Friday, 31 January 2014

BOLASEPAK: PERMAINAN JDT BELUM MANTAP. PENJAGA GOL PROFESSIONAL MUNGKIN JAWABAN NYA.



Kedua dua kelab bolasepak JDT masih bergelut di awal pusingan Super Liga dan Liga Pedana. JDT I tewas 1-0  dengan T-Team dan kemudian seri dengan LionXII 2-2 di perlawanan seterusnya. JDT II pun sama iaitu satu tewas dengan PDRM 1-3 dan   seri dengan UiTM 1-1.

JDT mempunyai ramai pemain yang baik dan berkelibar di dalam negara dan luar negara. Hampir 50 peratus pemain JDT I adalah pemain Harimau Malaya dan Harimau Muda. Sesungguhnya  ramai pemain star berada di bangku simpanan ketika perlawanan berlansung. Tidak kah ia boleh mengurangkan motivasi dan yang lebih menakutkan pemain akan hilang skil?. JDT I merehatkan Awe, Fazli Shas, Amirol, Ifran Khairi dll. Majoritinya bermain kurang 90 minit dan ada yang tidak bermain langsung.

Jurulatih JDT 1 sudah berada  di Johor sejak 6 bulan yang lalu untuk membentuk pasukan JDT. Tetapi nampaknya resipinya belum sempurna. Satu kepincangan yang nyata ialah posisi pemain yang kurang tepat. Amri Yahya lazimnya bermain penyerang  tengah tetapi apabila Pablo Aimar dan Figurao bermain penyerang tengah, beliau ditugaskan ke posisi lain seterusnya kelibat agresif Amri kurang menyerlah. Perubahan ini mungkin baik mungkin tidak. Begitu juga dengan Mat Yo dan Safee Sali.

Mungkin JDT I harus membentuk regu atau gandingan  penyerang yang tetap. Mungkin wajar keseluruhan gandingan atau regu ditukar separuh masa kedua atau perlawanan seterusnya.

Kepada jurulatih JDT 1 yang budiman, sila bentuk satu pasukan yang mantap. Tugas bentuk pasukan sepatutnnya lebih senang kerana ramai pemain pemain yang baik.

Amat memalukan apabila JDT1 tewas atau seri di padang lebih lebih lagi lawannya kurang popular.  Jika kita menonton TV1 atau Astro, pengacara selalu bercakap tentang `star studded’ JDT atau gelaran pasukan elit. Hakikatnya JDT lemah.

Komen penulis mengenai 2 permainan JDT1 dan JDTII yang lalu ialah kurang kecekapan penjaga gol. Penjaga gol tewas dengan ketinggian, lebih lebih lagi majoriti penyerang atau pemain pertahanan semasa tendangan sudut jauh ialah pemain luar negara yang berbadan sasa dan tinggi.

Penulis harap JDT menjadi kelab yang pertama di Malaysia membeli penjaga gol professional sehebat penjaga gol England dan Sepanyol yang dapat menyaingi hantaran tinggi pasukan lawan ataupun sepadan bertempur dengan penyerang dari benua Afrika ataupun  cekap menghadapi tendangan penalti atau tendangan free kick luar kotak penalti mahupun tendangan deras penyerang lawan. Hampir semua kelab membeli pemain pertahanan dan penyerang. Amat kurang kelab membeli pemain tengah atau `play maker’ dan penjaga gol yang baik.  Apa gunanya jika kita ada penyerang yang baik dan pertahanan yang cekap, tetapi penjaga gol yang `lemah’.


Thursday, 30 January 2014

PRK DUN KAJANG: BN WAJAR BERTANDING TETAPI CARA KEMPEN BERBEZA


PRK DUN KAJANG: AGIH BARANGAN DAPUR DALAM KEMPEN RUMAH KE RUMAH

Penulis lihat ada juga rakan rakan blogger berpendapat BN tidak perlu bertanding di DUN Kajang kerana banyak sebab sebab yang `valid’. Antaranya tren pengundi Cina yang masih tegar menyokong Pakatan Rakyat (Pembangkang) tanpa mengira pilihanraya kecil di adakan di Kajang atau tempat lain. Selain itu, jika BN menang sekalipun, ia tidak akan merubah kedudukan BN. Hanya penambahan kerusi daripada 12 kerusi kepada 13 kerusi. Kajang juga merupakan kubu kuat Dong Jio Zong, sebuah NGO Pendidikan melampau. Ada kawan kata perletakan jawatan ADUN tidak berpelembagaan dan pembaziran wang rakyat.  

PKR sebenarnya berharap BN bertanding dan kemudian dipertontonkan belasahan DS Anwar Ibrahim keatas calon BN dan sekali gus memalukan BN. Selain itu, Pengundi Cina dan penyokong Pakatan Rakyat merasa yang PRK adalah `avenue’ dan masa untuk memohon peruntukan daripada BN jika mahukan undi mereka. Tetapi umum tahu undi mereka tetap ke DAP dan rakannya.

Penulis juga berpendapat BN wajar bertanding di DUN Kajang walaupun kita tahu DS Anwar Ibrahim bertanding di DUN yang selamat. BN bertanding tetapi kaedah berkempen yang berbeza. Berbeza bermaksud tiada Jamuan Mega. Tiada Perhimpuan Raksasa. Tiada Pemimpin Besar. Tiada peruntukan kewangan dan janji pilihanraya. Yang ada hanya ceramah kecil kecilan tetapi di merata tempat. Banner, bendera dan poster BN tetap meriah. PRK Kajang ini akan dijadikan experimen strategi BN dengan keadah baru ini.

Tema kempen PRK Kajang ialah mengurangkan tekanan kenaikan harga barangan. BN gunakan kempen ini menerangkan sebab musabahnya kenaikan barang dan cara mengurangkan tekanan. Mungkin peruntukan membaiki jalanraya, pembinaan sekolah tambahan, penyelenggaraan dan peruntukan lain yang `mengambil hati’ kaum Cina ditukarkan menjadi peruntukan jualan murah barangan dapur.


BN mesti berkerjasama dengan Pasaraya Mydin, ECONSAVE, Giant, TESCO dan pasaraya lain yang berada di kawasan Kajang, untuk mengadakan Kempen Penurunan Harga atau jualan murah atau pembelian diskaun di mana BN menanggong keseluruhan atau sebahagian diskaun yang di berikan kepada pembeli. Atau pengundi yang dilawati di dalam kempen rumah ke rumah atau mendengar ceramah di berikan kupon barang dapur. Mereka boleh menebusnya di Pasaraya berkenaan. Isi keluarga yang besar iaitu 5 orang hingga 10 orang diberikan 2 kupon manakala keluarga kecil 1 kupon mencukupi.Sekurang kurangnya ada juga bekalan dapur buat sebulan.

