Penulis merujuk kepada penulisan oleh Elly Fazaniza `An
Insult to Johor Sultan? di The Sun, muka surat 2 bertarikh Disember 30, 2013
mengenai keberanian atau `gentlemen’ Tan Sri Muhammad Ali Hashim (Tan Sri Ali),
Presiden Dewan Usahawan Islam Malaysia.
Penulis tiada niat untuk mencampuri `kecil hati’ masing
masing kerana kedua dua insan amat penulis hormati.
Penulis mengulas `tekanan politik’ dan `tekanan istana’
di dalam perniagaan Perbadanan Johor atau Johor Corporation (JCorp), yang
menyebabkan Tan Sri Ali semua meletakkan jawatannya di dalam JCorp dan Syarikat
tersenarai dan tidak tersenarai.
Selepas Tan Sri Ali meletakkan jawatan, beberapa nama
penganti telah dicadangkan. Kelazimannya budaya JCorp `prefer’ pegawai dalaman
JCorp mengalas jawatan tersebut tetapi nama CEO Tabung Haji disebut sebut telah
menerima perkenan Sultan Johor. Apabila Datuk Ismee menolak tawaran tersebut,
barulah nama Datuk Kamaruzaman
ditonjolkan.
Pada pendapat penulis, antara faktor yang menyebabkan
berlakunya `perselisihan orang politik atau pihak istana atau gabungan orang
politik dan Istana dengan Tan Sri Ali ialah kecenderongan Kerajaan Negeri Johor
khasnya Datuk Ghani Othman, menswastakan syarikat syarikat JCorp yang
berdayumaju, penggunaan strategi `Wakaf Korporat’ yang keterlaluan untuk
mengelak syarikat diswastakan, strategi korporat KFC dan QSR menurut cara JCorp
yang tidak menafaatkan politik dan mungkin Istana, campur tangan Istana yang
tidak dapat dipenuhi oleh JCorp atas sebab dasar dan undang undang penubuhan
JCorp.
Teringat masa dahulu. Tuanku Sultan Iskandar akan
mencemar duli jika JCorp menganjurkan Lumba Kereta di Litar Pasir Gudang dan
Pesta Layang Layang.
Kemuncuk kemelut bermula sejak pengambilanalih KFC dan
QSR Brands oleh JCorp dan Kulim Berhad. Apabila syarikat makanan segera menjadi
sumber kewangan yang baik, dan di uruskan cara JCorp, harga saham mengukuh, menarik minat ramai pelabur
untuk membeli atau mengawalnya.
Penulis silap dengan andaian bahawa dengan meletakkan
jawatan sebagai Ketua Eksekutif dan Presiden JCorp dan KFC dan QSR Brands,
segala perselisihan faham dan dendam dengan orang politik dan pihak Istana, telah terhurai dan terhenti. Tetapi
sekam api membara besar. Mana tidaknya, Tan Sri Muhammad Ali menulis satu
artikel di Sinar Harian, sebuah akhbar condong pembangkang dan di miliki ahli
PAS, bertajuk Menuntut Hak Menebus Masa Silam,
yang sedikit sebanyak menyentuh perihal Istana.
Tan Sri Ali dikatakan telah menulis kepada Ybhg Datuk
Rahim Ramli, Setiausaha Jemaah DiRaja Johor, memohon izin untuk memberikan
penjelasan mengenai artikel tersebut ke bawah Duli Tuanku Sultan Ibrahim.
Mungkin Kebawah Duli Tuanku murka tetapi tidak diketahui ramai.
Tan Sri Ali bertindak pantas di dalam halnya dengan pihak
Istana. Tan Sri Ali memulangkan 3 Pingat Gelaran Kebesaran Johor (SMJ, DPMJ dan
SPMJ) kepada pihak Istana. Mungkin Sultan Johor sedang/akan menarik balik
pingat kebesaran seperti yang berlaku baru baru ini kepada Ketua Eksekutif
Yayasan Johor. Sebelum ia memalukan Tan Sri Ali, pemulangan pingat kebesaran dilakukan.
Tindakan ini memberikan tamparan kepada pihak Istana dan seperti kata Prof Dr
Shad Saleem Faruqi, yang mengulas `it would be indeed be regarded as ”impolite
and disrespectful” , it is not an offence under the law’. Tan Sri Dr Rais Yatim
juga berpendapat sama di mana jika seseorang menolak penganugerahan pingat
kebesaran, ia boleh diterima oleh pihak istana tetapi memulangkan pingat
kebesaran tanpa diminta adalah satu penghinaan (insult).
Mengapa Tan Sri Ali memilih akhbar Sinar Harian untuk
menulis isihatinya? Mengapa tidak di Utusan Malaysia atau Berita Harian? Atau
hanya Sinar Harian yang berani menerima artikel sensatif itu? Penulis pernah
ramalkan yang Tan Sri Ali akan menyokong Pakatan Rakyat dan mungkin mencontohi
Tan Sri Khalid Ibrahim, jika beliau minat politik atau di pelawa menceburi
politik.
Jika Ketua Eksekutif Yayasan Johor dilucutkan gelaran
Datuknya, beliau mungkin terasa kurang selesa kerana beliau tiada gelaran
anugerah peringkat nasional atau pingat kebesaran dari negeri lain. Bagi
seseorang yang sudah bergelar Tan Sri, memulangkan pingat kebesaran negeri
tidak menjadikan ketidakselesaan berlaku kerana gelaran Tan Sri sedang dipakai.
Penulis sedih insan seumpama Tan Sri Ali yang
berkebolehan di dalam perniagaan, tidak diberi peranan di dalam GLC (mungkin
Tan Sri tidak berminat seperti tulisan terdahulu). Lebih menyedihkan di akhir
kerjaya dan penghidupan, berlakunya perselisihan di antara Sultan dan rakyat
dan sesama Islam.