atau tempat lain). Undang undang senjata api perlu pengkuatkuasaan. Jika Akta tidak sesuai, gubal Akta baru yang lebih efektif.


Sementara itu di dalam siding media di Putrajaya Selasa lepas, PM telah melahirkan kebimbangan mengenai kejadian tembak menembak muthahir ini. Kerajaan bersedia memberikan kerjasama untuk mengubal atau memperbaiki akta untuk mencegah dan mengurangkan kejadian seumpama. Beliau harap ia boleh dibentangkan di Parlimen secepat mungkin.

Menteri Dalam Negeri, DS Dr Zahid Hamidi berkata salah satu sebab kadar jenayah berat meningkat ialah kerana pemansuhan Ordinan Darurat atau Emergency Ordinance. Penyelidikan mendapati jenayah dilakukan oleh bekas tahanan OE.

Persoalannya siapa yang memansuhkannya? Mengapa beliau memansuhkannya?Siapa atau kumpulan mana yang mendesak agar Akta Emergency Ordinance dimansuhkan?Sebab itu, sesuatu pengubalan dan pemansuhan Akta perlu dibuat dan penuh ketelitian dan kajian mendalam.

Jika PM yang bertanggongjawab memansuhkan Akta tersebut, beliau mungkin dinasihati oleh para Penasihat Keselamatan dan Penasihat Politik dan tentu sekali melibatkan PDRM dan Peguam Negara. Adakah para penasihatnya lebih berkuasa daripada PDRM dan Peguam Negara yang `overrule’ pendapat PDRM dan Peguam Negara? Penulis percaya PDRM dan Peguam Negara inginkan Akta tersebut malah diperkasakan lagi.

Ramai yang mengeloh termasuk Tun Dr Mahathir, kerana sesuatu Akta dimansuh kerana desakan pembangkang. Kerana ingin menjadi popular atau apa jua sebabnya, sesuatu Akta tadi dimansuhkan. Desakan yang selalu di mainkan ialah hak asasi manusia dan penyalahgunaan kuasa oleh PDRM.Malaysia cuba menjadi sebuah negara yang terbaik di dalam perihal hak asasi manusia. Akibatnya negara di dalam kebimbangan.

Tugasan KPN Tan Sri Khalid juga baru reda dengan ancaman perhimpuan haram anjuran Pakatan Pembangkang.Sekarang PDRM sibok menyediakan laporan siasatan untuk diserahkan ke Pejabat Peguam Negara.Ada juga kes yang sudah didakwa.

Sebelum Tan Sri Khalid, YBhg Tan Sri Omar Ismail berhadapan dengan ancaman pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu selama hampir 2 bulan. Pencerobohan sudah berakhir dan pendakwaan sedang berjalan.Pencerobohan pengganas Sulu ini melibatkan 10 kematian di pihak Malaysia dan hampir kesemua pengganas Sulu dan tali barut pengganas Sulu.Mantan KPN Tan Sri Ismail bergelombangan dengan kemarahan dan kesedihan rakyat serta bahaya ancaman pengganas.Tan Sri Ismail mendapat pengalaman mengendalikan sebuah peperangan.Beliau belajar berkerjasama dengan Tan Sri Zulkifli yang juga Panglima Angkatan Tentera Malaysia.


Semasa PRU13 yang lalu, siapa KPN yang bertanggongjawab? Pengalaman nya tentulah berbeza.

MENGAPA PETRONAS MEMBENARKAN SEORANG PENGUSAHA STESYEN MINYAK MENJALANKAN BISNES MELEBIHI SATU BUAH PADA SATU MASA DAN TEMPAT?



Seperti di penulisan penulisan terdahulu, penulis tetap dengan kenyataan bahawa rasuah di GLC seperti syarikat peladangan dan petroleum lebih tinggi nilainya, kekerapannya dan bersifat berpanjangan.

Baru baru ini seorang pegawai kanan Petronas telah di dakwa menerima rasuah.Pengurusan Petronas kecewa tetapi yang lebih mengusarkan ialah MALU BESAR.

Terlalu ramai kontraktor yang berminat mendapatkan kerja di Petronas kerana kontrak yang ditawarkan kelazimannya menguntungkan.Untuk barangan atau peralatan kecemasan, marjinnya berkali kali ganda.Kontraktor amat mengharapkan kerja kerja `turnaround’ kilang penapisan dilakukan sekerap yang boleh.Tidak dapat di nafikan, sistem perolehan di Petronas amat ketat tetapi apabila melibatkan manusia, usur usur peyelewangan dan rasuah pasti berlaku.

Di prespektif lain pula, pengagihan Stesyen Minyak Petronas pun berlaku elemen pilih kasih, rasuah dan penyelewengan.

Petronas Dagangan di dapati memberi peluang kepada pengusaha Bumiputera menjalankan lebih daripada satu stesyen minyak pada satu masa dan tempat.Mungkin pengusaha tersebut mempunyai banyak duit, tetapi dengan peluang tersebut, pengusaha semakin kaya.

Penulis cadangkan untuk stesyen minyak yang di miliki Petronas dan disewakan kepada pengusaha,jangkamasa penyewaan harus di tetapkan tidak melebihi 6 tahun. Petronas mesti menolong lebih ramai pengusaha Bumiputera bukan `muka dia sahaja’.Setahu penulis Petronas mensyaratkan pengusaha menjalankan perniagaan secara `full time’.

Di  Melaka, pengusaha Bumiputera En Zul menjalankan Stesyen Minyak Petronas  di Cheng dan Bachang (berhampiran Kilang TEAC). Penulis tidak pasti En Zul ini pun diberi peluang di tempat lain di Melaka atau di negeri lain seperti Kelantan.Adakah menjadi matlamat Petronas untuk menolong seorang Bumiputera sahaja?

