MELAKA FOOTBALL
ASSOCIATION (MAFA) AKAN DI PENJENAMAAN BARU.BAKAL MENDAPAT PRESIDEN BARU.
Alhamdulilah,
MAFA akan diberi nafas danpenjenamaan
baru, menurut ASTRO Awani.Berita Bernama pula melaporkan kesediaan KM Melaka
mengambilalih jawatan Presiden MAFA.
Penulis ada
memberikan komen tempohari dengan membandingkan Kedah Football Association
(KFA) dengan MAFA.KFA menjalin kerjasama dengan Cardiff City.Kita sedia maklum
Kedah di bawah Datuk Mukhriz sedang mmpertingkatkan prestasi dan mutu bolasepak
Kedah.Dengan hubungan rapat Tan Sri Vincent Tan dari Kumpulan BERJAYA dengan
Tun Dr Mahathir, kerjasama ini lebih mudah dijalinkan dan dilaksanakan.
Pada pendapat
penulis, terdapat tiga elemen yang mustahak di dalam bolasepak iaitu Pembangunan
Bolasepak akar umbi, Pengurusan dan Tabung Kewangan untuk menguruskan aktiviti
bolasepak.
Pembangunan
bolasepak di Melaka tidak kurang hebatnya juga di negeri lain. Sumber utama
pemain atau pelatih adalah dari kalangan pelajar sekolah rendah untuk bawah 12
tahun dan sekolah menegah untuk bawah 15 tahun. Koordinasi Kementerian
Pelajaran ataupun Majlis Sukan Malaysia
negeri Melaka dengan MAFA sepatutnya baik.
Menurut
pengetahuan terbatas penulis ini, Melaka mempunyai 10-15 bekas pemain Melaka
dan Malaysia yang kini aktif di bidang kejurulatihan dan pengurusan sukan
bolasepak.Dengan andaian, setiap pemain menjadi Ketua Jurulatih, hanya 10-15
kelab/pasukan sekolah yang mendapat perkhidmatan bekas pemain Melaka/Malaysia
tersebut.Andaian ini tidak mengambilkira bekas pemain yang tidak minat bersukan
lagi, tidak sihat, tidak mempunyai lesen jurulatih dan tiada masa kerana urusan
kerja.
Di Melaka,
kelab/pasukan bolasepak padang hanya disekitar 20 buah manakala pasukan futsal
yang aktif bermain dan bertanding tidak melebihi 30 pasukan.
PENYATAAN
PERMASALAHAN BOLASEPAK REMAJA
1. Pembangunan
bolasepak dan pengcungkilan bakat baru tidak efektif dan menyeluruh.
2. Jurulatih
berpengalaman masih kurang bilangannya.
3. Perhubungan MAFA
dengan kelab bolasepak dan pasukan sekolah tidak mesra dan dalam keadaan
bersaing kerana sikap jurulatih kelab dan guru sukan sekolah.
4. Tiada badan
penganjur yang efisien serta berdana cukup.
5. Sukar mendapatkan
penaja besar dan kecil serta jangka panjang.
6. Waktu latihan
yang terhad dan kurangnya kemudahan latihan.
7. Penumpuan
kategori pemain bawah 12 tahun dan Melaka Tengah sahaja.
8. Kekeliruan
sekolah sekolah di antara pembangunan sukan dan pembentukan pasukan `tournament
standard’ serta mendapat keputusan terbaik dalam pelajaran.
Penajaan sukan
bolasepak amat sukar di Melaka tanpa campurtangan Kerajaan Negeri dan atau
Ketua Menteri atau Kementerian Pelajaran.
Apakah aktiviti
yang perlukan penajaan oleh sesebuah kelab/pasukan yang aktif di Liga
Tempatan?.Liga Tempatan bermaksud pertandingan di dalam negeri Melaka sahaja.
Kos pengurusan sesebuah kelab/pasukan dalam fasa pembangunan sukan (berbanding
dengan fasa pembentukan pasukan `tournament standard) terbahagi kepada dua
bahagian iaitu kos kapital dan kos operasi.
Kos kapital ialah
pembelian jersi lengkap 2 pasang setahun (minima), peralatan latihan, bola
latihan (sebaiknya 1 biji bola untuk seorang pelatih), peralatan perubatan dan
yuran jurulatih.
