Saturday 4 May 2013

SELAMAT MENGUNDI EMAK TERSAYANG




Penulis mengucapkan selamat mengundi kepada emak tersayang, Fatimah Jaafar. Ibu penulis berusia 70 an sedang uzur. Penulis harap adik adik akan membantu beliau pergi mengundi. Gunalah Kerusi roda yang ada. Undi  emak sangat mustahak. Satu undi emak itu membantu kemenganan calon BN. Dengan Kerajaan BN berkuasa di Malaysia, keselamatan, kemajuan, aman damai, kestabilan, insyALLAH dapat di teruskan.

Emak penulis masih terus menerus menerima pencen arwah Abah, Hj Abdul Rahim Abdul, bekas Guru Besar. Emak mendapat kemudahan kesihatan hospital kerajaan. Emak mendapat bekalan ubat setiap 3-4 bulan, begitu juga pemeriksaan pakar penyakit Hepetatis C dan lutut.

Penulis harap emak akan terus menyokong UMNO selagi ada hajat selaras dengan pendirian arwah Abah. Emak pergilah mengundi kejap kerana suasana politik Negara pada masakini amat membimbangkan. Pertandingan amat getir. Pembangkang terlalu agresif dan main kotor untuk menang. Menurut Tun Dr Mahathir, ikon keluarga kita, DAP sebuah parti rasis dan telah berjaya mempengaruhi sebahagian besar pengundi Cina menyokong pembangkang. Orang Cina sekarang untuk menguasai Malaysia melalui atau bantuan PAS dan PKR.

Emak
Penulis amat bimbang cucu cirit emak yang melebihi 30 orang, untuk mendapat rumah mudah milik, peluang mendapatkan pelajaran, harga barang yang stabil, kuasa mengeluarkan pendapat, peluang pekerjaan (tengok sekitar. Orang Cina yang mempunyai kilang menawarkan kerja bawahan kepada orang Melayu. Jawatan pengurusan atasan tiada untuk orang Melayu) dan macam macam kemungkinan, jikalau Pakatan Rakyat atau Pembangkang memerintah Malaysia.

Penulis juga hairan ramai juga anak anak muda Melayu khasnya yang terpengaruh dan menyokong PKR, DAP dan PAS.

Emak pun sedia maklum kisah moral DS Anwar Ibrahim. Minat beliau kepada lelaki dan pelacur Cina. Berpegang kepada idealogi yang songsang dan bahaya kepada Islam. Idealogi pruralisma dan mengadai Kalimah Allah serta murtad. Beliau berkawan rapat dengan orang Yahudi di Amerika untuk mendapatkan nasihat dan dana. Sikap ultra untuk menjadi PM, beliau menghalalkan keganasan dan huru hara. Ada cerita beliau dan team beliau merancang melakukan sabotaj semasa dan selepas PRU. Antaranya provokasi dalam bilik mengundi kerana pengundi hantu dan dakwat kekal, cubaan mengodam komputer JPN, SPR, JPM dan jabatan lain. Semasa tempoh kempen ini, ada berlaku bom kecil, kes merosakkan kenderaan parti lawan dan pergadohan.

Emak
Bak kata pesanan arwah abah, DAP adalah satu parti yang sepatutnya haram atau najis kepada orang Melayu Islam. Mereka adalah cerminan syaitan yang memandang rendah Raja dan orang Melayu. Orang Melayu wajib tentang DAP kerana DAP anti Islam dan mengalakkan perkara batil kepada orang Islam. Mereka terang terang tolak Islam. Contoh kecil, Teresa Kok cuba menghalang laungan azan dan proses memurtadkan orang Islam. Menyokong penjualan arak di 7 elevan dan pusat urut dan pusat arak di kawasan majoriti Islam di Selangor. Tidak payah cerita pasal usaha menghapuskan hak istimewa orang melayu.