Ingin penulis jelaskan bahawa Pasaraya pasaraya berkemungkinan akan mengalami kerugian setiap kali mengadakan promosi atau penurunan harga. Kenapa rugi? Purata untung bersih barangan kering ialah 5 peratus hingga 10 peratus. Barangan basah seperti sayur, ikan dan ayam, keuntungannya melebihi 10 peratus hingga 20 peratus. Apabila Pasaraya menurunkan harga, ia bermakna keuntungan akan menurun juga. Untuk memaklumkan promosi penurunan harga tadi, Pasaraya biasanya mengiklankann nya di akhbar akhbar tempatan. Biasanya kos iklan RM20K-RM30K untuk iklan penuh 1 muka. Jika diiklan di 2 akhbar berlainan, kosnya menambah. Jika dibuat `Daily Sales Analysis’, Pasaraya akan untung yang amat amat kecil, `breakeven’ atau rugi. Sebab itu banyak Pasaraya keberatan mengadakan promosi penurunan harga. Di sinilah BN memainkan peranan. BN mensubsidi sebahagian daripada kos pengiklanan, sewa premis dll
.
Ceramah atau Kempen kali ini banyakkan peruntukan mengagihkan barangan dapur seperti BN berikan kepada mangsa banjir. Apabila pergi berkempen di sesuatu tempat, sediakan barangan dapur untuk setiap pengundi yang dilawati atau yang datang mendengar ceramah pendek. Penulis harap dengan cara kempen baru ini, pengundi dapat merasakan BN serious membantu rakyat di samping mengenali calon BN.  Secara tidak langsung ia akan mengurangkan tekanan kenaikan harga barangan. Cadangan tema kempen DUN Kajang dan pengagihan barangan dapor kepada pengundi yang dilawati atau hadir ceramah, boleh diperhalusi jika di dapati ia sesuai dan relevan dilaksanakan.

Selain daripada itu, penulis berpendapat jadikan lah PRK Kajang ini sebagai medan latihan khasnya untuk BN Selangor dan secara khususnya MCA. MCA harus mengorak langkah untuk mencuba pelbagai cara baru untuk mendapatkan sokongan kaum Cina. Target PRK kali ini ialah untuk mengurangkan majoriti dari 6,800 undi kepada 3,400 undi iaitu pengurangan majoriti pihak lawan 50%.


Presiden dan Timbalan Presiden MCA yang baru dilantik perwakilan perlu menunjukkan kecekapan mereka untuk mengetuai jentera BN di kawasan pengundi Cina di DUN Kajang. Jangan hanya pandai bercakap dan bergaduh sesama sendiri. Inilah masanya menunjukkan kepandaian dan kelebihan daripada mantan Presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan lawan mereka datuk Seri Ong Tee Kiat dan Gan Ping Siew. Buktikan barisan baru boleh diharapkan dan berpotensi untuk maju hadapan.

Wednesday, 29 January 2014

ANWAR IBRAHIM



Sah. Datuk Seri Anwar Ibrahim (DS Anwar) dicalonkan bertanding di Pilihanraya kecil Kecil (PRK) DUN Kajang selepas ADUN Kajang YB Lee Chin Cheh meletakkan jawatan semalam Isnin 27 Januari. Besar kemungkinan,DS Anwar akan diangkat menjadi Menteri Besar Selangor yang baru jika beliau menang PRK tersebut. Mengapa DS Anwar Ibrahim berhasrat menjadi Menteri Besar Selangor?

TV3 memberitakan DAP dan PAS tidak tahu menahu mengenai tindakan dan rancangan PKR yang merencanakan perletakan jawatan ADUN Kajang dan pencalonan DS Anwar Ibrahim serta ura ura diangkat menjadi MB Selangor. Setiausaha Agong DAP mengatakan beliau dan DAP tidak dimaklumkan perkembangan politik di Selangor tetapi bapanya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah hadir di Majlis Pengumuman Calon di IbuPejabat PKR.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam  juga menyuarakan tiada maklumat mengenai `kemelut dan rencana PKR’ tetapi kelihatan Sallehudin Ayub dan  Dr Hatta Ramli berdiri di barisan belakang para pemimpin pembangkang. Rupa rupanya Selangor di tadbir bersama oleh PAS (15 kerusi DUN) DAP (15 kerusi DUN) dan PKR (14 kerusi DUN). Ada cerita belakang yang PAS akan mengemukakan nama nama yang boleh dilantik menjadi MB Selangor.

Penulis anggap ia adalah strategi bijak PKR dan Pakatan Rakyat untuk `kill 3 birds with one stone’. Mungkin lebih daripada 3 ekor burung. Ia dilakukan untuk :-
1.    menyelesaikan masalah perebutan kuasa atau krisis di antara YB Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR merangkap Pengerusi PKR Selangor  dengan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Penasihat PKR mengambil jalan tengah dengan tidak melantik kedua dua mereka yang berkrisis menjadi MB Selangor.
2.    Mengambil kesempatan untuk `cement and convert’ sentimen kemarahan rakyat mengenai kenaikan harga barang, kepada undi Pakatan Pembangkang.
3.    Mempromosi imej dan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR, yang kurang `exposure’ ketika menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang berbanding menjawat Menteri Besar Selangor. Exposure kepada rakyat, kakitangan kerajaan dan ahli perniagaan serta pelabur luar akan lebih besar.
Pada penulis, dengan kedudukan sebagai MB Selangor,  DS Anwar akan berada di kedudukan sehampir dengan PM dan TPM serta Menteri Kabinet. DS Anwar akan mengiringi DYMM Sultan Selangor ke Majlis Mesyuarat Raja Raja. Ada ketikanya DYMM Sultan  menjadi Pengerusi Mesyuarat. Di avenue ini, DS Anwar akan cuba menonjolkan kehebatannya dan kemesraannya untuk menawan hati Sultan dan Raja Melayu.

Setiap tahun, sekurang kurangnya 2 kali, PM mengadakan perjumpaan dan mesyuarat dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri untuk membincangkan pembangunan dan permasalahan di setiap negeri. DS Anwar boleh gunakan platform ini untuk menyampaikan `isihati’nya kepada PM, TPM dan MB/KM.

Akan ada ketikanya, PM, TPM dan para Menteri akan bersua dengan MB Selangor di Majlis Perasmian Projek di Selangor dan sekali lagi, pergaulan akan berlaku. Jikalau tidak kuat `iman’, ada yang bersempati dengan DS Anwar Ibrahim kerana beliau pandai berjanji `bulan dan bintang’.

DS Anwar berpeluang mendapat `publisiti yang meluas’ jika menjadi MB Selangor berbanding dengan ahli parlimen dan Ketua Pembangkang di Parlimen. Siaran langsung Sidang Parlimen hanya berlansung di TV1 jam 11 pagi hingga 11.30 pagi (jika tidak silap). Kadang kadang Ketua Pembangkang tidak hadir dan tidak menanyakan soalan. Exposure paling lama ialah semasa pembentangan Bajet 2014. Setakat ini, DS Anwar banyak menerima publisiti kes Mahkamahnya yang menjangkau ratusan juta ringgit.

Menjadi kerisauan penulis kerana dikuartiri DS Anwar Ibrahim akan menghabiskan banyak masa diluar pejabat seperti berada di Mahkamah menghadiri kes menyaman dan disaman. Tentu sekali beliau akan ke Parlimen menghadiri sessi Parlimen mewakili Parlimen Permatang Pauh dan ketua Pembangkang. Banyak masa di mahkamah daripada Pejabat MB. Mungkin beliau Ultraman dan Superman.