Ramai juga pengusaha mendapat `tip’ daripada Pegawai Petronas Dagangan ( atau sebaliknya), kawasan yang di dalam perancangan. Mereka berpakat dengan pengusaha dengan menyuruh pengusaha membeli tanah yang sesuai untuk stesyen minyak itu terlebih dahulu.Selepas itu Petronas membeli tanah tersebut dengan banyak kali ganda.Keuntungan pembelian tanah diagih agih. Penulis harap Pegawai Petronas Dagangan yang bertugas di `transfer’ ke negeri lain atau jabatan lain (seumpama JPJ dan PDRM mahupun KASTAM) setiap 2 tahun supaya tiada elemen berkawan rapat dan pakatan.


Dengar gossip penyokong Pembangkang , untuk mendapatkan tempat dan berniaga di MITC, banyak juga belanja melobinya. Mencecah RM1juta. Walhulalam

TAN SRI MUHAMAD ALI HASHIM EX JOHOR CORPORATION

TAN SRI MUHAMAD ALI HASHIM EX JOHOR CORPORATION BELUM ADA PIHAK YANG BERMINAT DENGAN PERKHIDMATANNYA? KENAPA?

Antara PKEN PKEN yang paling berjaya ialah Johor Corporation.Organisasi ini yang bangunkan oleh Allahyarham Tan Sri Basir Ismail dan di perkembangkan oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim.Tan Sri Ali berkhidmat dengan Johor Corporation selama 28 tahun mulai Januari 1982 dan menempoh pelbagai cabaran, kejayaan dan kegagalan di dalam tempoh terajuannya.

Antara kejayaan ialah `listing’ beberapa syarikat seperti Kumpulan Perubatan Johor Berhad, Kulim Berhad, Sindora Berhad, Johor Land Berhad dan  pengambilanalihDamansara Realty Berhad,QSR Brands Berhad dan KFC. Selain itu, Johor Corporation mewujudkan peluang pekerjaan yang puluhan ribuan, pembangunan hartanah yang strategik seperti KOMTAR, Kotaraya dan Menara Ansar, Perhotelan Puteri Pan Pacific Hotel dan banyak lagi kejayaan lain. Permasalahan ketara ialah bebanan hutang kumulatif lebih kurang RM3 billion (aset Johor Corporation melebihi bebanan hutang tersebut) akibat krisis ekonomi dan matawang.Pada tempoh tersebut berlakulah pelupusan asset dan penjualan syarikat.

Umum tahu berlakunya `perang dingin’ diantaraTan Sri Ali denganDatuk Ghani Othman sejak menjadi Ahli Parlimen Ledang lagi. Apabila menjadi MB Johor merangkap Pengerusi PKENJ/Johor Corporation, Datuk Ghani melahirkan Kumpulan Prasarana Johor atau KPJ dan PKENJ/Johor Corporation di anak tirikan buat seketika. Kemangkatan Sultan Iskandar, telah menyebabkan Tan Sri Ali kehilangan `immuniti’. Atas desakan politik dan Istana, mengikut kata kata blog, beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation dan Pengerusi/Pengarah syarikat senaraian awam.

Setelah sekian lama berehat dari dunia korporat, penulis tertanya tanya mengapa Kerajaan Pusat (GLC Nasional seperti Khazanah Nasional) atau Negeri (GLC Negeri seperti LKNP)  mahupun Korporat (listed companies) tidak menawarkan Tan Sri Ali sebarang jawatan walhal kecemerlangan beliau mengendalikan sesuatu perniagaan terserlah.

Atau mungkin ada tawaran tetapi Tan Sri Ali menolak kerana serik dengan belasahan politik dalam korporat dan tekanan Istana.

Atau mungkin tanggagaji Tan Sri Ali terlalu tinggi sehingga semua pihak tidak sanggup mengajikan Tan Sri Ali.

Atau Tan Sri Ali yang terkenal dengan Jihad Bisnes, Wakaf Korporat dan keBumiputeraan nya, sudah berusia, kurang sihat, cukup simpanan kewangan, ingin berehat dan bersara langsung daripada pekerjaan dan perkhidmatan korporat.

Atau Kerajaan Pusat dan Negeri atau Korporat kuatir dengan ketegasan Tan Sri Ali mengendalikan bisnes.Beliau dikenali juga sebagai anti rasuah dan penyelewengan. Mungkin boleh menutup peluang pihak lain mencari untung.


Pada penulis, rugilah rakyat Melayu Malaysia kerana tidak dapat menggunakan kecerdikan berniaga Tan Sri Ali. Yang paling mengerunkan apabila Pakatan Pembangkang akan memancing beliau menyertai parti mereka dan memberikan tanggungjawab parti dan perniagaan. Ingat tak Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Rahman Maidin dan ramai lagi.

Monday, 29 July 2013

MELAKA WAJAR MENGIKUTI LANGKAH JOHOR TIDAK MENYAMBONG PAJAKAN KAWASAN PERINDUSTRIAN LARKIN



Penulis dan  ramai juga kawan kawangembira dengan tindakan Kerajaan Negeri Johor untuk tidak menyambong pajakan di kawasan perindustrian Larkin. Penulis tabik hormat kepada Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin, Menteri Besar Johor yang berani membuat keputusan tidak populis.Sebelum ini, beliau berkata cukai tanah atau harta yang berbeza untuk pemilik tanah rakyat Malaysia dan bukan rakyat Malaysia. Keputusan atau pendekatan Johor ini membuka mata pentadbiran negeri lain dan berlogik.

Larkin adalah sebuah penempatan Melayu yang awal dibangunkan di Johor.

Melaka amat wajar mengikuti langkah Johor.Negeri yang besar seperti Johor pun ingin memperbaiki pemilikan tanah kerajaan. Melaka, sebuah negeri kedua atau ketiga kecil di Malaysia, wajib memelihara peratusan tanah kerajaan dengan tanah pemilikan persendirian. Amat wajar selepas tamat tempoh pajakan, tanah tersebut wajib dikembalikan kepada Kerajaan.