Kos operasi
termasuk kos pengangkutan dan perbelanjaan makan dan minum, juga sewa padang
(jika kelab/pasukan itu tidak mempunyai padang latihan).
Kos jurulatih
merupakan kos terbesar dan mustahak di dalam bolasepak. Jika kelab/pasukan ini
mengadakan perlawanan persahabatan, kos pengadil (kelazimannya sebanyak RM200
sehari akan diperlukan dan kos sewa padang perlawanan sebanyak RM50-RM100
sehari.
Banyak
kelab/pasukan di Melaka menghadapi masalah kewangan untuk berjalan aktif. Ada
kelab/pasukan mengenakan:
a. yuran pendaftaran
(RM10-RM20 sekali bayaran),
b. bayaran TShirt Latihan
(RM10-RM15/helai)
c. Jersi Pertandingan
(RM30-RM50/lengkap/pelatih) serta
d. yuran latihan
bulan (RM10-RM40/bulan/pelatih)
untuk menampong
kos pengurusannya.
Ada juga
kelab/pasukan akan memohon sumbangan ibubapa untuk membayar yuran penyertaan
sesuatu pertandingan. Yuran pertandingan boleh mencapai RM1000/penyertaan
seperti Liga I Malaysia Cardiff City dan RM200 jika bertanding di Liga anjuran
kelab/pasukan.Didapati ada kelab tidak menyertai Liga tersebut kerana kekangan
kewangan tersebut.
Ada kelab/pasukan
memerlukan ramai pelatih untuk menampong kos pengurusan walhal untuk tujuan
`effectiveness’, seorang jurulatih boleh menjaga 25 orang pelatih sahaja. Jika
seorang pelatih dikenakan yuran RM10/orang untuk 2 hari latihan seminggu (2 -3
jam setiap latihan), jumlah kutipan sebulan ialah RM250.Andaikata kelab/pasukan
ini mengadakan tambahan 1 lagi sessi (sessi pagi dan sessi petang untuk pelatih
berasingan), dimana 25 pelatih diambil, kutipannya masih lagi RM250.Adakah
RM500 sebulan berbaloi untuk seorang jurulatih? Masa hari minggu tertumpu di
padang.
Kita boleh
merangka jurulatih mewujudkan banyak sessi lagi seperti hari Isnin dan Selasa
sahaja, sessi petang. Tetapi masalah akan timbul apabila waktu latihan
bertembung dengan waktu persekolahan agama petang bagi setengah pelatih dan
juga aktiviti koko. Ia sukar dilaksanakan. Latihan malam lebih menyukarkan
kerana kurangnya padang permainan malam dan menyulitkan ibubapa.
Hampir semua
kelab/pasukan menghadapi masalah kecairan wang tunai untuk menguruskan
kelab/pasukan. Jurulatih yang bergantung 100 peratus kepada pendapatan
bolasepak akan menghadapi masalah mendapatkan gaji mereka. Salah satu sebab
kurang berjaya atau menyerlahnya pasukan bolasepak adalah permasalahan gaji
jurulatih.Tidak ramai yang bersikap semangat kesukanan dan sukarelawan di dalam
industri ini. Keperluan minima kos sara hidup perlu diatasi.
Menyedari masalah
kecairan kewangan, transformasi bolasepak yang dicadangkan ialah Kerajaan
Negeri melantik dan meluluskan MAFA sebagai pengendali dan penyelaras utama di
Melaka. Antara tugasannya ialah:-
1. pencungkilan
bakat baru bersama sama dengan Kementerian Pelajaran dan restu FAM serta MSN.
2. pengajian para
jurulatih,pelatih dan pemain Negeri Melaka serta pengurusan MAFA
3. mengumpul dan
menguruskan dana.
(nota: boleh
ditambah tokok di mana bersesuaian)
Banyak model Badan
Pengurusan Bolasepak yang boleh dijadikan contoh dan amalan. Kepimpinan Negeri
atau Kementerian perlu membuat dasar sumbangan oleh setiap GLC Negeri dan
Nasional atau Malacca Based Listed Companies atau syarikat pelaburan besar
swasta di Melaka.