Bercakap pasal Mahkamah, bagaimana agaknya jika Kes Rayuan Meliwat yang dikendalikan oleh Tan Sri Shafie Abdullah berpihak kepada Plaintif.? Adakah keputusan kes ini akan memaksa DS Anwar meminta penanggohan dan melambat lambatkan prosiding.? Meletakkan jawatan? Penulis harap Saiful dan Pejabat Peguam Negara tidak `menyelesaikan saman’ di luar Mahkamah atau menarik balik kes seperti kes Anwar Ibrahim dengan Chandra Muzaffar, kes saman UMNO terhadap Tian Chua dan banyak lagi.

DUN Kajang mempunyai pengundi berdaftar seramai lebih kurang 38,900 dimana 48 peratus pengundi melayu, 40 peratus pengundi Cina dan 10 peratus pengundi India. Keputusan PRU13 memberikan kemenangan kepada Lee Chin Cheh yang mendapat undi lebih kurang 19,600 manakala calon BN mendapat 12,800 undi. Majoriti 6,800 undi.

Kajang adalah kawasan yang diperuntukkan kepada MCA dan PKR oleh parti masing masing.  Kedua dua parti akan bertarung sekali lagi. Diharap parti BERJASA tidak meletakkan calon. Kepimpinan baru MCA yang diterajui oleh DS Liow Tiong Lai dan Dr Wee Ka Siong akan menghadapi `real test’ kepada untuk memberikan tentangan kepada DS Anwar Ibrahim. Mungkin DS Liow dan D Dr Wee baru merangka strategi mengembalikan sokongan kaum Cina kepada BN. Dengan iklim politik perkauman dan kesuntukan masa kepimpinan baru MCA dan krisis harga barangan (PKR dan kawan kawan pandai manipulasi isu ini).
Penulis tidak mengharap kemenangan untuk BN tetapi mengurangkan majoriti kemenangan dari 6,800 kepada 3,400 undi (50 peratus) sebagai satu matlamat.

BN tidak perlu kempen gila gila sehingga mengeluarkan peruntukan besar. Buat syarahan dan jamuan kecil sahaja. Berjanjilah seperti PKR, jika BN menang, BN akan melakukan pembangunan atau menambah peruntukan. Wang rakyat kena jaga baik baik. Masih ingat tidak ingatan Tun Daim supaya BN mengelak daripada memberi peruntukan `ambil hati’ pengundi Cina khasnya.

DS Anwar Ibrahim berani di dalam pecaturannya kerana sokongan kuat kaum Cina dan DAP. Beliau tahu jawatan ini memerlukan perkenan DYMM Sultan Selangor serta faktor lain seperti alamat kediamannya di negeri Selangor tertera di kad pengenalan (faktor alamat boleh dibikin). Sepatutnya selain alamat di Selangor, kawasan atau tempat berdaftar mengundi pun perlu diambil kira. Mengapakah seseorang yang beralamat di Selangor tetapi mengundi di luar Selangor atau di Permatang Pauh. Mungkin kita boleh terima alamat kediaman di kawasan Parlimen A tetapi mengundi salah satu DUN di dalam Parlimen A.  

Bagaimana agaknya jika DYMM Sultan Selangor menolak cadangan nama yang diusulkan itu oleh Pakatan Rakyat? Kemungkinan kali ini, sejarah tercetus lagi di mana isu ini di bawa ke Mahkamah. Tercemar lagi nama baik DYMM Sultan Selangor. Sudah beberapa kali DYMM Sultan Selangor terjebak dengan kemelut politik sejak PKR dan Pakatan Rakyat menguasai Kerajaan. Ia mulai dengan perlantikan Pengarah JAIS menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri atas sebab  senioriti dan perkenan DYMM Sultan Selangor. Kemudian isu serbuan ke sebuah Geraja  yang menjalankan aktiviti murtad di kalangan orang Islam. Terbaru titah DYMM Sultan Selangor  yang Kalimah Allah hanya untuk orang Islam. Titah tersebut dipertikaikan mengikut taksiran politik masing masing, walaupun Mahkamah Rayuan telah melarangnya.

Mulai saat ini, DYMM Sultan Selangor perlu melantik atau membentuk para penasihat yang termasuk Peguam Perlembagaan dan Enakmen Penubuhan Negeri Selangor untuk menasihati Baginda kerana andaikata DS Anwar Ibrahim diangkat sebagai MB, beliau akan menggunakan Mahkamah di dalam tindak tanduknya jika tidak dituruti kemahuannya. Jika DS Anwar ada team peguam, DYMM Sultan Selangor mesti ada juga, yang berbayar atau pemikir.

DYMM Sultan Selangor mesti hadapi bakal MB yang pro Kalimah Allah untuk semua agama dan LGBT serta sikap liberalisma, dengan bantuan para pemikir dan peguam.  DYMM Sultan Selangor baru sahaja bersama dengan PM untuk melancarkan Maps of Malaya dan Borneo. Jangan ada yang mengfitnah yang  PM `bisik bisik’ kat DYMM Sultan Selangor tentang perkembangan politik baru dan opsyen tindakan yang boleh diambil.

Berjawatan MB Selangor, memberikan risiko yang besar juga buat DS Anwar Ibrahim. Segala gerak geri diperhatikan. Lihat gelagat Tan Sri Khalid Ibrahim. Banyak kelemahan di pihak kerajaan Negeri. Kesilapan demi kesilapan beliau lakukan. Terakhir pemecatan Azmin Ali dari ahli Lembaga Pengarah PKNS. Tan Sri khalid kata PKNS yang melakukan kesilapan tetapi PKNS kata ia mentaati keputusan dan arahan EXCO. Mangsanya Pengurus Besar dan Setiausaha Kerja ditukarkan.

DS Anwar Ibrahim akan sukar melakukan misi pelaburan ke Jepun kerana Kerajaan Jepun melarang beliau memasuki negara itu. Ini sesuatu implikasi yang besar keatas pelaburan Jepun di Selangor. Syarikat multinasional akan  mentaati Kerajaan nya supaya tidak akan membuat pelaburan baru atau pembesaran kilang di Selangor. Syarikat Multinasional akan tertanya tanya mengapa larangan tersebut berkuatkuasa terhadap DS Anwar.



Ramai yang telah melakukan pengorbanan. Bekas ADUN Kajang Lee Chin Cheh kehilangan kerusi, Tan Sri Khalid Ibrahim mungkin kehilangan jawatan MB, Azmin Ali terlepas peluang menjadi MB, dan Anwar Ibrahim (penurunan cita cita menjadi PM turun ke MB). Rakyat akan mengambil masa untuk datang dengar kempen dan mengundi, wang rakyat jutaan akan digunakan. PDRM dan SPR akan mengembeling ratusan anggotanya untuk menjaga keselamatan dan menguruskan pilihanraya yang baik. DYMM Sultan Selangor akan berhadapanan dengan politikus pengalaman.

PERPADUAN NASIONAL AKAN MEKAR JIKA MELAYU & BUMIPUTERA PERKASA EKONOMINYA. `TIADA HAL’ JIKA HARGA BARANG NAIK SEMENTARA.