Orang berniaga akan marah dengan tindakan ini kerana mereka kena mencari tempat baru untuk membuat perusahaan. Mereka akan merayu kepada kerajaan kerana kononnya mereka belum `cover cost’. Kerajaan tahu mereka telah buat duit di dalam tempoh 30 tahun pajakan tersebut. Jika RM100 setahun keuntungan (sebagai contoh mudah), cukai tanah adalah 1-2 peratus daripada untung tadi, Cukai  korporat 24-26 peratus, Yang lain (RM70) adalah keuntungan peniaga.


Selama ini, Kerajaan Melaka memberikan pajakan tanah untuk menarik minat pelabur.Penulis setuju dengan pendekatan tersebut tetapi ramai juga pelabur yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan untung cepat dengan menjual atau memajak semula kepada pihak ketiga.

Pelabur Bumiputera paling ramai bersifat demikian.Kerajaan ingin membantu mereka berniaga dengan memberikan pajakan tanah.Selepas beberapa tahun (ada yang belum sempat mendirikan perusahaan pun), kembali kepada Kerajaan untuk memohon kebenaran menjual tanah pajakan tersebut.Kerajaan atau Ketua Menteri terpaksa meluluskan permohonan menjual, kerana pelabur merupakan kawan atau mempunyai kawan yang berparti UMNO/BN.

Penulis merayu kepada Ketua Menteri Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka, selain daripada mengharamkan ajaran syiah, bertegas dan berhati hati di dalam permohonan pajakan tanah kerajaan untuk perusahaan, pertanian mahupun pelancongan.Banyak kawasan perindustrian yang masih kosong di merata Melaka.Berilah peluang industri bertumbuh di luar daerah seperti di Masjid Tanah, Jasin, Merlimau supaya berlakunya pembangunan seimbang.

Jika pajakan tanah tidak dapat dielakkan, runding untuk mendapatkan tempoh pajakan yang pendek seperti 10 tahun dan bukan 30 tahun.Penulis tidak pasti berapa ramai yang mendapat pajakan 60 atau 99 tahun?Kena cari sebabnya.Pada penulis itu pilih kasih dan penyelewengan di pihak Kerajaan.Tanaman kelapa sawit satu pusingan pun 25 tahun. Berilah pajakan tersebut kepada peniaga lain pulak.

Pajakan tanah Bandar perlu diharamkan terus melainkan melibatkan usahasama dengan GLC. Kawasan Bandar yang biasanya diwakili DAP, perlu diperhatikan dengan teliti. Hanya pajakan untuk pembangunan strategik, melibatkan GLC dan menguntungkan politik BN, pajakan tanah boleh dipertimbangkan. Ramai broker UMNO/BN sedang berkerjasama dengan pelabur Bumiputera dan bukan Bumiputera berusaha memohon tanah secara pajakan jangka panjang.

Melaka perlu menjalankan kajian mengenai status tanah pajakan mengikut tempoh, jenis perniagaan, pemajak, peluang pekerjaan yang telah dihasilkan, pajakan tanah yang tidak berjaya dibangunkan, tanah pajakan yang memohon untuk menjual, berapakah bilangan syarikat dan pengarah syarikat yang sama memohon pajakan dan memohon menjualnya,Parameter ini boleh dibincangkan dengan penuh terperinci.


Pengamal statistik Melaka, Datuk Akhbar Ali, rasanya akan bersedia membantu membuat stimulasi dan menyediakan laporan statistik, jika diberikan maklumat tersebut.. Penulis yakin banyak fakta yang akan memeranjatkan.

MELAKA BERCITA TINGGI DALAM POLITIK NEGARA

.


Ahli Parlimen Masjid Tanah,YB  Mas Ermieyati binti Haji Samsudin berhasrat untuk bertanding Ketua Puteri untuk menggantikan  YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin  yang telah melepasi had umur jawatan Ketua Puteri. Penulis tidak pasti kepopularati  beliau berbanding pengurusan atasan Puteri UMNO untuk berjaya di dalam pertandingan tersebut. Juga kebijaksanaan beliau untuk menguruskan dan memperkasakan Puteri UMNO. Kita kena lihat perkembangan dan kemajuan yang YB Mas bawa atau corak di Melaka. Jikalau kemajuan yang dibawanya seumpama `River Cruise’ yang terkenal di Malaysia,  maka layaklah YB Mas menerajui Ketua Puteri UMNO Pusat.

Ada juga blog blog yang bergosip YAB Datuk Wira Ir Idris Haron akan bertanding sebagai Ketua Pemuda. Atas sebab apa sekalipun, pada penulis pertandingan Ketua Pemuda akan berlaku dengan sengit sekali kerana YB Khairy Jamaludin pun popular di kalangan pemuda dan generasi muda.

Pada pandangan penulis yang tidak seberapa ini, mendapatkan jawatan Ketua Pemuda membolehkan penyandang duduk di dalam 7 barisan atasan UMNO iaitu Presiden, Timbalan Presiden, 3 Naib Presiden dan 2 sayap UMNO. Ada banyak lebihan duduk sebaris dengan pimpinan utama parti. Ingat tidak cara DS Anwar Ibrahim `naik’ di dalam UMNO dahulu.

Pada penulis, YAB Datuk Wira akan berhadapan dengan seorang calon sahaja jika bertanding Ketua Pemuda (melainkan Datuk Razali Ibrahim turut serta di dalam pertandingan). Manakala jika bertanding Naib Presiden, YAB Datuk Wira akan bersaing dengan Naib Presiden lain YB Datuk Dr Zahid Hamidi, YB Datuk Seri Shafie Afdal dan YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein atau beberapa calon baru.


Tahniah UMNO Melaka. Walaupun negeri kecil dan jumlah bahagian UMNO  yang  hanya `sebelah tangan’, pemimpinnya berjiwa nasional.

Sunday, 28 July 2013

RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI KEBANGSAAN DI JONKER WALK MELAKA?


 
Diberitakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat kebangsaan tahun ini akan di adakan di Melaka dan tentu sekali bukan diadakan di Jonker Walk.

