Tuesday 2 July 2013

JONKER WALK. TINDAKAN BERMOTIFKAN POLITIK?


 Minggu lepas isu Jonker Walk heboh satu negara.

Kerajaan Negeri Melaka menetapkan akan/telah membuka Jalan Jonker Walk untuk mengatasi kesesakan lalulintas di Bandar Melaka. Apabila jalan tersebut dibuka untuk lalulintas, Pasar Malam Jonker Walk tidak boleh diadakan di atas jalanraya. Peniaga mesti berniaga di pejalan kaki kedai kedai.

Pembukaan jalan ini menimbulkan rasa diskriminasi oleh Kerajaan terhadap peniaga Cina di sana. Kebetulan, rancangan ini dibuat selepas PRU13, di kawasan kerusi yang dimenangi DAP dan melibatkan peniaga Cina sahaja. Ini, menurut Tony Pua dan Lim Kit Siang sebagai tindakan bermotifkan polilitk.

Tindakan bermotifkan politik berlaku di mana mana baik di negeri yang diterajui oleh Pakatan mahupun BN. Setiap tindakan ada justifikasinya dan dibenarkan.

Sebagai contoh, di Pulau Pinang, Kerajaan DAP telah merobohkan gerai makanan peniaga Melayu, Mamu, Mamak dan India ( ada satu dua peniaga Cina sahaja). Ia diroboh kerana kesesakan lalulintas dan kotor sebagai justifikasinya.

Dari sudut lain pula, Kerajaan DAP meluluskan pembinaan perumahan kos mewah di Bandar Bandar dan secara logiknya orang Melayu tidak akan mampu membelinya dan menafikan orang Melayu/rakyat berpendapatan rendah tinggal di Bandar.

Tindakan politik juga berlaku apabila kontroktor yang pro UMNO tidak lagi mendapat projek kurniaan atau di halang menyertai tender tender kerajaan. Mereka tidak disenarai pendek atau tidak dijemput menyertai tender.

Amalan ini diteruskan oleh Kerajaan DAP yang bercadang melaksanakan projek Terowong Laut RM 8 bilion dimana kroni kroni seperti Juteras Sdn Bhd, Idrus Ibrahim, Sonny Ho, Goh Choon Lye, Belleview Group dan banyak lagi (sila baca The DAPinsider) terlibat secara aktif. Ini juga tidakan bermotifkan politik dan pengalakan penggunaan kroni.

Di Selangor, Logi Rawatan Langat 2 adalah contoh terbaik tindakan bermotifkan politik oleh Kerajaan PKR Selangor terhadap BN. Justifikasinya ialah tiada kewajaran untuk membina kerana bekalan air terawat di Lembah Klang mencukupi. Dari sudut lain, PKR takut, projek ini diberikan kepada kroni UMNO/BN. Impaknya amat besar berbanding Jonker Walk.

Di Kedah, fahaman politik PAS dan DAP mengizinkan Kerajaan Kedah `menderma’ air ke Pulau Pinang. Apabila BN mengambilalih Kedah, MB bercadang untuk menjual air ke Pulau Pinang sepertimana Melaka membeli air Johor dan Singapura membeli air Johor dan Indonesia (?). Ini juga boleh diertikan sebagai tindakan bermotifkan politik walaupun ia suatu bisnes.

DiKelantan, royalti minyak Petronas juga dikatakan tindakan bermotifkan politik oleh BN terhadap PAS. Walaupun ada justifikasi seperti perjanjian dan penerangan serta pertimbangan Mahkamah, bagi sesetengah pihak ia adalah tindakan bermotifkan politik.

Malah ia berlaku di dalam UMNO sendiri. Apabila Ketua Menteri Melaka bertukar tangan, kroni lama di ketepikan dan timbullah kroni atau anak kesayangan baru. Tetapi Mustapaha Omar Ong, penasihat PM kita boleh hidup di dua alam, zaman Tun Abdullah dan DS Najib.

Isu Jonker Walk ini membawa banyak rahmat. Ia membuka kepada kebaikan dan keburukan kepada kaum Melayu Islam dan Bumiputera. Puak puak DAP sedang mencanang supaya Bazar Ramadan ditutup di Pulau Pinang atau di negeri negeri yang mereka perintah.

Pada hemat penulis, orang Pulau Pinang kena berkorban sedikit demi kelansungan dan kebangkitan Melayu. Jikalau tahun ini tidak dapat berniaga di Bazar Ramadan, jadilah seorang pengguna.

Kerajaan BN pula perlu mengambil langkah dengan menutup kedai agensi nombor ramalan terutamanya bulan Ramadan yang mulia atau `consolidate’ satu tempat. Rumah rumah urut dan hotel bajet yang berpaksikan perkhidmatan seks di tutup rapat. Taukeh taukeh AhLong mesti di cari dan dibekukan perniagaannya. Pusat minuman arak mesti di `consolidate’ dan dikurangkan setiap tahun.

Semoga isu Jonker Walk member rahmat kepada orang Melayu.

1 comment:

  1. Saya amat sokong kewibawaan KM Melaka.. jgn lembik mcm pemimpin UMNO lain yg kemarok jilat kaki CINA.. xde kredibiliti untuk membela hak rakyat, jauh sekali hak Melayu.

    Isu Jonker Walk ini menunjukkan Cina amar RACIST dan mereka boleh lakukan apa shj wpun pemimpin berkuasa itu Melayu. Berbeza dgn Pulau Pinang.. org Melayu hanay spt TIKUS yg berkeliaran, bila lihat anjing, pakat lari bertempiaran.. Anjing (LGE dn Rejim nya) akan buat apa shj sehingga TIKUS2 (Melayu dan Mamak) hanya sekadar patuh!!

    Republik Pulau Pinang contoh ZALIM dan ULTRA RACISM DAP!!

    ReplyDelete