Penulis amat bersetuju dengan kesemua 11 intipati ucapan Tun Daim yang diringkaskan oleh kekawan blogger CELAH GELEGAR. Intipati tersebut ialah  mengenai kelemahan pentadbiran Kabinet Datuk Sri Najib yang perlu diambil perhatian. Tun Daim telah menyampaikan mesej tersebut di dalam satu Majlis anjuran UMNO Merbok di Dewan Kismec pada 18 Januari 2014..

Intipati yang diringkaskan ialah seperti yang tertera dibawah:-

1- Isu kenaikan harga barang kerana kerajaan gagal mengawal.

2- Isu kenaikan harga tol. Kerajaan sepatutnya mengkaji perjanjian yang lama untuk dilanjutkan bukan menaikan kadar.

3- Isu pengurangan Subsidi yg selama ini dinikmati rakyat perlu diteruskan dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dimana rakyat nampak kerajaan boros dlm perbelanjaan negara. Terlalu banyak wang dibelanjakan utk perkara yg tidak patut dan tidak memberi pulangan yang baik kepada rakyat dan negara.

4- Kenaikan elaun dan gaji kakitangan kerajaan juga mempengaruhi harga barang.

5- Menteri2 tidak pandai explain isu2 yg dibangkitkan rakyat. Buatkan rakyat marah.

6- PM selaku menteri kewangan tidak bijak menguruskan perbelanjaan negara.

7- Ketika negara dilanda bencana banjir. PM dan ada juga menteri2 yg bercuti diluar negara.

8- Tun meramalkan BN akan tewas sekiranya PRU diadakan ketika ini atau didalam keadaan yg sebegini rupa.

9- BN masih kuat dan memerintah kerana masih mendapat sokongan orang Melayu. Sepatutnya Melayulah yg perlu mendapat lebih manfaat daripada pemerintah.

10- Perbelanjaan besar dalam perkara2 'mengambil hati' kaum Cina adalah kerja yg sia-sia dilakukan PM kerana mereka masih dan tidak akan menyokong kerajaan BN.

11- Tun juga persoalkan kenapa Melayu tidak dijaga.

12- Terlalu mengikut kehendak para penasihat dalam menentukan dasar yang akhirnya merugikan Melayu

Penulis ada menulis mengenai peri pentingnya BN/UMNO memberi tumpuan `barang yang sedang di kandong’ supaya tidak keciciran dan jangan terkejar `sangat’ atau `langsung’ bayang bayang. Dalam hal ini, penulis meminta BN/UMNO `concentrate’ kepada 55-60 % pengundi penyokong Melayu khasnya dan pengundi /penyokong Cina dan India (yang melebihi 60 peratus tinggal di luar bandar) yang memangkah BN. Umum tahu 80 peratus kaum Cina dan 50 peratus kaum India daripada jumlah pengundi berdaftar,  tidak (dan tidak akan) menyokong BN. Kelompok ini tidak perlu diberikan harapan kerana mereka adalah berstatus tegar anti BN tanpa sebab dan amalan rasa dendam DAP.

Jesteru itu, penulis amat setuju dengan saranan Tun Daim yang peruntukan  ingin `mengambil hati’ kaum Cina dan India yang berada didalam kelompok tersebut mesti dikurangkan dan diberhentikan. Peruntukan tadi harus disalurkan kepada kelompok yang menyokong.

Tindakan popular Kerajaan adalah untuk memberi peruntukan dan bantuan kepada semua tanpa sempadan dan ideologi. Tindakan popular ini jika tidak diteliti baik boleh memakan diri. Datuk Mukhriz, Tun Daim dan sebilangan lain memberi amaran bahawa tindakan popular tidak semestinya mengembalikan sokongan kepada BN. Niat BN baik di mana kemakmuran kewangan negara di nikmati bersama tetapi mereka ini tidak mahu bersyukur. Mereka `claim’  itu duit dan hak mereka.

Apa dia peruntukan yang dikatakan tadi sebagai `mengambil hati’ orang Cina? Penulis harap ia diperjelaskan dan diberikan justifikasi. Peruntukan pendidikan? Tambatan Banjir di beberapa kawasan? Pembaikan Jalanraya setempat? Peruntukan Sambutan Tahun Baru Cina? Biasiswa? Geran Penyelidikan dan Komersialisasi? Pinjaman dengan faedah rendah? Kesihatan? Perumahan Kos Rendah dan Sederhana? Cukai tanah dan harta yang berbeza mengikut status? Dan banyak lagi.

Perlu berhati hati supaya kaum Cina TIDAK melihat ia sebagai tindakan diskriminasi oleh Kerajaan. Media sosial mereka lebih tajam dan pandai bermanupulasi daripada media arus perdana Kerajaan. Sebenarnya DAP berjaya membuat kaum Cina` terasa’ kaum Cina tersisih dan di diskriminasi oleh Kerajaan. Dengan kaum Cina jelata menerimanya sebagai dendam dan telah ditunjukkan di dalam PRU 12 dan 13 yang lalu dengan bantuan Anwar Ibrahim. Jika ada 100 orang dan mengikut kependudukan Malaysia, orang Melayu ada 6 orang, Cina ada 3 dan India 1 orang, tentulah orang Melayu akan dapat RM6 dan Cina RM3. Mana boleh sama. Orang Cina hendakkan samarata dari segi peruntukan masjid, persekolahan, bantunan biasiswa dan lain lain, which is not logical.

Orang Melayu tidak pula terasa irihati dan cemburu kekayaan yang dimiliki oleh kaum Cina tetapi apabila Kerajaan cuba dan sedang membantu mengurangkan jurang perbezaan. Dari segi mikro, jika jiran Cina di Taman Perumahan penulis mempunyai simpanan wang RM200,000, kita mesti menyimpan RM100,000. Bagaimana nak buat ? Jika jiran Cina mempunyai 3 kereta mewah, kita harus memandu 1 kereta mewah juga. Bagaimana boleh mencapai impian tersebut? Jika jiran Cina mempunyai perniagaan, kita juga perlu menjurus kearah perniagaan juga. Jika jiran Cina mempunyai estet mini 100 ekar Kelapa Sawit, bagaimana kita hendak memiliki 20 ekar tanah bertanam kelapa sawit? Ini yang Kerajaan cuba lakukan untuk kaum Melayu dan Bumiputera.

Jumlah penduduk Melayu dan Bumiputera melebihi 70 peratus dan amat wajar mereka diberikan perhatian dan bantuan. Kaum Cina hanya 26 peratus dan selebih India tetapi kelompok ini menguasai ekonomi. Mereka ini tergolong di dalam pendapatan isi rumah sederhana dan mewah. Mereka hidup bersendirian dan tidak perlu bercampur dengan orang lain. Mereka `independent’ manakala orang Melayu `dependent’.
Penulis berpendapat melalui program memperkasakan ekonomi kita dapat mengurangkan perbezaan ekonomi Cina Melayu. Kerajaan tidak perlu `merampas’ dan mengambilalih perniagaan Cina, tetapi `create a bigger cake’ supaya kaum Melayu dapat aktif dalam perniagaan.