Penulis harap sambutan tersebut di adakan secara sederhana kerana sambutan dijangka tidak akan semeriah dahulu. Pengundi dan penyokong DAP khasnya, PKR dan PAS kemungkinan besar tidak akan datang merayakannya. Kaum Cina adalah kaum yang ada pendirian. Mereka tidak akan menyokong program kerajaan BN Melaka khasnya apabila beberapa tindakan Kerajaan dilihat sebagai tindakan balas dendam. Tidak mungkin mereka begitu `gelojoh’ untuk datang dan makan free.

Pendirian penulis berlainan. Penulis akan jemput rakan rakan yang berbangsa Cina, India dan lain daripada parti komponen BN sahaja. Ahli BN boleh membawa kaum keluarganya. Penulis berpegang kepada prinsip memberi perhatian kepada Melayu, Cina dan India yang berparti dan penyokong BN sahaja, Bumiputera termasuk di Sabah dan di Sarawak. Senang untuk mengetahui samada pengundi di sesuatu kawasan menyokong BN atau sebaliknya. Penulis tidak mahu apa yang dikendong keciciran dan yang dikejar tidak dapat seperti kejar bayang bayang.

Ini akan memberi ruang kepada pengunjung Rumah Terbuka lebih keselesaan dan makanan yang secukupnya.


Apa pendapat GAP, PERKASA dan NGO Melayu Islam yang lain?

PEGUAM NEGARA `SWASTAKAN’ KERJA KERJA RAYUAN KES LIWAT ANWAR IBRAHIM.



Ramai yang terperanjat dengan keputusan Pejabat Peguam Negara untuk `outsource’ perkhidmatan guaman khasnya kes rayuaan Kerajaan / Pendakwa terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas tuduhan liwat DS Anwar Ibrahim terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan. Ini kes berprofil tinggi.

Pada penulis, ia salah satu usaha kepelbagaian mencontohi `blue ocean strategy’?

Jika kepakaran kurang di Pejabat Peguam Negara, ia satu langkah yang baik untuk mendapatkan pakar undang undang di luar dan menang di dalam kes itu.Ia juga baik sebagai `learning path’ oleh para pegawai pegawai di Pejabat Peguam Negara. Walaupun kosnya tinggi untuk mendapatkan perkhidmatan Datuk Shafee Abdullah, ia boleh dipelajari oleh ramai pegawai.

Bagus juga dilakukan di dalam pengubalan Akta Akta baru dan perubahan Akta Sediaada.Minta pakar termasuk para hakim dalam negara dan luar negara. Pakar undang undang swasta mungkin memperkenalkan approach yang berbeza dengan approach tradisi Peguam Negara.

Peguam Negara dan pegawainya mungkin sibok dengan kes pendakwaaan Lahad Datu dan Petisyen PRU13. Kesibokan dengan tugasan lain boleh menjejaskan konsenstrasi pegawainya mengendalikan sesuatu kes.

Dari segi `political milage’,ia tidak dilihat Kerajaan BN hendak membalas dendam terhadap DS Anwar Ibrahim kerana ia adalah kes diantara Anwar Ibrahim dan pembantunya. Tetapi atas dasar keadilan dan kepentingan umum, Peguam Negara mengendalikan kes tersebut tetapi dikendalikan oleh pakar luar.Ini adalah kerjasama dua pihak seperti mana Anwar Ibrahim mengupah pakar Australia dan Thailand membantu kes beliau.

Majoriti rakyat akan gembira dengan perlantikan DatukShafee Abdullah dan ia sedikit sebanyak menaikan maruah Pejabat Peguam Negara yang kelihatan tidak bermaya atau tidak berdaya dengan kritikan rakyat kebelakangan ini. Ini meunjukkan keseriousan Pejabat Peguam Negara memenangi kes.

Perbicaraan dijangka bermula pada 1 Ogos 2013 ini (jika tidak silap).Pasukan DS Anwar dikatakan memohon penanggohan kerana Ketua Pembelaan, Karpal Singh dimasukkan hospital menerima rawatan.DS Anwar diberitakan tidak gembira dengan perlantikan Datuk Shafee di dalam kes beliau. Mungkin satu lagi episod perbicaraan menghalang perlantikan Datuk Shafee dan akan berlaku drama penanggohan lagi.

Kes liwat ini sangat menarik bukan kerana Anwar Ibrahim tetapi ia membuka ruang perbicaraan yang sebenarnya. Rupa rupanya kita boleh mohon tukar Tuan Hakim, kita boleh tanggoh perbicaraan, kita boleh bantah keterangan seseorang, kita boleh mohon ahli pasukan pendakwa dilepaskan mendakwa dan pelbagai aspek perundangan.Pelajar undang undang amat bermenafaat mengikuti perbicaraan ini.Hampir semua pakar undang undang negara terlibat di dalam kes ini.Keterangan serta soalan mereka boleh di jadikan panduan kerja pengamal undang undang.

Thursday, 25 July 2013

TAN SRI ANNUAR MUSA DILANTIK PENGERUSI MARA

TAN SRI ANNUAR MUSA DILANTIK PENGERUSI MARA

Tahniah Tan Sri di atas perlantikan Pengerusi MARA.

Pada hemat penulis, ia perlantikan yang bersesuaian juga. Penulis lihat Tan Sri amat aktif di Parlimen dan pedas juga soalan dan jawabannya.


Tan Sri juga berjaya mentransformasi KAFA menjadi sebuah kelab yang dihormati dan yang lebih penting peminat telah kembali ke Stadium. Tan Sri mampu mengeluarkan penyokong tegar Kelantan dan bersedia menjelajah seluruh negara menyokong pasukan Kelantan.

HAPPY BIRTHDAY DS MOHD NAJIB TUN RAZAK

HAPPY BIRTHDAY DS MOHD NAJIB TUN RAZAK

Selamat Hari Lahir yang ke 60 pada 23 Julai 2013 kepada DS.

