Monday 30 December 2013

PERHIMPUNAN DEMI PERHIMPUNAN KERANA `DIPLOMASI, LAYANAN BAIK DAN MESRA’ KERAJAAN.



Perhimpunan Guling Kerajaan 31 Disember 2013 mendapat perhatian rakyat Malaysia. Sehingga Sabtu, 28 Disember, lebih kurang 1300 laporan polis (sehingga Ahad) telah dibuat oleh pelbagai NGO dan individu. Ada 4 kumpulan yang terlbat menganjur Himpunan tersebut iaitu GERAKAN TURUN, Solidariti Anak Muda Malaysia (S.A.M.M), Solidarti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Jingga 13 .

Ada dua tangkapan reman telah di lakukan oleh PDRM iaitu di Ampang dan Sintok Sarawak.

Apa signifikan RATUSAN laporan polis terhadap Perhimpunan Guling Kerajaan yang dilakukan di seluruh negara?

Pada penulis ia memberikan dua implikasi seperti dihuraikan dibawah:-

Ia menunjukkan rakyat Malaysia prihatin dengan cadangan mengulingkan Kerajaan. Himpunan begini biasanya menjurus kepada keganasan dan kerosakan hartabenda dan mungkin kehilangan jiwa. Menguling adalah tindakan tidak demokratik.

Laporan ini diharapkan ia akan memberi signal kepada penganjur Perhimpunan Guling Kerajaan bahawa rakyat Malaysia tidak merestui tindakan penganjur Perhimpunan.

Penganjur Perhimpunan biasanya mereka yang sudah `season’ atau `terbiasa’ dengan tindakan kena tangkap, soalsiasat dan menetap di lokap buat beberapa hari, turun naik mahkamah dan didenda atau penjara. Mereka tidak kaya tetapi mereka banyak sponsor. Keberanian mereka serta tindakan diplomasi PDRM,  menarik minat penyokong kumpulan untuk melakukan provokasi dan berada di jalanraya.

Berapa ramaikah ahli NGO NGO yang membuat laporan tadi bersikap seperti para penganjur Perhimpunan tadi?. Mereka berani membuat laporan tetapi tidak seberani kumpulan tersebut, yang tidak kisah masuk keluar lokap dan sebagainya. Ini adalah kerana NGO NGO ini terdiri daripada ahli ahli yang berdislipin, taat dan menghormati undang undang. Keduanya ahli NGO NGO ramai yang mempunyai pekerjaan yang tetap dan keluarga. Apabila kita berkerja, kita harus berada di pejabat tepat pada masanya dan tiada tempat untuk orang yang selalu cuti kecemasan. Ahli NGO ramai yang telah berkeluarga dan mempunyai tanggongjawab. Tidak berasap dapur dan hilang sudah kasih sayang keluarga, jika melakukan kesalahan dan didenda atau dipenjara. Majikan mungkin tidak berminat dengan pekerja yang mempunyai minat melakukan kesalahan dan memberontak. Satu hari mungkin pekerjanya itu memberontak terhadap majikannya.

Kementerian Pendidikan juga wajar mempertimbangkan pindaan pada AUKU di mana jika dibuktikan pelajar dan mahasiswa/si menyertai apa jua perhimpunan haram, Kolej dan Universiti mesti `disqualify’ mereka atau gantung pengajian di mana mana kolej / universiti di Malaysia selama 5 tahun. Biasiswa dan pinjaman ditarik balik. Maklumat pelajar / mahasiswa/si perlu di salinkan ke UPU dan semua IPTA/IPTS. Penulis rasa mereka sudah rosak pertimbangan dan tidak sesuai berada di pasaran pekerjaan.

Melalui ` treory of elimination’, maka bagi mereka yang bermasalah dan gian berdemonstrasi, tidak berpeluang memasuki atau sambung belajar di IPTA/IPTS dan PTPTN. Ia memberi peluang kepada pelajar yang ingin belajar ilmu pengetahuan bukannya ilmu berdemonstrasi. Maklumlah jumlah intake atau enrolmen semakin tinggi, tetapi peluang pekerjaan di sektor Kerajaan terbatas.

Penulis harap dengan lebih kurang 1300 laporan polis (sehingga Ahad), ia memberikan semangat kepada Kerajaan untuk menjaga kesejahteraan rakyatnya. Jika undang undang tidak sempurna dan `contestable’, lakukan lah pindaan undang undang dengan bantuan Ahli Parlimen. Ia akan memberikan PDRM bertindak tegas mengawal situasi. Ia juga memberikan ruang kemenangan kepada Pejabat Peguam Negara apabila mendakwa kumpulan tersebut. Harap harap para Peguam Negara dan pegawainya lebih berwibawa daripada Karpal Singh dan geng. Semoga dengan laporan yang banyak itu, ia memberikan gambaran jelas kepada para Yang Arif Tuan Hakim peri kemustahakan keamanan dipelihara. Kumpulan tersebut menyalahi undang undang dan wajar di hukum seberatnya. Di dalam kes seumpamaan ini, penulis amat tertarik dengan ketegasan Polis, Institusi Kehakiman dan Kerajaan Singapura menguruskan kejadian rusuhan di LITTLE INDIA.


Ramai rakyat beranggapan Perhimpunan demi Perhimpunan di adakan di Malaysia kerana `layanan baik dan mesra’ yang diberikan oleh PDRM, Pejabat Peguam Negara dan Institusi Kehakiman. Tidak ketinggalan Kementerian Pendidikan (termasuk PTPTN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Semacam mereka tidak serik langsung. Mereka tidak merasa kesal atau menyesal di atas perbuatan mereka. Mereka membuang masa dan duit untuk datang ke KL berdemonstarsi. Para peserta Himpunan Blackout,contohnya, yang diitahan untuk soalsiasat, di bawa ketempat yang berhawa dingin dan diberikan makan minum. Jikalau tiada kenderaan balik ke rumah, mereka dihantar pulang. Yang menguntungkan mereka, publisiti besar diberikan kepada mereka. Para pemimpin pembangkang akan mengambil perhatian dan mengiktiraf jasa mereka.

1 comment:

  1. salam perjuangan, menarik sekali ulasan saudara.

    terima kasih

    ReplyDelete