Kerajaan sudah melancarkan program Memperkasa Usahawan Bumiputera beberapa bulan yang lepas dan diharap ia berjalan terus dan mencapai objektif. Potensi untuk gagal amat tinggi jika tiada pemantauan terus daripada PM dan TPM sendiri. Faham sahaja lah delima CEO yang ingin mencapai KPI yang ditetapkan berbanding dengan agenda Melayu / Bumiputera di dalam ekonomi negara.

Penulis percaya jika ekonomi orang Melayu dan Bumiputera dapat diperkasakan dan pemilikan ekonomi Melayu / Bumiputera di naikkan ke paras 50-70 peratus, bukan sahaja jurang ekonomi itu dapat dikurangkan, malah perpaduan nasional akan mekar semula. Kaum Cina terpaksa `berbaik baik’ dengan orang Melayu. Apabila kuasa ekonomi meningkat, peniaga Cina ( majoriti kaum Cina adalah peniaga) akan bersaing untuk mendapatkan pelanggan. Jika peniaga hardware Bumiputera melambak lambak, kontraktor Bumiputera akan membeli bahan binaan daripada hardware Bumiputera. Jika kedai dobi Bumiputera melambak, pelanggan Bumiputera akan menyokong kaumnya juga. Bengkal motokar dan motosikal serta basikal bumiputera mesti diperbanyakkan. Distributor kereta segmen sederhana dan rendah mesti terus diperkayakan. Pusat Servis di meriahkan. Kedai Tayar, Aksesori dan Hawa Dingin Bumiputera perlu mendapat perhatian Kerajaan. Jadikanlah bisnes Melayu / Bumiputera yang disebut diatas seperti pertumbuhan warong, kedai makan dan restoran dari segi bilangannya.

Apabila Melayu / bumiputera kaya, mereka boleh membeli supplemen kesihatan, anak anak diberikan makanan yang sihat yang mencerdaskan otak, boleh menghantar anak kelas agama yang baik dan padu, menghantar anak ke Akademi Golf, Kuda, Renang mahupun bolasepak. Orang Melayu / Bumiputera akan lebih ramai minum kopi di Starbucks atau Old Town White Coffee serta bergaul dengan kaum Cina lain. Ramai juga yang akan berkenderaan mewah dan kediaman strategik.

Andaikata Melayu dan Bumiputera sudah kaya, kenaikan harga barang yang bukannya mendadak teruk itu, boleh di `absorb’ kerana  kenaikan barangan di Malaysia bermusim dan bersebab. Bak tulisan Prof Dr Muhaya, dengan kekayaan, kita akan hidup selesa, dapat menjaga kesihatan supaya mudah beribadat kepada Allah, senang menderma dan bersedekah kepada yang memerlukan dan menunaikan haji.

Niat Kerajaan baik tetapi tidakan `menarik subsidi’ berlaku di dalam tempoh dekat dengan `musim harga barang naik’. Ia membebankan rakyat berpendapatan sederhana dan miskin. Merasionalisasi subsidi dan kenaikan elaun dan gaji kakitangan sebagai contohnya. Kerajaan menarik 10-20 sen subsidi minyak yang menyebabkan harga runcit RON95 naik kepada RM2.10. Ini menyebabkan penjimatan perbelanjaan Kerajaan RM1.2 bilion setahun. Wang penjimatan ini bukan untuk memungkinkan para PM, TPM, Menteri dan kakitangan Kerajaan `enjoy sakan’ tetapi 80 peratus daripada RM1.2 bilion kepada pembangunan dan 20 peratus kos pengurusan.

Kenaikan harga minyak mencetus `tsunami’ harga barangan lain dengan bantuan peniaga yang rakus mencari keuntungann DAN tidak kurang juga gempar gebur dan `kemahiran semulajadi’ Pakatan Rakyat . Sebelum ini, pengumuman kenaikan gaji seluruh kakitangan termasuklah pensyarah. Seperti biasa, para penjual dan peniaga mengambil kesempatan dengan kenaikan gaji kakitangan kerajaan dengan menaikkan harga barangan. Dengan niat untuk memberikan pengiktirafan kewangan kepada kakitangan kerajaan, ia membawa kepada implikasi lain pula.

Sehubungan dengan itu, kombinasi perkasakan usahawan Melayu / Bumiputera dan `menjaga ’ keperluan Melayu / Bumiputera daripada keciciran, ia akan menjadikan BN/UMNO lebih kuat daripada prestasi masakini. Selain usahawan Melayu /Bumiputera di bantu dari segi pembaiyaan projek, pemasaran, latihan, pembangunan produk dll, Kerajaan perlu terus membantu kaum ini dar segi peluang pekerjaan, latihan teknikal dan bahasa antarabangsa, peluang menjawat jawatan tinggi dalam GLC Nasional dan pekilang swasta.


Penulis cadangkan Kerajaan mengalakkan pekilang multinasional adakan kuota pekerjaan di perniagaan mereka. Ini memberi peluang pekerjaan baik dan gaji terbaik. Ini adalah permasalahan terbesar pekerja Melayu/ Bumiputera hadapi. Diskriminasi berlaku dari peringkat `interview’ lagi. Calon Melayu Bumiputera tidak dipanggil di temuduga. Setelah dilantik bertugas, tangga gaji yang diberikan berbeza diantara Melayu dan Cina (subjektif), jawatan yang rendah dan tugas kerja yang kadang kadang mendera.  Di Melaka, ia berlaku secara terang terutamanya di sektor pelancongan. Sektor ini dimonopoli oleh kumpulan tertentu sahaja dengan bantuan politikus Melayu juga. Sebab itu, usahawan Melayu Bumiputera wajar menerajui sektor pelancongan di Melaka di dalam tempoh 5-10 tahun. Kerajaan Melaka ada kuasa `mencorakkannya’ Struktur pelancongan Melaka samada baik atau buruk dahulu, kini dan selamanya adalah hasil dasar pemimpin dan Kerajaan. Pelancongan diperlukan di Melaka tetapi bukan diskriminasi kerja yang di tonjolkan dan diamalkan. 

Tuesday, 28 January 2014

MAT SABU WAJAR MENJADI KETUA DEWAN ULAMAK PAS PUSAT.



AlFatihah. Datuk Harun Talib, Ketua Dewah Ulamak PAS Pusat meninggal dunia awal Sabtu (12,17am) di sebuah Hospital di Kuala Terengganu. Allahyarham dikatakan menghadapi masalah kencing manis. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak dan pengikut PAS yang ramai. Orang Melayu termasuk UMNO pun menyenangi Allahyarham khasnya di dalam isu Kalimah Allah. Beliau salah seorang pemimpin PAS yang menentang penggunaan Kalimah ALLAH oleh agama lain walaupun pendirian rasmi PAS sebaliknya.

Dengan pulangnya ke Rahmatullah Allahyarham Datuk Harun, maka tinggallah UMNO dan NGO NGO Melayu Islam dan peminpin/ahli PAS sahaja yang akan meneruskan perjuangan Kalimah Allah ini.  UMNO kena kerja lebih kuat kerana rakan dari pihak musuh politik telah tiada lagi.