Kesediaaan KM
Melaka mengambilalih jawatan Presiden MAFA wajar dipuji.Sekurang kurangnya,
beliau menunjukkan `different management style’ berbanding dengan Datuk Seri
Mohd Ali. Jikalau dulu, kurang minat atau kurang kemustahakan sukan bolasepak
dan kurang masa terluang, Datuk Ali `delegate’ tugas Presiden kepada Datuk
Yunus.
Keduanya, penulis
rasa Datuk Wira ada masa untuk MAFA kerana beliau tidak merayau atau mesyuarat
malam atau dini hari.
Datuk Wira Ir
perlu memegang jawatan Presiden MAFA kerana bolasepak Melaka memerlukan
penghormatan. Pemain akan rasa terhormat jika KM Melaka ada bersama di padang
dan stadium. Pemain lebih terasa permainan diperhatikan oleh KM Melaka. MAFA
perlu penghormatan daripada `sponsor sponsor’ bukan semata mata mahu `mengampu’
atau `mencari peluang niaga’ atau `membalas budi’, tetapi `sponsor sponsor’
merasa sumbangan mereka lebih bermakna atau tidak membazir kerana KM Melaka
sendiri mahu memastikan peningkatan prestasi pasukan Melaka. Diandaikan dengan
penglibatan KM sendiri secara aktif, ahli pengurusan yang malas akan menjadi
rajin atau ahli pengurusan yang `bodoh’ akan menjadi pandai.
Penulis tidak
mahu mencampuri urusan MAFA tetapi ahli
pengurusannya mesti yang berpengalaman mengurus jurulatih atau memilih
jurulatih, popular tetapi bukan untuk berkepentingan diri sendiri, bukan broker
perniagaan dan mesti bersikap ikhlas. Kalau bolih adakan banyak pemilihan dan
undi bukan lantikan.MAFA seperti Kumpulan Perubatan Johor dan rangkaian
Hospital Pakarnya.Ketua eksekutifnya atau Pengarah Urusannya bukan seorang
doktor pakar tetapi ahli ekonomi atau kewangan dan pentadbiran. Mereka ini akan
menguruskan doktor doktor pakar dan merencaankan perniagaan Hospital.
Keuntungannya doktor pakar akan dapat.
Ketua Pengurusan
MAFA (CEO atau GM atau Pengurus atau Setiausaha) mesti berkeupayaan merangka
pelan bolasepak Melaka seperti `5 years Corporate Planning’ sesebuah GLC.
Beliau akan merencana pendapatan (peruntukan tahunan, sponsorship dan
perniagaan) serta perbelanjaan.
Pembangunan
bolasepak melibatkan kos yang tinggi. Tetapi mengikut pengalaman penulis, ia
boleh di minimakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan swasta. Kumpulan
BERJAYA pernah menderma 1 juta biji bolasepak kepada Kementerian Pelajaran.
Pendekatan sebegini boleh di ambil oleh
MAFA. Latihan boleh di lakukan di padang sekolah dan tiada dikenakan
bayaran. Baju latihan atau Jersi perlu diselaraskan.Penulis dapati guru sekolah
berkenaan dan jurulatih berniaga jersi lebih hebat daripada melatih.Ada
jurulatih mendapatkan penaja tetapi menjual jersi kepada pelatih.Pelatih
pelatih dikenakan bayaran atau yuran dari RM10 hingga RM40 sebulan seorang.
Mungkin pelajar luar bandar akan ketinggalan.
Penulis ingin
sarankan MAFA yang berpresidenkan KM akan lebih aktif mencari sumbangan dari
organisasi yang disebut diatas. Pengurusan mesti berunding dengan contohnya
Syarikat Air Melaka Berhad, selain daripada penajaan air minuman untuk semua
pemain semasa pertandingan, mereka perlu mencetak atau menempah lebih TShirt
Latihan untuk disalurkan kepada kelab/pasukan.