Semoga panjang umur, murah rezeki dan berbahagia sepanjang hajat.


Semoga dapat mentadbir Negara Malaysia dengan penuh kesejahteraan dunia dan akhirat.

ARSENAL LEBIH BERSIFAT KETIMURAN DARIPADA CHELSEA.



Penulis menonton siaran langsung perlawanan bolasepak persahabatan Arsenal dan Chelsea dengan pasukan / kelab dari Thailand, Indonesia dan Malaysia.

Pada dasarnya permainan mereka memang baik dan bertaraf tinggi.Pantas dan tangkas.Malaysia, walaupun bermain baik, perlu mengandakan permainan mereka jika mahu bertaraf seperti kelab antarabangsa itu.Malaysia perlu banyak `pegang bola’ jika sukar untuk menebusi bentang lawan.Tahniah Malaysia.


Di akhir perlawanan, penulis simpulkan Arsenal lebih bersifat ketimuran dan `appreciate local fan’ daripada Chelsea.Selain daripada bersalaman da nada pemain yang bertukar jersi, Arsenal lebih memikat peminat tempatan.Baner panjang menyatakan `terima kasih di dalam bahasa tempatan’ di arak oleh kesemua pemain sekeliling padang.Peminat tempatan teruja.Satu teknik pemasaran yang terbaik.

VIRGIN MEMBELI 60 PERATUS TIGERAIR


Diberitakan VIRGIN telah membeli 60 peratus saham TigerAir.

Penulis membuat research sedikit dan mendapati VIRGIN AIRLINES membeli 60 peratus TigerAir yang beroperasi di Australia.

Persoalan yang BELUM terjawab ialah adakah VIRGIN yang dimaksudkan milik Sir Branson manakala TigerAir di Australia ada kaitan dengan mana mana syarikat penerbangan di Malaysia, Singapura atau Indonesia.

Penulis merasa gusar sedikit jika pemilik VIRGIN dan Air Asia mungkin merancang untuk `merger and acquisition’ MAS, Firefly, MASWING, dan mungkin juga Malindo Air termasuk Tiger Air.

Selepas menguasai airlines tersebut, mereka boleh mencorakkan Mlindo Air untuk terbang pada `90km sejam atau 1000km sejam’. Maka terganggulah nanti matlamat Kerajaan di dalam industri penerbangan negara.


Teringat masa zaman belajar pemasaran dahulu di mana salah sebuah pesaing ZAITUN, yang sinomin dengan slogan `GUNA TANPA WAS WAS’, telah diambil alih dengan tujuan untuk melemahkan jenama ZAITUN di pasaran. Strategi sama boleh oleh Sir Bronson dan Tan Sri Tony kerana mereka `financially capable’.

PRK KUALA BESUT:TAN SRI MUHYIDDIN BERJAYAKAN BN. DATUK HUSAM TEWASKAN PAS LAGI.


BN berjaya mengekalkan kerusi DUN Kuala Besut.Calon BN Tengku Zaihan mencatitkan undi sejumlah 8288 dengan majoriti bertambah kepada 2592.

Tahniah kepada PM, TPM, YAB MB, DS Idris dan seluruh jentera BN yang bertungkus lumus dan berkampong di Kuala Besut.

Kemenangan berkat ini juga merupakan hadiah Hari Jadi PM yang ke 60 tahun. Harap harap sambutan Hari Raya Puasa akan lebih meriah sedikit buat penyokong BN.

Penulis berpendapat Pengarah Pilihanraya memainkan peranan besar mengendalikan sesebuah jentera pilihanraya.Untuk menang kena ada strategi dan tindakan.Kesilapan strategi membawa bencana.Itulah kelebihan Tan Sri Muhyiddin.

Datuk Husam sebaliknya terus tidak bernasib baik.Badi kekalahannya berterusan walaupun dibantu oleh jentera PAS Kelantan, Datuk Nik Aziz dan Ustaz Azhar Idrus.Penulis harap jangan dijadikan beliau sebagai `kambing hitam’ pulak kerana kekalahan PAS bukan faktor peribadi Datuk Husam sahaja bahkan PAS keseluruhannya.

Salah satu faktor kemenangan ialah pemilihan calon amat tepat dan seiring dengan kehendak pengundi Kuala Besut baik tua atau muda.Tengku Zaihan seorang yang `all rounder’ and mudah mesra sudah menjadi amalannya.

Cara berkempen pun harus menjadi contoh.Kempen ala Ramadan dan secara kecilan dan rumah ke rumah nampaknya efektif. PM tidak perlu turun padang dan berpestaan. Kempen menggunakan kaedah ini mungkin menyelesakan pengundi Kuala Besut dan tempat lain. BN lebih berjaya jika DAP dan PKR tidak terlibat secara aktif dan tiada fitnah menfitnah.

Penyokong YAB MB dan DS Idris perlu memberikan komitmen untuk terus bersatu.Jangan hanya kedua pemimpin yang sudah berbaik baik, penyokong pun kena lupakan pengsengketaan.Musuh kita hanya PAS PKR DAP bukan UMNO.

Para pemimpin berpengalaman Terengganu dan Pusat perlu membimbing YB Tengku Zaihan supaya dapat memberikan perkhidmatan yang baik kepada masyarakat Kuala Besut dan Terengganu.Jaga budi perkerti, rajin berkerja dan jauhi rasuah.PRU14 sudah dekat. Hulurkan perkhidmatan mulai esok.

Maka hilanglah angka terhangat berserinya nombor 16 16 yang matlamat utamanya ialah PAS mahu supaya politik Terengganu tidak berada di dalam keadaan tidak stabil.


Tugasan yang lebih berat lagi bagi YB Tengku Zaihan ialah men `convert’ lebih kurang 6000 penyokong PAS di Kuala Besut. Melalui analisis peti undi, kita akan tahu kawasan hitam atau kelabu bagi BN. Teruskan program mendekati mereka. Jangan hanya musim pilihanraya sahaja, nampak muka.