Dengan pendirian rasmi PAS dan keakraban pemimpin PAS dengan pemimpin DAP dan PKR, wajarlah jawatan Ketua Ulamak PAS diberikan kepada Mat Sabu yang juga merangkap Timbalan Presiden PAS. Mat Sabu juga berpendidikan tinggi dan berpengalaman luas di dalam pentadbiran dan perang saraf dengan UMNO.


Allahyarham Datuk Harun Taib telah selamat dikebumikan jam 11 pagi Sabtu 25 Januari 2014 dan lebih 5000 kenalan memberikan penghormatan kepada Allahyarham. Datuk Seri Khir Jamil Baharom dan Datuk Aziz Abd Rahim mewakili Kerajaan. PM sendiri mengutuskan ucapan takziah yang teramat sangat.


AlFatihah kepada pejuang tegar Kalimah Allah dari PAS ini.

LIGA PERDANA 2014 : PDRM SEGARANG DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI



Pasukan PDRM telah mencatitkan 2 kemenangan berturut turut di dalam Liga Perdana. Sebelum ini PDRM, yang dibawah jurulatih Dollah Salleh, telah mengalahkan JDT II dengan keputusan 3-1. Semalam, Isnin 27 Januari, PDRM menang bergaya mengalahkan Pulau Pinang 5-1.

PDRM bermain cemerlang di awal musim liga dan diharap akan terus memberikan saingan di perlawanan seterusnya.

Kepada jurulatih dan para pemain PDRM, contohilah ketegasan dan kerajinan bekerja Menteri KDN sepanjang masa perkhidmatan. Sikap `garang’ Menteri boleh dijadikan motivasi bermain `garang’ dengan cemerlang setiap perlawanan.

ATM amat cemerlang musim lepas tetapi tewas dua perlawanan berturut turut. Apa dah jadi.? Harap harap selain daripada pemain, jurulatih, pengurusan  dan penyokong, tuah Menteri Pertahanan juga membantu.
 
ALL OUT, ALL TIME, ALL GAME- moto SEPADU SOCCER.

MENGIDAM TIAN CHUA DI PENJARA 1 BULAN




Penulis, seperti sesetengah kaum wanita yang mengandong, mengidamkan Tian Chua ini di penjarakan kali ini selama 1 bulan. Mungkin tahap mengidam penulis tinggi sangat kerana Tian Chua selalu terlepas daripada pendakwaan. UMNO pun mengugurkan samannya tehadap Tian Chua kerana memfitnah yang pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara UMNO. Amat kebal manusia ini dan menyaingi kekebalan Anwar Ibrahim.

Oleh kerana politik liar dan keceluparan beliau, ramai yang marah dengan beliau. Keluarga anggota  keselamatan yang terbunuh di Lahad Datu tentu terkilan dengan kenyataan beliau.

Pada penulis, manusia ini menghabiskan banyak masa dan wang rakyat. Buang masa PDRM membuat siasatan dan menahan beliau. Adalah baik PDRM menguruskan keselamatan rakyat. Masa Pendakwaraya dan Mahkamah serta para Tuan Hakim. Adalah lebih baik jika masa para pendakwa dan Yang Arif ditumpukan kepada pendakwaan penjenayah, pengganas dan perasuah. Masa NGO NGO yang ribuan membuat laporan Polis dan Majlis Bantahan. Tidakkah lebih baik jika NGO NGO ini melakukan aktiviti sukarelawan seperti membantu mangsa banjir dan isu Kalimah Allah. Masa para pemberita dan Stesyen TV membuat liputan. Tidakkah lebih sesuai jika para pemberita dan Stesyen TV memberikan perhatian kepada aduan rakyat dan pembangunan luar bandar. Terbuang masanya para blogger amatur yang membincangkannya di facebook dan twitter. Dosa yang rakyat dapat hasil daripada penyebaran berita palsu dan fitnah. Dll.

Adalah lebih baik, duduk semeja membantu Kerajaan memerangi kenaikan harga barang. Jika tidak mahu menolong kerajaan BN, tolonglah Kerajaan Kelantan, Pulau Pinang  dan Selangor mengurangkan kesan kenaikan harga barang. Berilah ide liar untuk membantu rakyat pulak. Jangan asyik salahkan kerajaan sahaja kerana anda juga kerajaan di beberapa negeri.


Sebagai simbolik, penulis bernazar untuk derma RM20 di Masjid Cheng jika Tian Chua ini dapat dipenjarakan kerana kesalahan tidak mematuhi arahan `bersurai’ pihak berkuasa di kawasan larangan.

Monday, 27 January 2014

PELAJAR MELAYU WAJIB RAJIN + BERSAING APABILA BERSEKOLAH DI SJKC.



Negara dihebohkan dengan kejadian murid Melayu sekolah SJKC di Sungkai, Perak di `disiplin’kan dengan bahasa kasar dan perlakuan LEMBU termasuk makan rumput oleh guru Bahasa Inggeris.

Pada penulis cerita ini terlalu di sensasikan sangat sehingga 1 minggu di beritakan. Guru Inggeris salah dari segi cara mendislipinkan anak muridnya. Anak muridnya pulak pun bersalah kerana tidak menyiapkan kerja rumahnya. Ibubapa menggunakan media untuk menghukum guru tersebut dan mendidik guru lain di Malaysia.

Berdasarkan pengalaman 3 orang anak penulis bersekolah di SJKC, ibubapa kena faham dengan `double workload’ nya jika berada di SJKC.  Kalau tidak berduit atau ada masa lapang kerana tugas kerja jangan hantar anak ke SJKC.

Anak Melayu kena ke kelas tuisyen selepas sekolah setiap hari dari jam 2 hingga 5 petang untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Hampir semua matapelajarannya di dalam bahasa Cina. Balik sekolah mungkin naik van jika ibubapa bekerja. Kos pengangkutan RM50 sebulan. Yuran tuisyen satu mata pelajaran ialah RM40 satu subjek dan dengan anak murid mengambil  5 subjek bermakna ibubapa kena mengeluarkan kos kelas tambahan RM200 sebulan. Buku latihan terlalu banyak dan ibubapa kena beli.

Murid Melayu biasanya tidak membeli makanan di kantin kerana lazimnya makanan tidak halal. Murid Tahun 1,2 dan 3 mungkin makan di rumah atau pusat tuisyen, tetapi murid Tahun 4,5 dan 6, pelajar akan ada kelas tambahan hingga 4 petang. Maknanya ibubapa kena hantar makanan tengahari. Ibubapa yang bekerja mungkin sukar menghantar bekalan makanan. Seperkara lagi setiap Sabtu, lazimnya pelajar ada aktiviti. Anak penulis menghadiri kelas tae kwan do. Ada kelas wushu dan sukan lain.   

Wahai kaum ku. Jangan hantar anak ke SJKC hanya seperti kelas bahasa Cina. Hanya untuk belajar cakap melalui pergaulan. Mesti berusaha pandai berbahasa Cina, anak kita kena pandai Matematk. Sifar kena lancar. Pemahaman dan penulisan kena kuat di awal peringkat persekolahan. Anak perlu masuk tadika aliran Cina seawal awal usianya supaya anak tersebut lebih bersedia.