Andaikata SAMB
menempah TShirt untuk aktiviti hari Keluarganya sebanyak 3000 anggota
pekerjanya, SAMB diharapkan akan menempah 200 helai tambahan bersaiz remaja
sekolah untuk diagih kepada kelab/pasukan melalui pengurusan MAFA. Andaikata
sebuah kelab mempunyai 50 pelatih manakala sebuah pasukan sekolah mempunyai 100
pelatih, SAMB telah mengurangkan kos capital untuk 2 kelab dan 1 pasukan
sekolah. TShirt Latihan bertahan untuk 2-3 bulan. Selepas Hari Keluarga SAMB
mungkin akan mengadakan kempen penjimatan air oleh pengguna. Begitulah kitaran
nya baik agensi Kerajaan Negeri mahapun Kerajaan Persekutuan.Penajaan bukan
sahaja dari segi kewangan, barangan atau produk agensi mereka pun boleh.
MAFA mesti
kreatif dalam hal ini. Bolehkah pemenang pertandingan menerima hadiah bayaran
bil air RM50 seorang pemain (bil air keluarga mereka) selain daripada medal dan
piala?. Ibubapa akan memberikan sokongan kepada anak mereka kerana bermain bola
dan menang, boleh jimat bayaran air rumah.
Jabatan Peparitan
dan Saliran Air, jika ada program `sayangilah sungai kita’, dan ada buat
tempahan TShirt untuk peserta, tidak menjadi bebanan besar jika menempah
lebihan 200 helai untuk MAFA bagi penggunaan latihan bolasepak.Selain menjana
TShirt, Jabatan boleh mempromosi slogan `sayangilah sungai kita’ dan Jabatan.
Parti politik BN
selalu mengadakan program gotong royong di Melaka.Berundinglah dengan BN agar
menghulurkan 200 helai TShirt untuk kelab/pasukan bolasepak.
1MDB yang kerap
menganjurkan aktiviti kesukarelawan, jemputlah pelatih kelab/pasukan agar
mereka dapat menyumbang dan layak menerima TShirt IM4U tersebut.Mereka pun
berkeupayaan menyumbang ribuan puluh ringgit nilaian TShirt or Jersi
Pertandingan jika permohonan bantuan menepati polisi IM4U.
Dewan Bahasa dan
Pustaka pernah mengagih TShirt `Bahasa Jiwa Bangsa’ kepada tetamu untuk
mempromosi penggunaan Bahasa Malaysia.Malangnya kebanyakan tetamu mengambil
TShirt tersebut tetapi malu memakainya kerana murah atau tidak menarik atau
berlengan pendek.Suatu pembaziran. Hulurkan kepada anak remaja untuk digunakan
di padang latihan. Nescaya anak remaja merasa bangga memakainya.
Kesemua TShirt
tersebut akan digunakan untuk buat latihan selama 2-3 bulan dalam semangat
keseragaman. Jika ini dapat dilakukan kos pengurusan kelab/pasukan dapat
dikurangkan dengan begitu mendadak.
.
Apabila setiap
organisasi menyumbang TShirt dan barangan lain, kelab/pasukan ini akan dapat
menguruskan kos pengurusannya dan wang tunai yang ada akan digunakan untuk
bayaran lain seperti yuran padang, yuran jurulatih dan pembelian minyak untuk
pengangkutan.
Penulis sarankan
MAFA menjadi monopoli di dalam pembangunan bolasepak akar umbi. Buat di dalam skala besar dengan kerjasama Kementerian
Pelajaran. Pelatih pelatih yang tidak berkemampuan, tidak perlu menganggotai
kelab kelab remaja lagi.Kenapa hendak membazir duit yuran bulanan dan bayaran
jersi.Mutu jurulatih pun tidak selangit mana.Ada pemilik kelab dan jurulatih
mencari keuntungan dan glamour terlampau.
Bercakap pasal
jurulatih, MAFA mesti mengawal selia kumpulan jurulatih ini. Jurulatih kelab
dan sekolah di Melaka ini ada yang berperangai baik dan buruk tetapi ia boleh
di lentor melalui dasar kewangan yang baik. Bukan mereka ini mata duitan tetapi
keperluan hidup memaksa mereka berperaturan.