Saturday, 20 July 2013

PM BELUM KE KUALA BESUT LAGI KERANA KECEWA KEPUTUSAN PRU TERENGGANU?
Sebelum ini, penulis ada menulis tentang kelambatan PM untuk `turun padang’ ke Kuala Besut. Antara sebabnya kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin menjalankan tugas dan diperkuatkan fakta yang Kuala Besut adalah kubu kuat BN. Selain itu, calon BN mempunyai kelebihan daripada calon PAS dari segi personaliti, pendidikan, ketempatanan dan usia.

Apabila artikel tersebut dikeluarkan, ada juga suara suara yang berpendapat yang PM kecewa dengan rakyat Terengganu yang memberikan kepercayaan kepada PAS sejumlah 15 kerusi DUN dan 2 Parlimen. PM sedih kerana anak muda Terengganu yang bekerja luar Terengganu kurang percaya pada BN. Walhal terlalu banyak pembangunan yang dicurahkan kepada ibu bapa atau saudara mara mereka di Terengganu. Kita boleh lihat mutu Lebuhraya di Terengganu dan Lebuhraya di Kelantan.

Penulis percaya dan yakin PM kita memang sedih dengan keputusan PRU13 Terengganu kerana tiada elemen `syukur nikmat’ sebahagian rakyat Terengganu. Tetapi PM tidak akan tinggalkan Terengganu. Pada hakikatnya beliau sibok menjalankan tugas pentadbiran Kerajaan dan juga parti ketika Tan Sri Muhyiddin sibok di Terengganu. Mengendalikan dan memantau sessi Parlimen. Pengerak pelaburan strategik di ECER dan Londan.

Sesunggohnya Terengganu dekat di hati PM

Friday, 19 July 2013

DATUK IRMOHIZAM BIN IBRAHIM



BLUE EYE BOY DS NAJIB PADA MASAKINI
Siapa dapat menekan dengan tepat?



Berdasarkan penelitian penulis, sebelum ini, Datuk Hj Azeez Abd Rahim, adalah salah seorang Blue Eye Boy DS Najib. Hampir semua program yang di rancang oleh beliau, PM suka hadir.


Sekarang ini Blue Eye Boy PM ialah Ahli Parlimen Kuala Selangor YB DATUK IRMOHIZAM BIN IBRAHIM. Hari itu program 1M4U di Kuala Lumpur dan Londan. Seterusnya Majlis Berbuka Puasa. PM baru kembali dari PEKAN dan bersetuju ke Kuala Selangor. Dan banyak lagi sebelum ini.

Kekawan ada yang tidak bersetuju dengan pendapatpenulis. Mereka kata Omar Mustapha Ong layak di gelar Blue Eye Boy PM. Mungkin…….


TAPAK PELUPUSAN SAMPAH KRUBONG MENCACATKAN STATUS BANDARAYA BERSIH.



Melaka adalah sebuah negeri dan Bandaraya yang bersih, hijau dan penuh dengan sejarah. Melaka yang sekecil ini adalah pusat membelibelah dan ia dibuktikan dengan Melaka mempunyai 2 buah JAYAJUSCO, 2 buah TESCO, 2 buah MYDIN HYPERMARKET / SUPERMARKET, 2 buah GIANT HYPERMARKET / SUPERMARKET, 2 buah PARKSON dan 2 buah ECONSAVE.

Melaka mempunyai berpuluh Muzium dan 3 pusat rekreasi tema air. River Cruise nya amat memikat para pelancong yang datang ke Melaka. Sekurang kurangnya ada 2 hospital pakar. Sekarang berusaha menjadikan Melaka sebagai MEGA SHOWCASE PERTANIAN khasnya jagung dan padi beras wangi.

Kepesatan pembangunan kependudukan menghasilkan sampah sarap dan ketika ini sampah sarap di Melaka Tengah di lupuskan di Tapak Pelupusan Krubong. Ia terletak sebelahan dengan Lebuhraya Ayer Keroh ke Sg Udang/Masjid Tanah. Tapak ini juga berhadapan dengan Balai Polis dan kediamannya juga Stadium Hang Jebat.

Dukacitanya bau serta pemandangannya kurang enak. Tapak ini terlalu open. Dari tepi Lebuhraya tiada pokok yang menghalang pandangan Tapak atau `trap’ bauan harum sampah sarap. Di dapati kolam yang di bina di kumpulkan sapah sarap seakan akan sampah sarap tersebut di `ferment’kan untuk menghasilkan gas.



Pengumuman pembukaan tapak pelupusan baru di Sg Udang sudah di buat. Diharap dipersegerakan projek Pelupusan Sampah yang baru di Sg Udang dan penutupan tapak lama di Krubong.

RAKYAT KUALA BESUT NAK JUMPA DAN DENGAR SUARA PM KITA


Sejak Hari Penamaan Calon pada 12 Julai yang lalu sehingga 19 Julai 2013, PM kesayangan belum turun ke Kuala Besut untuk membantu kempen PRK ini. Beliau mungkin mendengar laporan harian dari Pengarah Jentera Piliharaya BN, Tan Sri Muhyiddin. Juga memberikan restu kepada Tengku Zaihan sebagai calon secara jarak jauh. Tengku Zaihan belum sempat mengucapkan terima kasih kepada PM secara peribadi dan 4 mata. Meluluskan peruntukan mendalamkan kuala sungai RM250 juta pun secara jauh.

Penulis yakin PM akan turun padang juga di dalam masa terdekat ini dan menyemarakkan lagi `confident level’ jentera BN dan kepercayaan rakyat Kuala Besut.

Langkah melambatkan `turun padang’ mempunyai banyak taksiran. Ia boleh juga  ditaksir sebagai memberikan sepenuh kepercayaan kepada YAB Tan Sri Muhyiddin, YB Datuk Idris Jusuh, YAB Datuk Ahmad Said, bakal YB Tengku Zaihan dan ahli BN/UMNO tempatan mencorakkan jentera parti untuk menang di Kuala Besut.