Sebenarnya penulis tidak boleh memberikan komen lanjut kerana maklumat mengenai murid dan guru Inggeris yang terbatas. Penulis tidak pasti dengan umur murid Melayu tersebut, berada di Tahun 6?, tren dan prestasi pelajarannya sepanjang bersekolah di SJKC (kerana persekolahan baru bermula dan wajar melihat tren tahun tahun sebelumnya), kekerapan tidak membuat kerja rumah (jika tidak faham kerja rumah, murid kena minta bantuan guru atau guru tuisyen) dan banyak persoalan lain.

Begitu juga guru Inggeris tersebut. Adakah beliau memang suka mendera? Adakah beliau bersikap perkauman, status perkahwinan dan mental, ada kes `mendisiplin liar’ di masa lampau, pengalaman mengajar? Dan banyak lagi.



Kesimpulannya, kedua dua pihak akan rugi. Guru akan (sudah ditukar) ditukar mengajar di sekolah lain. Guru ini akan hilang motivasi mengajar sepenuh hati lebih lebih lagi murid Melayu. Murid ini juga tidak sesuai berada di SJKC yang sama kerana mungkin ada tindak balas dari guru lain. Guru mungkin tidak akan marah jika murid ini tidak membuat kerja. Lantak le.. Guru sekolah baru pun akan bersikap hati hati dengan murid ini. Kaki komplen ataupun kaki malas. SJKC Sungkai dapat publisiti, begitu juga bapa saudaranya yang pandai bercakap. Umum dapat mengetahui kedua dua ibu murid. Bapa bapa murid tidak kelihatan. 

Sunday, 26 January 2014

MENTERI PELANCONGAN SEORANG YANG BERFESYEN



Semasa merasmikan Muzium Coklat di Kota Damansara pada Khamis 16 Januari, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memakai Tshirt putih tetapi dengan kolor tidak dilipat, bercermin mata hitam. Beliau memilih `botak’ sebagai fashion rambutnya dan sering membawa tongkat serta amat jarang memakai kot dan bertie ketika merasmikan upacara rasmi Kementerian.

Penulis tidak pasti mengapa Kota Damansara di pilih menjadi lokasi Muzium Coklat. Mungkin coklat lebih tinggi permintaannya di Bandar? Mungkin dekat dengan pekilang pekilang coklat? Atau sebab lain. Mengapa tidak dibuat di Langkawi atau Melaka atau Pulau Pinang mahupun Iskandar,Johor?

Muzium Coklat ini mempamerkan bagaimana koko di proses menjadi coklat dan pelbagai bentuk dan pembungkusan. Ini adalah salah satu Muzium Coklot yang berada di Asia.

So far, Datuk Seri sibok menjual Malaysia dan mengadakan produk pelancongan. Beberapa hari sebelum ini, beliau katakan yang `Perak Man’ akan di bawa balik ke Lembah Lenggong yang sudah diiktiraf sebagai Lembah Warisan.

Penulis suka dengan pendekatan Menteri Pelancongan yang menjadikan `demonstrasi TURUN’ pada ambang Tahun Baru sebagai produk pelancongan. Beliau menyindir pihak penganjur yang para pelancong dapat melihat segelintir gelagat petunjuk perasaan cara cara menyambut tahun baru di Malaysia walhal majoriti rakyat bergembira dan bersyukur. Pelancong pun dapat melihat kesabaran PDRM dan  DBKL melayan kerenah para perosak itu.


Tahniah...

Thursday, 23 January 2014

BOLASEPAK (TAJAAN SUKAN, MANCHESTER UNITED, FAM), HOKI (REVINGTON & DHARMA RAJ) DAN BADMINTON (GOH AND LIM)












Melaka United Soccer Association (MUSA) menerima tajaan RM3.8 juta manakala Kedah Football Association (KFA) ditaja Kerajaan Negeri RM15 juta untuk tempoh 3 tahun. Dengan penajaan ini, kedua duanya berpeluang bersaing hebat di dalam saingan Liga FA.

Jelas sekali bahawa melantik Menteri Besar atau Ketua Menteri menjadi Presiden Kelab Bola Sepak Negeri membantu merangsang sesebuah  kelab bolasepak negeri. Tajaan mustahak untuk membiayai kos jurulatih berkeliber, kos operasi latihan, penginapan, peralatan latihan dan kelengkapan pemain dan pelbagai kos lagi. MB dan KM boleh memohon tajaan daripada kesemua GLC Kerajaan Negeri dan juga syarikat awam yang berasal / beroperasi di Melaka dan juga pekilang di Melaka. Jika banyak yang mencarum, banyaklah tabung dana.

Sebenarnya GLC, syarikat tersenarai dan pekilang boleh membantu dari aspek lain juga iaitu memberi peluang pekerjaan kepada pemain negeri masing masing. Barulah mereka kekal di negeri masing masing.

Penulis gemar menulis tentang Manchester United dengan topik cadangan pemecatan David Moyes dan kekalahan bersiri perlawanan. Terakhir Manchester United kalah kepada Chelsea 1-3. Awal pagi Khamis, Manchester United tewas dengan Sunderland dengan sepakan penalti 2-1 sekali gus gagal ke pentas akhir Piala Liga Ingeris (Capital Cup One). Perlantikan `right’ Ketua Jurulatih dan pembelian `right’ pemain tidak boleh dielakkan lagi dan itu pun untuk musim hadapan. Musim 2013/2014 sudah berkubur  buat Manchester United. Pemain Chelsea, Juan Mata mungkin akan menyertai Manchester United. Jirannya Manchester City semakin kuat, begitu Chelsea dan Arsenal.



FAM mungkin melantik Philippe Troussier, jurulatih berasal Perancis untuk 3 tahun dengan kos RM2.7 juta. Mengambil jurulatih luar negara memang trend bolasepak dunia. Kelab kelab di UK pun ramai jurulatih luar. Seperkara yang kita kena terima hakikat ialah jurulatih luar iin lazimnya lebih professional. Apabila kalah perlawanan berterusan, peluang untuk di `pecat’ memang tinggi dan mereka boleh terima dengan baik.

Penulis sering tekankan tempoh kontrak. Adalah lebih baik ditetapkan tempoh kontrak kerana ia tidak menimbulkan masalah di masa akan datang. Berjaya atau kalah pasukan yang dilatihnya, jurulatih tersebut melepaskan jawatan jurulatihnya pada tarikh tempoh tamat kontrak. Biasanya pasukannya kalah, jurulatih tersebut di katakan akan dipecat.


Jurulatih Hoki Kebangsaan Paul Revington meletakkan jawatan kerana faktor kesihatan dan tekanan kerja (bukan tekanan politik). Kedua dua tekanan ini menganggu kerjanya. Sikap gentlemennya di puji dan Malaysia mempunyai masa yang cukup untuk mempersiapsagakan pasukan untuk Piala Dunia bulan Mei 2014 nanti. Dharma Raj dilantik mengantikan Paul Revington. Selamat Maju Jaya kepada Revington dan Muhammad Dharma Raj.