MAFA harus mengadakan
banyak lagi kursus kejurulatihan untuk jurulatih sedia yang ada lesen dan tiada
lesen.Buat kursus untuk pemain bolasepak yang berminat menjadi jurulatih.Pemain
pemain yang sudah berusia mesti dipujuk menjalani kursus. Kos kursus ditanggong
oleh MAFA dan sebagai balasan mereka akan berkhidmat untuk 2 tahun. Selepas itu
mereka bebas mengendalikan kelab atau terus berkhidmat dengan MAFA.
Adakan kursus
kursus kejurulatihan dan `output’nya seragam dan sekata mengikut standard yang
betul.Banyak kelab banyak ragam dan lagunya Ada kelab yang latihannya amat
berbeza dengan yang lain. Ada kelab penekanan disiplinnya kurang baik. Ada
kelab memulakan latihan dengan nyanyian Negara Ku dan Doa. Keseragaman `stretching’
umpamanya sekarang ini tidak wujud. Tatatertib dalam padang longgar. Selain
daripada mencungkil bakat baru, usaha ini diharap dapat melahirkan pemain yang
berdislipin di dalam dan luar padang.
Ada kelab nak
kejar duit kemenangan dan suka bermain kasar.Ramai juga yang panas baran dan
bersikap negatif.Ada jurulatih yang berkumpulan (Melaka ada 2 atau 3 kumpulan).
Kalau MBFA atau Malacca Club yang anjur pertandingan, ada kelab yang tidak akan
dipanggil atapun jika dipanggil, ada kelab yang tidak akan `participate’. Persengketaan
antara jurulatih terlalu banyak sehinggakan semangat kesukanan terus kabur di
Melaka.
MAFA adakan
perbincangan lanjut mengenai gaji bulanan, elaun jurulatih separa masa dan
insentif.Berapkah gaji yang sesuai untuk jurulatih sepenuh masa?Yang berlesen
pelbagai kategori-Lesen A, C dan Asas.Elaun untuk jurulatih separa masa juga
akan ditentukan.
MAFA juga
dicadangkan mempertimbangkan penganugerahkan Insentif (RM100-RM300/bulan)
kepada jurulatih yang berkhidmat di luar kerangka MAFA seperti kelab bolasepak
persendirian.Sebenarnya mereka sedang menerajui atau menyumbang pengalamanmereka
kepada pelatih pelatih.Keadahnya boleh di rangka melalui rekod jadual
kedatangan jurulatih ataupun laporan dari pihak sekolah.
Perlaksanaan
program ini memungkinkan MAFA dianggap sebagai akan membantu bekas pemain yang
pernah berjasa kepada Negeri dan Negara. Ramai sekali bekas pemain ini tiada
pekerjaan yang tetap dan hidup melarat.
Sebab itu MAFA
kena monopoli pembangunan bolasepak Melaka.MAFA kena anjur pertandingan setiap
masa.Ia baik untuk melahirkan pemain. Pertandingan bawah 10 tahun, 12 tahun, 14
tahun dan 16 tahun. Boleh adakan pertandingan 7 sebelah padang atau Futsal.
Apabila MAFA yang menjadi penganjur, hadiah hadiah wang tunai dan piala atau
medal akan menjadi jaminan. Ada penganjur berhutang dengan pemenang atau
berhutang dengan pembekal.
Di Melaka, ada
kelab bolasepak berminat kepada penganjuran sahaja (80% masa pada karnival) dan
ada juga untuk pembangunan bolasepak berserta kutipan wang kemenangan. Dengan
MAFA menjadi penganjur utama, unsur unsur perniagaan akanmenjadi
`secondary’. Jikalau penulis menjadiYayasan
Melaka pun, ia sesuatu yang berbaloi dan bertepatan serta wajar ditolong.
Selain daripada
masalah penajaan, industri bolasepak mesti dirombak juga. Terdapat banyak
kelab/pasukan sekolah bersaing mencari nama sebagai kelab/pasukan terbaik atau
juara. Akibatnya ada kelab/pasukan terpaksa `membeli’ pemain dari luar negeri,
luar daerah ataupun luar kawasan. Ini menyebabkan kos pengurusan tinggi.
Adakala jurulatih kelab/pasukan berebut rebut memiliki seseorang pemain.