Emak
PAS pula bersekongkol dengan DAP dan PKR untuk menjatuhkan BN, parti keluarga kita sejak 50 tahun yang lalu. PAS adalah sebuah parti politik seperti UMNO dan BN. Islam adalah pegangan ahli dan penyokong PAS dan juga UMNO. PAS menggunakan Islam sebagai daya penariknya tetapi UMNO mertabatkan Islam. PAS turut bertanggongjawab memecah belah umat Islam di Malaysia. Akhir akhir ini, pemimpin PAS mengeluarkan fatwa songsang dan merosakkan akidah. Penyokong PAS ramai yang ganas kerana taksub kepada pemimpin. DiPerak, ada yang sanggup berbaring di tengah jalanraya untuk menghalang kenderaan Raja Muda Perak untuk upacara angkat sumpah MB Perak.

Sayang ku Emak,
Atas dasar politik, perjuangan hudud diketepikan kerana desakan DAP. Kalau kita amati betul betul, PAS telah menerima `balasan awal’dari yang Maha Esa. Dulu PAS ini mengkafirkan UMNO kerana berkawan dengan MCA dan MIC. Penyokong PAS telah melebalkan orang Melayu UMNO yang beragama Islam sebagai seorang kafir. Besarnya dosa pemimpin PAS ini jika mengkafirkan orang UMNO Islam sebagai kafir, tidak diterima ALLAH SWT. Slogan ini diterapkan dan dipaksikan kepada ahli, penyokong dan anak anak di Tadika PASTI.

PAS terus mempolitikkan UMNO menolak hudud dan anti Islam buat tempoh yang lama juga. Itulah yang meyakinkan ahli PAS. Jumlah ahli PAS pun menambah dan sokongannya mengembang.

Dengan kuasa ALLAH SWT, suasana politik berubah. PAS bergabung di bawah bumbung Pakatan Rakyat. PAS telah ketepikan matlamat hudud di dalam perjuangannya. PAS terpaksa berkawan pulak dengan DAP. Segalanya di `terbalikkan’ kepada PAS. Sedar ke tidak PAS ini.

Betul dan tepat sekali pandangan arwah Abah tentang PAS. Inilah cabaran orang Islam UMNO sebenarnya. PAS mempunyai banyak pengaruh dan ramai cerdik pandai menganggotainya. Mereka telah menutup hati mereka untuk menerima pendapat orang lain. Macam robat, mereka hanya ikut cakap pemimpinnya. UMNO kafir, mereka setuju. PAS ubah hudud kepada Negara kebajikanan, mereka OK. PAS kawan baik dengan PKR / DAP dibolehkan, mereka gembira. Suruh sertai BERSIH, mereka pergi dan turut serta membuat kecau dan merosakkan harta awam dan kesesakan lalulintas. Suruh sokong DS Anwar Ibrahim yang pro Yahudi, pro LBGT, peliwat, perasuah, mereka barisan hadapan. Hanya ALLAH sahaja yang tahu balasannya mereka yang songsang.

Emak
Marilah kita doakan BN menang PRU 13 ini dengan cemerlang. Semoga pemimpin PAS kalah di Cempaka dan Pasir Mas, Putrajaya dan Salor, Rhu Redang dan Marang, Pendang, Pulai dan Nusajaya, Shah Alam juga Arau. Semoga Kau takdirkan PAS kalah di Kelantan dan Kedah khususnya.

Ya Allah, Kau menangkan calon BN di Gelang Patah, Bagan dan Air Putih, Bukit Gelugor, Puchong, Kepong dan kalahkan calon DAP di Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak dan Perak terutamanya.

Bantulah calon BN di Permatang Pauh, Lembah Pantai, Gombak Setia dan Bukit Antarabangsa, Batu, Pandan, Serbak Bernam, Pelabuhan Klang dan menangkan calon BN Selangor.

Semoga emak panjang umur, diberikan kesihatan dan murah rezeki. Ingatan dan doa kepada emak senantiasa.

SELAMAT MENGUNDI BN. 

1 comment:

  1. Tahniah dan syabas.... kepada Blog Sekadar Pandangan yg memiliki jiwa dan semangat Melayu yang tinggi dan cemerlang demi kepentingan agama,bangsa dan negara untuk kesinambungan pemeliharaan, pemuliharaan dan pembangunan negara ke perpaduan bangsa dan kemajuan negara. Syabassss...... kami doakan semoga ibu anda sembuh.

    ReplyDelete