Saudara Pang Cheh Chang, jurulatih Goh Vei Shiem dan Lim Khim Wah, bergu badminton negara yang menjuarai Maybank Open 2014, kurang dikenali tetapi berjaya membentuk pasangan mantap.

Penulis puji sikapnya yang memberi nasihat kepada pemain badmintonnya supaya melupakan kejayaan tersebut  kerana pihak lawan akan bersedia dengan lebih jitu lagi. Latihan keras perlu dijalankan dan mengurangkan kesilapan permainan dan mengawal tekanan kerja.

Diberitakan juga Tun Ahmad Sarji Abd Hamid dilantik menjadi Pengerusi Penal Penasihat Sukan. Penulis tidak pasti fungsi Panel ini dan objektif serta matlamat akhirnya. Tun, yang pernah menjawat Ketua Setiausaha Negara dan sekarang ini Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (tidak silap Tun mengetuai sebuah Persatuan Sukan), dirasakan bukan calon yang terbaik. Faktor usia dan kesibukan di PNB mungkin akan menjejaskan prestasinya

Wednesday, 22 January 2014

PORT KLANG FREE ZONE (PKFZ) SANGAT BERHANTU.? MCA JATUH KERANA NYA


25 Oktober yang lalu, Mahkamah Tinggi melepaskan  dan membebaskan Y Bhg Tun Dr Ling Liong Sik daripada tuduhan menipu Kerajaan bwehububg kes Zon Bebas Pelabuhan klang (PKFZ). Pejabat Peguam Negara tidak akan membuat rayuan.

Pada 12 Januari pula, Mahkamah Tinggi membebaskan Tan Sri Chan Kong Choy dari tuduhan menipu Perdana Menteri Tun Abdullah berhubung kes PKDZ kerana Peguam Negara menarik balik tuduhan ekoran pembebasan Tun Dr Ling.

Kedua dua kes rasuah atau penyelewengan ini sedikit sebanyak telah menjejaskan imej MCA. MCA yang senomin dengan Kementerian Pengangkutan sebelum ini, amat memalukan Kerajaan BN dan dijadikan bahan gurau senda DAP dan pembangkang.

Pakatan Rakyat sedang cuba `create perception’ isu yang keputusan pembebasan Tun Dr Ling dan Tan Sri Chan daripada pertuduhan rasuah atau penyelewengan adalah campur tangan BN.

Dengan kepimpinan baru MCA mulai 21 Disember 2013, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berpeluang mengembalikan sokongan kaum Cina kepada MCA dan BN, selaras dengan saranan Pengerusi BN dan PM supaya MCA melaksanakan 4 R iaitu:-  
Reunite (Penyatupaduan semula)
                        Restrategise (Penyusunan semula strategi)
                        Reinvigorate (Pengcergasan semula)
                        Reestablish (Pembinaan semula pengaruh)


MCA ambil lah peluang membantu BN memenangi PRU14 dengan memastikan setiap ahli dan penyokong MCA mengundi BN. Selain itu menambah sokongan 10-20 peratus lagi dari kalangan kaum Cina. 

PULAU BESAR MELAKA YANG SENANTIASA `KERAMAT’




Pelbagai peristiwa ganjil yang berlaku di Pulau Besar sejak lama lagi. Secara kebetulan dan dengan izin Allah, ada yang mendapat jodoh selepas beribadat di sana. Ada yang mendapat anak selepas bernazar. Ada juga kejadian bot karam akibat keceluparan diri sendiri.

Pada penulis, ada 2 kejadian besar yang berlaku kerana ada kaitan dengan `Sumpahan Pulau Besar’ iaitu kemarau teruk dan kerugian besar Pandanusa.

Kemarau melanda Melaka yang dipercayai akibat daripada perobohan makam makam untuk mengelakkan perbuatan kurafat. Mungkin ada makam yang sahih oleh pendakwah Islam yang tersilap telah dirobohkan. Kamarau teruk ini diburukkan dengan kolam teduhan tercemar dan terpaksa di keluarkan air. Bekalan air mentah dan dirawat menurun mendadak.

Pandanusa adalah sebuah resort bertaraf 4 atau 5 bintang suatu masa dahulu. Selain daripada kemudahan penginapan dan lot bangalow, Pandanusa juga mempunyai Padang Golf 18 lubang (tidak pasti jumlah lubangnya). Pandanusia tidak menjual arak tetapi pelanggan tidak dilarang membawa arak dan `girl friend mahupun boyfriend’. Maksiat berlaku di pulau ini. Di percayai para Wali Allah memohon kepada Allah melindungi Pulau ini dan berlakunya kejadian ganjil.

Pemilik Pandanusa Tan Sri Wan Azmi dari Kelantan, seorang ahli perniagaan yang faham dengan situasi di Pulau Besar. Beliau banyak membelanjakan wang untuk membangunkan Pulau Besar. Pertamanya kos pembelian tanah. Sebahagian besar daripada tanah di Pulau Besar kepunyaan Tan Sri Wan Azmi atau Pandanusa. Beliau secara berfasa membeli feri dan membeli tanah di Anjung Batu membina jeti. Kemudahan ini amat mustahak di dalam perniagaan hotel di pulau.

Malangnya perniagaan Pandanusa tidak menguntungkan. Kerugian terkumpul yang tinggi dicatitkan. Kualiti perkhidmatan penginapan tidak dijaga baik. Kualiti makanan tidak memuaskan sehinggakan Kerajaan Melaka tidak mahu mengadakan seminar atau program di Pulau Besar. Apabila ini berlaku, pelancong tidak datang dan jualan akan merendah. Bisnes lain milik Tan Sri Wan Azmi termasuklah DeBono Industries Sdn Bhd, sebuah pekilang komposit yang beroperasi di Bukit Rambai dan kemudiannya berpindah ke Perindustrian Cheng. Bisnes ini pun mengalami kerugian besar. Begitu juga dengan bisnes Rohas Group yang beribupejabat di Kg Baru.

Secara amnya, Pandanusa gagal menukar Pulau Besar sebagai pusat pelancongan dan sukan golf. Selain daripada halangan `kesilapan manusia’, halangan `keghaiban’ memainkan peranan juga.

Keganjilan yang terkini dan terakhir ialah hasrat `Sultan Melaka’ membuat kenduri kesyukuran sempena pertabalan `Baginda’ sebagai `Sultan Melaka’. Beliau ditangkap di Jeti Anjung Batu lagi sebelum sempat berlepas ke Pulau Besar. Mengadakan kenduri yang dipenuhi dengan bacaan AlQuran amat baik cuma niatnya kurang sempurna iaitu penabalan `Sultan Melaka’ yang palsu.   


Penulis harap para pengunjung yang ingin ke Pulau Besar atas urusan melancong atau beribadat di masjid dan surau di sana, diharapkan tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan Islam. Kita boleh sedekah Al Fatihah kepada para wali Allah tetapi bukan meminta para Wali Allah yang memakbulkan hajat masing masing. Mohonlah pada Allah. Keduanya niatnya juga untuk kebaikan diri sendiri, keluarga dan manusia sejagat.