Apabila seseorang pemain memilih menganggotai sebuah kelab (bukan kelab
sekolah) pemain tersebut di bekukan atau di baikot di sekolahnya.Pemain
tersebut tidak dipilih mewakili sekolah apabila ada pertandingan di antara
sekolah. Sikap guru sukan begini memang berlaku di Cheng, Melaka. Diharap
tempat lain tidak berlaku. Ia merugikan bidang bolasepak Negara.
DANA SUMBANGAN
Kepimpinan Negeri
perlu membuat dasar mengenai sumbangan oleh setiap GLC Negeri dan Nasional atau
Malacca Based Listed Companies atau syarikat pelaburan besar swasta di Melaka.
Apabila Presiden MAFA adalah KM, beliau boleh berunding dengan semua GLC Melaka
supaya menyumbang RM250,000 setahun daripada keuntungan bersih mereka. GLC yang
kurang memberansangkan boeh menyumbang RM100,000 setahun.
Andaikata ada 10
GLC Melaka menyumbang RM250,000 setahun, jumlah kutipan ialah RM2.5 juta
setahun. Jika setiap Majlis Bandaraya dan Perbadanan atau Majlis Daerah
menyumbang kepadaMAFA, jutaan juga. Majlis Bandaraya Melaka Bandaraya
Bersejarah dan Majlis Perbadanan Hang Tuah Jaya yang berpendapatan tinggi turut
menyumbang RM250,000, ia banyak membantu.
Pengalaman
penulis di Johor Corporation, kadar dividen 20 peratus daripada keuntungan
bersih TAHUNAN di bayar kepada Kerajaan Negeri. Penulis yang bertugas sebagai
Pembantu khas kepada Ketua Eksekutif, selalu menerima surat daripada Ketua UMNO
Bahagian meminta sumbangan. Dasar pembayaran dividen tetap yang disebut tadi
berjaya menyelesaikan masalah perhubungan buruk Johor Corporation dengan ahli
UMNO.Kami membiarkan Kerajaan mengagihkan keperluan Ketua UMNOBahagian tadi.Jikalau
tidak puashati, sila rujuk kepada Kerajaan Negeri.
Pengwujudan MAFA
yang berwajah dan berperanan baru secara amnya membawa beberapa kebaikan. GLC
Negeri seperti Yayasan Melaka , Nasional seperti TNB dan syarikat besar di
Melaka tadi akan kurang di ganggu oleh kelab/pasukan yang menagih sumbangan.
Tiada perbuatan pilih kasih dan salahguna oleh pengurusan GLC dan syarikat
swasta. Perasaan marah kerana dianaktirikan oleh kelab/pasukan yang kurang
bernasib baik dapat dikurangkan dan sokongan terhadap Kerajaan akan bertambah
baik.Tiada lagi Pengulu Merlimau (sebagai contoh sahaja) menggunakan hubungan
politik mendapatkan sumbangan seperti Jersi dari Yayasan Melaka dan mungkin KM
sendiri dan kenderaan Bas JKM untuk mengangkut pemainnya.Penulis kuatir elemen salah
kuasa dan rasuah berlaku.Bersaing biarlah atas dasar persamarataan tanpa
keistemewaan politik.Buruk beb.
Biasanya syarikat
sukan seperti Sukan Antarabangsa Malaysia (sebagai contoh sahaja) akan
memberikan sponsor TShirt, Banner, hadiah dan medal jika sesebuah Jabatan ingin
mejayakan sukan Jabatan atau Syarikat. Begitu juga dengan kelab/pasukan
sekolah.Sponsorship barangan oleh syarikat sukan menjuruskan atau mensyaratkan
Jabatan atau sekolah berlanggan barang sukan dengan mereka.Elakkan sponsporship
rasuah ini.Jika Sukan Antarabangsa Malaysia (sebagai contoh sahaja) ingin
mempromosi jenamanya, buatlah penajaan tanpa kena buat pembelian balik atau
bersyarat.
DERMA SUKAN
AMALAN MURNI JUGA
Rakyat pun boleh
berperanan dalam perkembangan bolasepak negeri ini. Rakyat Islam yang mampu
boleh menderma kambing dan lembu atau menghulurkan bantuan beras, pakaian, air
minuman dan sebagainya jika usaha itu dipandang mendapat pahala besar atau
derma sukan dianggap jihad. Boleh ke derma atau sumbangan kecil RM1 sebulan
setiap rakyat Melaka yang bekerja dikumpulkan?Kecil kecil kalau ramai, besar
juga kutipannya.