Ataupun dirasakan Kuala Besut merupakan kubu kuat UMNO, kelebihan calon BN daripada PAS dan kebarangkalian untuk menang agak tinggi. Jesteru itu PM tidak mahu merosakkan program yang sedang dijalankan. Kadang kadang orang tempatan lebih efektif mempengaruhi pengundi tempatan.

Atau ia merupakan strategi politik BN dimana jentera BN akan mengumpulkan segala permasalahan dan dikaji sedalamnya dan di ulas oleh PM sehari sebelum Hari Mengundi Awal 20 Julai dan Hari Mengundi 24 Julai 2013.

Seperti dimaklumi, kemenangan BN di Kuala Besut amat penting untuk kestabilan politik di Terengganu. Kemenangan BN memberikan impak besar kepada PAS.

Kelazimannya kedatangan PM dan negarawan Tun Dr Mahathir `menyelesakan dan mengembirakan’ rakyat Kuala Besut.


Thursday, 18 July 2013

DATUK NUR JAZLAN BERTUGAS SEBAGAI PENGERUSI PAC

Panjang umur Datuk Nur Jazlan. Baru mengupas mengenai UDA dan YB Datuk Johari sebentar tadi, beliau diangkat ke jawatan Pengerusi PAC. Jawatan ini dahulunya di pegang oleh Datuk Seri Azmi Khalid. Anyway. Tahniah Datuk.

Antara tugas PAC ialah…..
  • the accounts of the Federation and the appropriation of the sums granted by Parliament to meet the public expenditure.
  • such accounts of public authorities and other bodies administering public funds as may be laid before the House.
  • reports of the Auditor-General laid before the House in accordance with Article 107 of the Constitution.
  • such other matters as the Committee may think fit, or which may be referred to the Committee by the House.
  • the accounts of the Federation and the appropriation of the sums granted by Parliament to meet the public expenditure.
  • such accounts of public authorities and other bodies administering public funds as may be laid before the House.
  • reports of the Auditor-General laid before the House in accordance with Article 107 of the Constitution.
  • such other matters as the Committee may think fit, or which may be referred to the Committee by the House.
Sumber:Parlimen Malaysia

Berat juga tugas dan tanggongjawab PAC ini kerana ia melibatkan projek yang besar, VIP dan melibatkan ahli Parlimen Pembangkang. Imbangan perlu dianuti sebagai Pengerusi.


Selamat bertugas Datuk.


Ramai yang menunggu giliran Datuk Raja Nong Chik dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam diberikan tugasan. 
INI KALI LAH ALVIN DAN VIVIAN

Semua tahu pasangan muda Cina ini amat biaDAP dan sedang di `ambil keterangan’ sebelum didakwa.

Insiden ini telah dibangkitkan di Parlimen dan Alhamdulilah Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim menyokong tindakan tegas keatas pasangan muda Cina ini.


Ringkasnya, semua pihak mesti secara bersepadu `educate’ pasangan ini. Rakyat Melayu dan Islam khasnya dah marah dan desak diambil tindakan. Ahli Parlimen BN sudah suarakan di Parlimen manakala Pembangkang telah turut mengutuk tindakan pasangan itu. SKMM, PDRM dan Pejabat Peguam Negara telah dan sedang mempersiapkan kertas dakwaan. Hanya menunggu keputusan Yang Arif. Penulis `looking forward’ denda dan penjara untuk `educate’ rakyat Malaysia erti rukun negara sebenar. 
Sehingga petang tadi, Alvin dan Vivian telah didakwa di Mahkamah dan pasangan tersebut tidak mengaku salah. Tahniah Yang Arif. Mereka tidak boleh dijamin dan perlu bermalam di Penjara Sg Buluh dan Penjara Kajang.

KARIER POLITIK DATUK NUR JASLAN SAMAR SAMAR


Datuk Nur Jaslan adalah anak kepada Allahyarham Datuk Mohamed Rahmat, seorang lagenda UMNO, Allahyarham Dato Mohamed Rahmat. Selain daripada menjadi Ahli Parlimen Pulai, beliau dilantik menjadi Pengerusi UDA. Kontrak perkhidmatan beliau tidak disambung dan digantikan oleh YB Dato Johari Abd Ghani, Ahli Parlimen Setiawangsa.

Semasa menjawat Pengerusi UDA, ada juga kontroversi yang berlaku. Pembangunan PUDU dan perletakan jawatan Pengarah Urusan UDA secara  mengejut. Secara ringkas, tiada kejayaan yang boleh dibanggakan dari segi prestasi kewangan, agenda Bumiputera (mungkin ada kekangan lain), pembangunan usahawan (di permasalahankan lagi dengan kerja ubahsuai Plaza Bukit Bintang yang memaksa penutupan lot dan perniagaan) dan pembangunan modal insan. Mungkin pembangunan semula PUDURAYA kepada PUDU SENTRAL atau UTC PUDU SENTRAL suatu penghasilan yang terbaik buat Datuk Nur Jaslan.

Datuk NurJaslan pernah dikaitkan jawatan MB Johor tetapi tidak ada rezeki walaupun dikatakan mesra dengan Istana Johor. Beliau juga `vokal’ terhadap Tun Dr Mahathir ketika negarawan tersebut `berkecil hati’ dengan Tun Abdullah. Mungkin hasil vokal beliau dan juga Allahyarham Dato Mohamed Rahmat terhadap negarawan, Tun Abdullah nampak `kecermelangan’nya dan melantik menjadi Pengerusi UDA.


Dalam PRU13 yang lalu, Datuk Nur Jaslan berjaya menewaskan Naib Presiden PAS, Sallehudin Ayob ak Din Puduraya. Dengan kurangnya beban kerja di peringkat nasional, tumpulah perhatian di Parlimen Pulai. Gunalah pengalaman di UDA untuk menguruskan baik Parlimen Pulai supaya PRU14 nanti, BN akan berjaya dengan lebih cemerlang lagi.

