Wednesday 8 May 2013

TERENGGANU PERLU MB YANG BARU?


Datuk Ahmad Said baik orangnya `politically’ dan diterima ahli UMNO melainkan segelintir kumpulan Idris Jusuh. Selain faktor pengundi Cina, faktor orang muda dan Bandar, masalah dalaman UMNO ( seperti perbalahan sesama ahli UMNO dan calon tua seperti Datuk Nasir dan beberapa lain)  juga menyebabkan kekalahan  BN.
Penulis berpendapat dengan cabaran arus baru orang muda di Terengganu dan Luar Terengganu, jawatan MB harus diberikan kepada mereka yang berjiwa muda. Jika Datuk Ahmad Said kekal menjadi MB, beliau perlu merombak strategi menawan hati orang muda.

2 comments:

  1. Kita tidak harus mengimbangi kuasa dan rasa orang muda berdasarkan emosi semata-mata atau takut kuasa terus terlucut sedangkan apa yang perlu dilhat dan mencari punca segala masalaah dari benih bukan dari pokok yang sedang sudah disirami baja.
    Soal siapa MB Terengganu harsu dilihat sebagai satu cerita lain malah yang paling perlu dilakukan barisan exco yang seimbang dianatar orang tua dan muda kerana setiap pengalaman berharga orang tua dapat diperturunkan kepada orang muda dan langkah ini lebihwajar dilakukan demi kesinambungan kerajaan BN yang ada masa ini.

    Selamat berjuang Dato Ahmad Said

    ReplyDelete
  2. Berapa kali pilihanraya lagi kita asyik dok salahkan pengundi muda , pengundi cina dan clon tak sesuai . Dah 2 kali PRU , alasan yang sama kedengaran.

    Pandang dalam cermin dan tengok dalam diri kita sendiri , tengok apa yang salah dalam diri kita sebelum kita halakan telunjuk kita pada faktor luar .

    Siapa yang pengundi mula-mula harapkan untuk mendapat bantuan?? Siapa yang berperanan mendekatkan pengundi kepada BN ?? Perdana Menteri ker Menteri Besar ker JKKK kat kampung ??

    BN tak yah cerita pasal menarik golongan muda jika di peringkat kampung masih lagi ditadbir oleh pemimpin yang dah lama pencen . Pemimpin masyarakat yang tua ni nak menarik golongan muda ??? Nak serahkan tugas ni kepada golongan Pemuda UMNO yang rata2 tak berpelajaran dan terlalu banyak berpolitik . Ingat orang muda suka ker ??

    Itu baru satu faktor . Ada berlambak lagi faktor dalaman BN yang menyebabkan rakyat Terengganu menolak BN . Terengganu amat unik dari segi lanskap politik . Faktor politik diperingkat kebangsaan kurang memberi kesan kepada Terengganu . sebaliknya faktor dalam negeri Terengganu yang memberi kesan pada keputusan PRU .

    Mustahil DUN Bandar BN kalah di semua peti undi jika tidak ada orang UMNO dan MCA sendiri undi kepada pihak lawan .

    Kaji semula struktur organisasi UMNO dan BN dan lebih fokuskan keperingkat cawangan dan JKKK ( FRONT LINE ) , kalau nak menang dalam PRU14 lah .......

    ReplyDelete