Rakyat Malaysia
dan Melaka khasnya telah buktikan keperihatian mereka dan sikap memberi apabila
Kerajaan/Swasta melancarkan Tabung Kemanusian Gaza dan Tabung Wira Lahad Datu.Strategi
`menderma kearah aktiviti kesukanan merupakan amalan murni dan mendapat pahala’
perlu menjadi penekanan.Melalui sukan, pelatih remaja diharapkan akan menjauhi
aktiviti kurang sihat. Target kutipan sumbangan ialah RM1juta setahun.
MAFA mesti
menjadi peneraju bolasepak Melaka.Ia akan dirancang supaya memberi menafaat
sukan dan politik.
NEGARA DAN
KEMENTERIAN PELAJARAN
MAFA dilihat akan
membantu mencungkil bakat bakat baru pelatih sekurang kurangnya di peringkat
negeri Melaka. Program iniakan membantu sekolah sekolah mencapai objektif 1
murid 1 sukan, murid cergas dan sihat. Juga penggunaan kelengkapan padang dan
padang yang maksimum.
JURULATIH
Apabila MAFA
menjadi sebuah badan yang berkemampuan kewangan, kesemua bekas pemain bolasepak
Melaka khasnya dan luar Melaka yang tinggal di Melaka, yang masih sihat, mempunyai
lesen, minat bolasepak dan bersifat sukarelawan, akan di kumpulkan di bawah
satu program. Gaji tetap akan dipertimbangkan kepada mereka yang tidak pekerjaan
tetap. Kepada yang mereka yang ada pekerjaan tetap seperti pembaca meter air
& elektrik atau tukang kebun sekolah, mereka akan dipertimbangkan elaun
bulanan.Pada dasarnya keadaan ekonomi bekas pemain bolasepak negeri, kurang
memuaskan.Program ini memberi pendapatan sampingan. Jurulatih akan diberi
latihan kejurulatihan `refresher’ supaya ada keseragaman dan semangat BN.
Jadual latihan akan diberikan kepada jurulatih. Seorang jurulatih akan menjaga
beberapa zon atau sekolah. Latihan wajib ialah Sabtu dan Ahad sessi pagi dan
sessi petang.Ini bermakna, seorang jurulatih dan penolong jurulatih boleh
mengendalikan sekurang kurangnya 4 sekolah.2 sekolah hari Sabtu dan 2 sekolah
hari Ahad.
Seperti sedia
maklum, constraint pelajar ialah jadual persekolahan yang ketat lebih lebih
lagi majoriti ada pelajar yang bersekolah agama.Biasanya pelajar boleh buat
latihan ringin semasa kelas pendidikan jasmani atau hari Isnin petang.
Penulis teringin
pelatih terpilih menjalani 1 sessi gym seminggu (pemilik GYM Bumiputera akan
digalakkan di sewa) dan 1 sessi kelas seminggu. Ini terpaksa di buat di sebelah
malam. Latihan di Gym akan menguatkan otot otot manakala di Latihan Kelas,
pelatih akan didedahkan dengan video bolasepak dan pembentukan strategi. Setiap
pelatih akan dipinjamkan satu biji bola
untuk buat latihan sendiri. Pelatih di galakan membuat `JUGGLING’ di rumah. Hari Sabtu atau Ahad, membawanya kepadang
latihan. Sebelum masuk padang, pelatih akan di `test’ jumlah juggling dan
direkodkan sepanjang latihan.
RANGKAIAN EKONOMI
Jika
dilaksanakan, MAFA akan mewujudkan rangkaian ekonomiyang besar sekali. Pembekal
TShirt latihan dan Jersi akan mendapat tempahan yang `bulk’ dan ini
memungkinkan harga bekalan yang rendah 20-30peratus daripada harga pasaran.
Kelengkapan padang seperti jaring, boja, bIb, cone dan sebagainya akan di tempah
dari pekilang dan wholesaler.