UDA DAPAT PENGERUSI BARU


TAHNIAH YB Datuk Johari Abd Ghani, ahli parlimen Titiwangsa di lantik Pengerusi UDA yang baru berkuatkuasa 8 Julai 2013.

Penulis berpendapat perlantikan beliau amat sesuai berdasarkan pengalaman korporat dengan KFC seketika dahulu. Dengan membesar di Kuala Lumpur sekian lama, beliau faham projek hartanah yang perlu dibangunkan sekarang, esok dan lusa. Kawasan yang mana agak strategiK dan bermenafaat kepada Bumiputera. UDA boleh membantu pembangunan Kg Baru.

Di Parlimen baru baru ini, beliau mencadangkan Kerajaan memperuntukkan RM200juta-RM300juta setahun untuk membeli tanah tanah di Kuala Lumpur. Satu idea yang baik. Lebih baik peruntukan yang tidak mendatangkan dividen politik dikurangkan dan diagihkan untuk membeli tanah tanah.

                            

Wednesday, 17 July 2013

KEPESATAN INDUSTRI PENERBANGAN NEGARA. KEKURANGAN JURUTERBANG.



Penulis mengetahui satu kejadian telah menimpa MASWING melalui perbahasan di Parlimen baru baru ini. MASWING terpaksa memberhentikan perkhidmatan beberapa hari kerana ketiadaan juruterbang. Bukan ada mogok oleh juruterbang  tetapi pemberhentian beramai ramai juruterbang MASWING kerana mendapat tawaran yang lebih menarik daripada Air Asia dan Malindo Airlines.

Ini lah akibat daripada perkembangan pesat industri penerbangan negara. Malindo Airlines diberikan kelulusan beroperasi di dalam negara dan luar Negara. Seharusnya ia memerlukan lebih ramai juruterbang. Inilah pepatah Inggeris kata `Every action there is reaction’.

Penulis harap pihak berkuasa kena mengawasi perkembangan `job hopping among pilot’ kerana ia boleh memberikan keburukan perniagaan kepada industri.



Boleh ke juruterbang dikenakan syarat seperti pekerja bank, di mana pengurusan atasan bank dan pertengahan tidak dibenarkan `melompat’ ke sebuah bank yang lain???. Mungkin ia membantu airliner menyusun gunatenaganya dengan lebih teratur. Di samping itu. Airliner perlu `competitive’ di dalam pengajian. Kelab Penerbangan atau Akademi Latihan Penerbangan perlu mengeluarkan lebih ramai juruterbang. Kos latihan mesti dikurangkan. Adalah wajar, Kerajaan mengambil bahagian yang aktif di dalam latihan juruterbang. Wujudkan usahasama dengan  swasta Kolej atau Universiti Penerbangan merangkumi latihan juruterbang.

GELAGAT AHLI PARLIMEN..LANGSUNG DARI PARLIMEN…9 JULAI LALU





Penulis berkesempatan menonton sessi langsung Parlimen jam 10 pagi.

YB Datuk Nancy Sukri, layak berbahas di parlimen. Jawaban YB amat spontan dan amat sedikit mengikut teks yang di sediakan. Beliau boleh menjawab kes Keretaapi Laju dan MRT yang berada di Semenanjung walaupun beliau berkhidmat, berasal dan tinggal di Sarawak.

Datuk Aziz Karpawi pula bergantong kepada teks sebanyak 70 peratus ketika menjawab persoalan dari Ahli Parlimen pembangkang. Beliau perlu lebih yakin. Penulis memuji Datuk Razali Ibrahim (sessi 16 Julai) yang lebih berpengalaman di Parlimen. Jawaban beliau menyakinkan.

Satu perkara yang perlu di ingati oleh Ahli Parlimen BN ialah apabila di soal `atas bawah dan bertubi tubi’, Ahli  Parlimen yang bersedia dengan `homework’, biasanya tidak akan menghadapi masalah. Malah pihak lawan pun takut apabila mereka salah menyoal.


YB Datuk Tajuddin Abd Rahman pula menggunakan `sikap garang dan panas baran’ di dalam jawaban beliau, walaupun kepada Ahli Parlimen BN. Itu cara tersendiri.

Monday, 15 July 2013

BLUE EYE BOY DS NAJIB PADA MASAKINI

BLUE EYE BOY DS NAJIB PADA MASAKINI
Siapa dapat menekan dengan tepat?



Berdasarkan penelitian penulis, sebelum ini, Datuk Hj Azeez Abd Rahim, adalah salah seorang Blue Eye Boy DS Najib. Hampir semua program yang di rancang oleh beliau, PM suka hadir.


Sekarang ini Blue Eye Boy PM ialah ..........tunggu esokkkkkkkk

16 16 (KEMPEN PAS) ANGKA TERHANGAT



 

16 16  (KEMPEN PAS) ANGKA TERHANGAT

Sejak kebelakangan Pakatan Pembangkang suka kepada angka.

Mereka mempersoalkan angka peratusan undi popular tetapi lupa kepada jumlah kerusi yang BN perolehi iaitu 133 kerusi Parlimen. Mereka melebel perhimpunan haram BLACKOUT 505. Mereka suka kepada Bersih 1, Bersih 2 dan Bersih 3. 16 9 (16 September) dan banyak lagi.

Kini timbul 16 16 di Kuala Besut. Secara ringkasnya mereka mahu menang di Kuala Besut dan ia menjadikan kedudukan kerusi di DUN Terengganu seri.


Tetapi di kalangan kaum Cina di kampong penulis, mereka sedang berpesta. Mereka berkejaran ke kedai agensi ramalan nombor seperti 4 D, Xa Ma Cai, Sport Toto dan ekor haram, membeli nombor 16 16. Mereka berjudi dan bertaruh kerana PRK ini. Ramai dikalangan mereka harap 1616 akan dapat FIRST PRICE.