Jika MAFA menjadi
penganjur, dimana pertandingan diadakan setiap akhir bulan (Sabtu dan Ahad),
MAFA akan dapat membeli Piala Pusingan dan medal atau cenderamata secara pukal.
MAFA akan
berunding dengan Persatuan Pegadil untuk mengguna pakai ahlinya. Setiap ahli di
dalam persatuan akan berpeluang berkhidmat dan mereka akan mendapat pendapatan
sampingan. Biasanya JPAM, RELA dan Perastuan Bulan Sabit akan terlibat. Apa
yang berlaku sekarang, favoritism berlaku di dalam pengagihan pengadil
bertugas. Jikalau ia melibatkan seluruh daerah Melaka, hampir kesemua pengadil
bertauliah akan terlibat.
Jurulatih yang
tiada pekerjaan tetap akan mendapat pendapatan sampingan kerana bertugas.
Selain dari kepuasan bermain bola disamping mencurahkan pengalaman kepada
pelatih, keadaan ekonomimereka akan bertambah baik. Nasib mereka terbela.
MAFA disaran
mengadakan kemudahan Dobi coin operated di Bangunan MAFA sebagai salah
satu sumber pendapatan. Jika
pertandingan liga diadakan di Padang 10, Stadium Hang Jebat, pasukan boleh
menggunakan kedai Dobi untuk membasuh jersi pasukannya untuk digunakan semula di
perlawanan seterusnya.
Apabila latihan
dan pertandingan telah ditetapkan, akan tumbuh gerai gerai bergerak di tepi
padang latihan dan luar stadium. Majoritinya peniaga Bumiputera.
PENAJA
Penaja penaja
akan berbesar hati menyumbang kerana ia disumbangkan kepada `channel’ yang sah
dan memberi menefaat kepada ramai orang. Yayasan Melaka, sebagai contohnya,
tidak perlu di datangi oleh kelab kelab untuk memohon bantuan kewangan. Apa
yang berlaku, jika Yayasan Melaka tidak mempertimbangkan pemberian bantuan,
kelab tersebut akan berdendam tidak mungkin tidak menyokong BN.
Keadah ini juga
mengelakkan penyelewengan dan pilih kasih berlaku.Sebagai contoh, penasihat MBFA
yang mempunyai hubungan rapat dengan KM Melaka, telah menerima bantuan kewangan RM5000 tetapi kelab
yang pro Kerajaan juga tetapi tiada hubungan atau link dengan KM, mendapat
RM500 dari wakil rakyat setempat atau kadang kadang tidak dapat langsung. Pilih
kasih ini boleh dielakkan dan ia sihat untuk semua pihak.
Selain daripada
itu, Badan Penganjur yang ada elemen Kerajaan seperti MAFA akan mendapat
kepercayaan tinggi penaja swasta seperti KFC, McD, Bank dan sebagainya. Wang
penajaan dikatakan lebih selamat dan urusannya tulus. Markup perbelanjaan berlebihan
tidak akanberlaku. Wang pemenang pasti dilunaskan.Sewa khemah dan yuran
pengadil dibereskan segera. Urusan tawar menawar dengan pembekal akan berjaya kerana MAFA sudah ada
kekuatan. Kerjasama dengan organisasi seperti Southern Waste, Tourism Malaysia,
Rela, PDRM dan sebagainya akan tidak bermasalah.
Apabila MAFA
mengendalikan penganjuran, masalah kewangan bukan lagi menjadi halangan besar.
Wang hadiah kemenangan, medal penyertaan, cenderahati, bayaran sewa padang
mahupun khemah, pengadil perlawanan dan kelengkapan padang boleh diusahakan.
MAFA akan
melepaskan bebanan kelab atau perseorangan untuk mencari penaja. Setiap penganjuran
berprestej berkos diantara RM5000-RM10000 bergantung kepada jumlah penyertaan
yang diinginkan dan jumlah hadiah yang hendak diberikan.Untuk menarik kelab
luar, hadiah wang tunai yang tinggi menarik minat ramai. Wang hadiah tersebut,
jika mereka berjaya, boleh digunakan sebagai `contra’ perbelanjaan
pengangkutan, makan minum dan penginapan pemain pegawai